Monday, August 4, 2014

BAHAYA HAMIL ANGGUR


Kehamilan merupakan suatu anugerah paling membahagiakan bagi wanita. Tapi bagaimana jika janin yang dikandung tidak berkembang sebagaimana diharapkan, misalnya jika kehamilan yang terjadi ternyata hanyalah hamil anggur. 

Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, kehamilan anggur ialah hamil yang tidak menjadi di mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu seperti anggur. 

"Pada peringkat awal wanita yang mengalami kandungan anggur akan menunjukkan tanda-tanda kehamilan yang melampau seperti muntah teruk dan akhirnya mengalami pendarahan dan gejala-gejala lain yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini. 

Kehamilan anggur boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mempunyai implikasi jangka masa panjang yang serius jika tidak mendapat rawatan segera dan pemantauan berkala.

Dr. Dharmini berkata, kehamilan anggur berlaku kira-kira 1 dalam 1,500 kehamilan. Biasanya wanita hamil berumur di bawah umur 20 atau lebih 35 tahun, pernah keguguran, pernah hamil anggur dan kajian terkini mendapati wanita yang kekurangan Vitamin A (karoten) lebih cenderung mendapat kehamilan anggur. 

Kehamilan anggur berlaku apabila terdapat masalah dengan maklumat genetik yang terletak di kromosom dalam telur tersenyawa. 

Semasa kehamilan biasa, telur disenyawakan mengandungi 23 kromosom daripada bapa dan 23 daripada ibu. Dalam kehamilan anggur, terdapat kelainan di mana pembahagian sel tidak berlaku dengan sempurna.

No comments: