Thursday, August 28, 2014

KEBAIKAN VITAMIN D

Semakin kita berusia, kemampuan kita untuk melawan jangkitan dan masalah kesihatan lain akan berkurangan dengan ketara. Sistem imun, yang bertanggungjawab untuk melawan jangkitan, dalam kalangan orang dewasa tidak lagi berfungsi secekap seperti dalam kalangan orang muda.

Antara kesan serius daripada kekurangan tersebut adalah kadar penyakit kanser, radang paru-paru, dan selesema yang lebih tinggi.

Vitamin D3 membantu tulang menyerap kalsium. Selain daripada itu, vitamin D kini didapati berguna untuk seluruh badan, daripada memperkukuhkan sistem imun, hingga ke pengawalan pertumbuhan sel.

Lebih daripada 2,000 gen (kira-kira 6% daripada genom manusia) dikawal oleh vitamin D. Hakikat bahawa setiap tisu di dalam badan, termasuk otak, jantung, payudara, otot dan sistem imun, mempunyai reseptor bagi vitamin D bermakna ia diperlukan pada tahap yang optimum untuk tisu ini berfungsi dengan baik.

Satu fakta yang mengejutkan adalah dianggarkan hampir 50% daripada penduduk dunia mempunyai risiko kekurangan vitamin D3. Ia adalah nutrien semulajadi yang dihasilkan dalam badan kita daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Ia dihasilkan sebagai pro-hormon di dalam kulit selepas pendedahan kepada cahaya matahari, dan kemudian ditukar kepada bentuk hormon yang kuat hanya apabila tubuh memerlukannya.

Pada hakikatnya, apabila kita semakin tua, kita kehilangan keupayaan untuk menukarkan cahaya matahari kepada vitamin D dalam badan kita. Walau bagaimanapun, kekurangan tersebut boleh diatasi dengan makanan tambahan dalam bentuk vitamin D3.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa kajian yang dijalankan mengenai manfaat vitamin D3 dalam pelbagai keadaan, seperti kanser, kesihatan jantung, diabetes dan penyakit Parkinson.

Didapati bahawa tahap rendah vitamin D dalam darah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser. Mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang lebih rendah mempunyai risiko mendapat kanser yang lebih tinggi daripada mereka dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi.

Salah satu kanser yang pertama dikenal pasti sebagai mempunyai kaitan dengan vitamin D adalah kanser payudara. Sekarang terdapat bukti bahawa vitamin D mengurangkan risiko kanser payudara, memandangkan ianya telah dibuktikan dapat menghalang pertumbuhan tumor kanser payudara.

Ramai pakar kesihatan mengesyorkan 1,000 I.U. hingga 2,000 I.U. vitamin D3 sehari untuk tujuan mengurangkan risiko penyakit seperti kanser, osteoporosis, keradangan, strok, serangan jantung kronik dan selesema.

SUNAH RASULLULLAH YANG MUDAH UNTUK KITA IKUTI

1. MANDI

Mandi yang betul dan berkualiti (untuk kesegaran plus kesihatan) ialah mandi sebelum Subuh atau sejam sebelum matahari naik. Air waktu ni paling ideal untuk kurangkan lemak yang berkumpui dalam badan.

2. TAFAKUR

Selepas solat Subuh dan baca doa, sujudlah barang seminit dua sambil membaca doa. Khasiat tafakur begini dapat elakkan kita dari sakit pening/ migrain. Dalam kajian sains, sujud dapat mengalirkan darah ke seluruh saluran darah di kepala kerana beberapa milimeter ruang udara di situ tidak dipenuhi darah.

3. JILAT JARI SELEPAS MAKAN

Makan dengan tangan dan menggunakan tangan kanan adalah sunnah Baginda s.a.w. Selepas makan, elok menjilat hujung2 jari. Kajian sains menunjukkan terdapat banyak enzim terhasil dari celahan antara kuku dan isi kita, iaitu 10 kali ganda daripada yang terdapat dalam air liur. Enzim penting untuk bantu mencernakan makanan.

 4. TIDAK MENCAMPURKAN MAKANAN DARAT DENGAN MAKANAN LAUT

Rasulullah s.a.w menegah kita makan ikan bersama susu kerana dibimbangi mendapat penyakit. Saintis menemukan bukti bahawa badan ayam mengandungi ion positif manakala ikan mengandungi ion negatif, jika bercampuran dalam satu makanan boleh menyebabkan tindak balas biokimia yang merosakkan usus kita. SUNNAH 

MAKAN BAGINDA

1. Makan buah sebelum makan berat

2. Tidur satu jam selepas makan tengah hari

MINUM CARA RASULULLAH S.A.W Rasulullah s.aw mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi iaitu air yang disimpan semalaman . Bukan air sejuk tapi sejuk suhu bilik yakni sejuk semulajadi. Rasulullah saw juga menyukai minuman sejuk yang bercampur madu untuk kesihatan. Baginda melakukannya sebelum makan apa-apa di waktu pagi.

Ia boleh menghilangkan

1. Kahak / lendir

2. Mencuci perut

3. membuang sisa makanan yang tertinggal dalam perut dan menolaknya ke usus besar

4. menghilangkan senak perut dan sendu

5. memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati Sayidatina Aisyah r.a meriwayatkan : "Antara banyak2 minuman, Rasulullah saw menggemari minuman manis dan sejuk iaitu air campuran madu atau nabiz (rendaman tamar)

ELAKKAN KOMBINASI BERIKUT 1. SUSU + DAGING 2. DAGING + IKAN 3. IKAN+ SUSU 4. AYAM + SUSU 5. IKAN+TELUR 6. IKAN+DAUN SALAD 7. SUSU + CUKA . BUAH + SUSU (KOKTEL)

Beramal untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Thursday, August 21, 2014

JANGAN ABAIKAN BUAH PINGGANG!!

Buah pinggang atau ginjal yang berbentuk seperti kacang merah dan terletak di salah satu sisi belakang di bawah tulang rusuk merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi penting dalam menjaga fungsi badan dan organ lain.

Menurut perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan seperti 'ibu kepada segala cecair dalam badan' apabila peranan utamanya adalah mengekalkan keseimbangan homeostatik cecair badan dengan bertindak sebagai penapis dan menyingkir metabolit.

Dalam erti kata lain, buah pinggang berfungsi untuk memastikan tubuh kita bersih daripada sebarang toksin selain mengimbangi bahan kimia yang berbeza dalam tubuh badan dan menjaga tekanan darah serta jumlah sel darah merah.

Apabila buah pinggang mengandungi toksin berlebihan, penyakit buah pinggang dan pundi kencing boleh berlaku kerana bahan buangan dan urin tidak mampu dikeluarkan daripada badan. 

Pembuangan sel kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh dapat memastikan darah dalam badan hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh.

Jadi, bagi memastikan buah pinggang berfungsi dengan normal, anda perlu menjaga diet yang seimbang serta mengamalkan minum air kosong secukupnya agar buah pinggang terus kekal sihat.

Monday, August 11, 2014

RAHSIA KULIT KEKAL CANTIK

SELAIN terik panas matahari, kulit manusia juga terdedah dengan pelbagai unsur luar seperti pencemaran, perubahan cuaca dan juga penghawa dingin yang menjadi faktor kulit lebih cepat menua sebelum waktunya.
Ditambah pula dengan merokok dan minum minuman keras, kulit cepat berkedut, kering, kasar, kendur dan juga ditumbuhi jeragat. 

Walaupun kulit bersifat lasak namun jika dibiarkan tanpa pengawalan rapi, daya ketahanannya akan berkurangan dan menimbulkan masalah.

Pelbagai cara dan rawatan dalam pemeliharaan kulit dan antara yang diakui berkesan ialah Imedeen. 

Produk makanan tambahan ini berjaya ditemui selepas dilakukan kajian selama lapan tahun di Switzerland oleh Dr. Dahlgren dan bapanya Dr. Ake Dahlgren. 

Selepas dijalankan kajian oleh pakar dermatologi, Dr Marianne Kieffer, terbukti Imedeen menjadikan kulit lebih licin, tegang dan cantik. Kajiannya dibuktikan dengan penerbitan jurnal dalam Dermatologi dan Venereology di Akedemi Eropah.

Monday, August 4, 2014

BAHAYA HAMIL ANGGUR


Kehamilan merupakan suatu anugerah paling membahagiakan bagi wanita. Tapi bagaimana jika janin yang dikandung tidak berkembang sebagaimana diharapkan, misalnya jika kehamilan yang terjadi ternyata hanyalah hamil anggur. 

Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, kehamilan anggur ialah hamil yang tidak menjadi di mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu seperti anggur. 

"Pada peringkat awal wanita yang mengalami kandungan anggur akan menunjukkan tanda-tanda kehamilan yang melampau seperti muntah teruk dan akhirnya mengalami pendarahan dan gejala-gejala lain yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini. 

Kehamilan anggur boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mempunyai implikasi jangka masa panjang yang serius jika tidak mendapat rawatan segera dan pemantauan berkala.

Dr. Dharmini berkata, kehamilan anggur berlaku kira-kira 1 dalam 1,500 kehamilan. Biasanya wanita hamil berumur di bawah umur 20 atau lebih 35 tahun, pernah keguguran, pernah hamil anggur dan kajian terkini mendapati wanita yang kekurangan Vitamin A (karoten) lebih cenderung mendapat kehamilan anggur. 

Kehamilan anggur berlaku apabila terdapat masalah dengan maklumat genetik yang terletak di kromosom dalam telur tersenyawa. 

Semasa kehamilan biasa, telur disenyawakan mengandungi 23 kromosom daripada bapa dan 23 daripada ibu. Dalam kehamilan anggur, terdapat kelainan di mana pembahagian sel tidak berlaku dengan sempurna.

BERHATI-HATI MEMILIH PANTILINER

Soalan

Doktor, kini terdapat banyak pantiliner dengan haruman bunga-bungaan semula jadi untuk menangani masalah wanita. Adakah pantiliner ini memberi kesan kepada masalah keputihan wanita? Saya juga ada mendengar ia tidak baik untuk faraj. Benarkah perkara ini doktor? 

Rosie, Selangor

Jawapan

Saya kurang pasti sama ada pantiliner dengan haruman bunga-bungaan semula jadi ini dapat menangani masalah wanita ataupun tidak. Oleh itu, kajian saintifik yang terperinci perlu dijalankan oleh pihak tertentu bagi membuktikan keberkesanan pantiliner ini di samping mengkaji aspek keselamatan dan kualiti produk tersebut. Saya juga tidak dapat memberi komen sama ada ia memberikan kemudaratan ataupun tidak. Anda janganlah mudah terpengaruh dengan kempen atau pernyataan yang dinyatakan oleh syarikat pengeluar produk ini. Saya agak khuatir kerana ada syarikat pengeluar produk sebegini menyatakan bahawa produk mereka boleh menghalang wanita daripada pelbagai masalah seperti senggugut, keputihan, kekuningan, masalah faraj yang berbau, meregulasikan kitaran haid, mengecutkan fibroid, menguatkan rahim, merawat kesukaran mengandung akibat masalah peranakan, mengeluarkan darah beku dalam rahim terutamanya selepas bersalin dan keguguran. Malah ada yang menyatakan produk tersebut juga dapat merawat buasir, sakit belakang ketika haid, merawat masalah kencing tidak lawas, kegatalan di faraj, buang angin (gastrik), sembelit, kanser payu dara, sakit kepala, tengkuk, penyakit sendi, penyakit kulit, bisul, melecur, mencegah endometriosis dan lain-lain lagi. 

Saya menyarankan agar pengeluar produk ini dapat menjalankan kajian saintifik yang menyeluruh. Testimoni daripada pengguna tidaklah mencukupi bagi menyatakan kesahihan keberkesanan produk ini. Saya amat berharap agar semua wanita jangan mudah terpedaya dan perlulah mengkaji kesahihan pernyataan tersebut. Masalah keputihan bagi seseorang wanita ialah proses yang normal dan berlaku secara fisiologikal mengikut kitaran haid dan perubahan hormon. Keadaan ini bukanlah disebabkan oleh pantiliner.

DENGGI PEMBUNUH DALAM DIAM



DEMAM denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa sejak beberapa tahun lalu. Peningkatan mendadak jangkitan virus denggi bukan hanya berlaku di negara ini tetapi di seluruh dunia.

Penyakit yang boleh membawa maut itu kini merupakan fenomena global. Kalau dahulu, serangan virus denggi ini hanya berlaku di negara beriklim tropika dan subtropika tetapi ia sekarang merebak ke negara-negara yang bukan beriklim sebegitu.

Peningkatan mendadak kes demam denggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dikaitkan dengan perubahan iklim di seluruh dunia yang menyebabkan proses pembiakan dan kitaran hidup nyamuk aedes menjadi lebih cepat.

Serangan penyakit demam denggi dikesan berlaku sejak awal abad ke-18 lagi. Sehingga ini, ia bukan sahaja gagal dihapuskan atau dikurangkan tetapi meningkat dengan begitu mendadak sejak kebelakangan ini walaupun banyak langkah pencegahan telah diambil pihak berkuasa termasuk menggunakan kaedah fogging atau semburan kabus.

Lebih membimbangkan, virus denggi yang bermutasi mempunyai strain baharu yang boleh berjangkit dengan kesan yang lebih teruk terutamanya terhadap bekas pesakit demam denggi.

Pada masa ini, manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi. Penyakit ini tersebar kepada manusia dalam tempoh lapan hingga 12 hari selepas gigitan nyamuk aedes pembawa virus denggi.
Pancawarna minggu ini melihat kepada permasalahan sebenar penyakit ini serta pelbagai aspek lain termasuk penemuan baharu dalam dunia perubatan bagi mengubati penyakit berbahaya itu.