KEBANYAKAN orang Melayu dan Cina dipercayai merasai kehangatan air panas semula jadi bukan sekadar beriadah semata-mata.

Sebaliknya aktiviti mandi-manda dan merendam kaki di kolam air panas juga bagi tujuan penyembuhan daripada penyakit selain untuk menenangkan fikiran.

Untuk berkongsi cerita kebaikan kolam air panas ini, Bicara Isnin mengumpul pandangan orang ramai dan mendapatkan penjelasan daripada pengamal perubatan tradisional Melayu dan Cina di bawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dengan ini, biarlah kebaikan kolam air panas ini tersebar seluas-luasnya sebagai rawatan kesihatan semula jadi.