Thursday, November 27, 2014

KEKAL CERGAS DI PEJABAT

Sibuk bekerja di pejabat bukanlah alasan untuk anda tidak kekal cergas dengan bersenam. Hanya dengan duduk di hadapan komputer dan menggunakan botol air menggantikan dumbel, anda boleh memastikan darah berjalan dengan lancar melalui senaman malah membina otot-otot penting seperti di bahagian abdomen.

• Pegang botol air menggunakan kedua-dua belah tangan dan regangkan tangan lurus ke atas kepala. Secara perlahan-lahan, lentur badan ke bahagian kanan sejauh mana yang anda mampu untuk mengecutkan otot bahagian abdomen. Kembali ke bahagian tengah dan ulang ke belah kiri pula. Ulang sebanyak 10 kali.

• Pegang botol air menggunakan kedua-dua belah tangan pada paras dada dan secara perlahan-lahan pusingkan badan ke arah kanan sejauh yang boleh. Pusing kembali ke bahagian depan dan ulang ke belah kiri pula. Ulang sebanyak 10 kali.

Senaman Abdomen

• Duduk di hujung kerusi dengan badan yang lurus dan abdomen ke dalam, pegang botol air yang penuh menggunakan tangan kiri, angkat botol tersebut ke paras bahu, berhenti sebentar dan sambung mengangkatnya sehingga ke atas kepala. Apabila lengan berada di sebelah telinga, bengkokkan siku dan bawa botol air ke bahagian belakang anda bagi mengecutkan otot triseps. Luruskan tangan dan turunkannya, ulang sebanyak 12 kali untuk setiap tangan.

• Pegang botol air menggunakan tangan kanan, dengan keadaan duduk tegak, bengkokkan tangan ke arah bahu dan ulang sebanyak 16 kali untuk setiap tangan.

ISTERI PENDAM PERASAAN MUDAH SAKIT JANTUNG

Pasangan yang suka bercakaran dalam institusi perkahwinan sejak bertahun lamanya, lambat laun mudah untuk mendapat penyakit jantung terutama kepada golongan isteri.

Justeru, pakar sains menasihatkan kaunselor perkahwinan sepatutnya turut menawarkan kaunseling kepada pasangan yang telah lama berkahwin.

Ini kerana, kajian menunjukkan hubungan yang buruk dalam rumah tangga antara suami dan isteri boleh mempercepatkan kepada masalah kesihatan.

Ini termasuklah kemurungan, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan obesiti.

Anda mungkin pernah terfikir, bertahun lamanya terperangkap dalam hubungan suami isteri yang ‘teruk’ hanya akan menyebabkan kepada punca perceraian, tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah lebih banyak hati yang terluka.

Kajian menunjukkan individu yang mempunyai pengalaman bertahun dalam konflik bersama pasangan akan mudah mendapat sakit jantung berbanding mereka yang berada dalam perkahwinan yang bahagia.

Kajian ini dilakukan terutamanya kepada isteri-isteri, kerana dipercayai golongan wanita lebih banyak memendam rasa dan menyimpan perasaan berbanding lelaki.