Friday, December 28, 2012

Tips sihat gaya rasulullah



Penghargaan
Usaha menjaga kesihatan dapat dilakukan melalui pelbagai cara. Saya mengenali dr. Mohd Ali Toha Assegaf sebagai pengkaji perubatan Rasullullah. Beliau bukan sahaja mendalami cara perubatan itu malah menggali dan mengamalkannya. Beliau menerapkan pendekatan holistic dalam amalan kedoktorannya. Beliau juga menawarkan kaedah penjagaan kesihatan islami yang ringkas dan mudah diamalkan. Pada masa yang sama menuntutu kebersihan fizikal dan mental. Penjagaan kesihatan adalah aspek yang perlu ada dalam kehidupan seharian muslim. Bukuini bukan sahaja menarik tetapi juga bermanfaat, insyaAllah”
Prof. Samsurizal Jauzi

Pengelola Kolum Konsultasi Kesihatan Kompsa Minggu
“Menjadi sihat adalah suatu pilihan. Memilih tetap di jalan Allah adalah kesihatan hakiki. Alah mengajar cara menjadi sihat melalui rasulnya. Hati yang sihat berpunca daripaa kemantapan iman dan tiada keraguan, manakala kesihatan jasmani pula berpunca daripada konsisten dalam beribadh. Buku ini membimbing kita melalui 365 tip kesihatan mudah yang merangkumi petua semasa makan, minum dan lain-lain aktiviti seharian. Buku ini hebat dan mudah difahami.

-Ferrasta Soehardi,
Artis

PrakataAllah mencipta manusia dalam bentuk yang sempurna. Dia mewujudkan mekanisme unik dan automatic dalam diri manusia yang menyebabkan manusia dapat hidup di muka bumi dengan segala potensi dan kemampuannya. Apabila dikaji daripada segi kesihatan, badan manusia sememangnya diberikan ketahanan semula jadi yang membolehkannya meneutralkan ancaman yang dating dari persekitaran. Namun begitu, gaya hidup manusia mengganggu keseimbangan yang Allah berikan. Sebenarnya, kebanyakkan penyakit berlaku disebabkan kesan kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Manusia perlu menginsafi hakikat ini.

Saturday, December 22, 2012

KANSER PAYU DARA LELAKI


Lelaki jangan ambil mudah apabila berlaku kelainan pada payu dara mereka. 

"Cara pengesanan, diagnosis serta rawatannya memang sama dengan kanser payudara wanita. Di Malaysia, kes kanser payu dara lelaki memang tidak begitu tinggi berbanding wanita dengan satu peratus saja kes dicatatkan.
"Namun begitu tidak bermakna lelaki harus mengabaikan segala perubahan yang terjadi di bahagian payu dara mereka kerana sikap tersebut boleh menyebabkan mereka yang sendiri menanggung penderitaannya," ujar pakar onkologi dari Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. John Low.
Walaupun peratusan kes kanser payu dara lelaki amat sedikit berbanding wanita tetapi menurut Dr. John, jumlah penghidapnya meningkat dari tahun ke tahun."Kalau wanita kanser payu dara menjadi pembunuh nombor satu tetapi bagi lelaki tahapnya belum sampai begitu jadi kesedaran di kalangan mereka amat rendah.
"Lelaki selalunya kalau ada bengkak atau kelainan pada payu dara memang tidak akan terfikir tentang kanser. Tapi mereka tidak tahu jika kelainan tersebut tidak dikesan lebih awal maka ia boleh merebak dengan lebih cepat.
"Kerap berlaku apabila kanser dikesan ia sudah berada di tahap yang agak lewat dan sukar untuk dirawat menyebabkan peratus untuk sembuh menurun," katanya.


Saturday, December 15, 2012

KUALITI ATAU KUANTITI?





IBU bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak selepas mereka pulang daripada program cuti sekolah memandangkan tugas itu adalah amanah Allah. 
 
PENGANJUR program musim cuti semuanya bersepakat menyatakan tujuan utama mereka menganjurkan aktiviti tersebut adalah untuk mengisi masa lapang para remaja dengan aktiviti bermanfaat, selain mencegah mereka daripada terjebak dalam aktiviti tidak berfaedah dan bukannya aspek wang ringgit semata-mata.
Mereka senada mengatakan kesedaran yang terlahir selepas program itu yang lebih diutamakan. Ini petanda bahawa para peserta telah mengambil input daripada modul program yang dijalankan.

Bagi pengasas The Little Khalifah Shop, Roslinah Daud berkata, beliau menganjurkan program berkenaan untuk meneruskan legasi dakwah Rasullullah dengan mendidik kanak-kanak menerusi kefahaman Islam. 

PETUA PANJANG USIA

GAYA hidup masyarakat semakin berubah. Remaja hari ini lebih banyak menghabiskan masa bermain komputer dan berinternet berbanding di padang bersama rakan-rakan. Mereka lebih seronok menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak mengeluarkan peluh. Dari segi pemakanan pula, anak-anak kita hari ini terdedah kepada pelbagai makanan yang siap diproses berbanding makanan segar hinggakan buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digemari oleh mereka. Mereka lebih suka makan makanan segera dan minuman berkarbonat. Maka tidak hairanlah jika masalah obesiti atau lebihan berat badan banyak melibatkan remaja dan anak-anak moden terutamanya yang hidup di bandar-bandar besar. Bukan sahaja anak-anak, malah orang dewasa juga kurang melakukan senaman rutin. Meskipun sudah hampir lewat malam atau sudah awal pagi masih berada di kedai makan lagi. Sedangkan esok perlu bangun awal dan bekerja. Akhirnya, produktiviti kerja menurun dan kualiti hidup terjejas.

KHASIAT BAWANG PUTIH

Manataat bawang putih atau nama botaninya Allium Sativum terhadap kesihatan telah diperakui sejak  berabad-abad lamanya, tetapi kini para penyelidik mungkin telah menemui sekurang-kurangnya satu sebab mengapa.

Satu kajian baru menunjukkan sebatian yang diproses sel-sel darah merah dari bawang putih dihadamkan dan bertukar sebagai sel hidrogen sulfida (H2S) yang melegakan saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Oleh itu, pengambilan bawang putih boleh meningkatkan bekalan semula jadi kimia penting dan berperanan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.

Dalam kajian yang pernah dibuat sebelum ini menunjukkan pelbagai keputusan yang berbeza mengenai khasiat bawang putih. Sebagai contoh, beberapa kajian telah menemui beberapa manafaat, tetapi dalam satu kajian berasingan pula menunjukkan khasiatnya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Friday, December 14, 2012

RAMAI YANG TIDAK SUBUR


Pasangan suami isteri perlu mendapatkan bantuan apabila merancang untuk memulakan keluarga, terutama bagi mereka yang menghadapi masalah untuk hamil. - Gambar hiasan 


HASIL daripada kajian terbaru yang dijalankan ke atas 1,000 wanita di 10 negara Asia termasuk Malaysia, mendedahkan tentang ceteknya pengetahuan mengenai kesuburan yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan.

Kajian yang dinamakan Starting Families Asia itu dilakukan oleh Merck Serono, sebuah syarikat farmasutikal antarabangsa berpangkalan di Darmstadt, Jerman, dengan kerjasama Bahagian Kesuburan dan Endokrinologi Reproduktif di Pusat Wanita, Hospital Universiti Kebangsaan (NUH), Singapura.

Kajian yang merupakan terbesar di Asia itu telah disahkan oleh Asia Pacific on Reproduction (ASPIRE) dan dijalankan di antara tahun 2011 hingga 2012.

Ia bagi membolehkan pengamal perubatan dan pembuat polisi di negara-negara yang terlibat dalam kajian itu dibantu bagi memulakan keluarga.

Selain itu, masalah-masalah yang dikenal pasti dapat ditangani bagi membantu wanita mendapat peluang untuk hamil termasuk meningkatkan pengetahuan kesuburan, mengatasi masalah kesuburan dan salah tanggapan mengenai rawatan kesuburan.

Bercakap mengenai kajian tersebut, Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi berkata, hasil kajian mendapati wanita dan pasangan perlu mendapatkan bantuan apabila merancang untuk memulakan keluarga, terutama bagi mereka yang menghadapi masalah untuk hamil.
Kajian itu juga kata beliau, menyebut bahawa lebih banyak pendidikan umum dan kepekaan daripada segi umur dan masalah perubatan memberi kesan pada kesuburan juga pilihan rawatan, boleh diperoleh kepada mereka yang menderita masalah kesuburan.

Wednesday, December 12, 2012

ORANG IKHLAS TERTINDAS

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa....betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibubapa yang dipinggirkan anak-anak......Ini lah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu rendah. Hidup tidak sentiasa indah, dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan.......

Lalu di pagi Jumaat ini, saya (ustaz/penceramah) tulis satu kisah lama.....sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk memujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas? atau soalan yang lebih "dalam" dan sekadar dan sukar daripada itu.....benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada seseorang atau sesuatu pihak? 
Ah! Ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas.....Amin.
Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di pagi Jumaat yang barakah ini....

Saturday, December 8, 2012

PEMANDULAN LELAKI

Saya berusia 45 tahun dan sudah memiliki lima orang anak, tiga orang perempuan dan dua orang lelaki. Anak bongsu saya sudah pun berusia lapan tahun.

Saya fikir, keluarga saya sudah lengkap dan isteri saya pun sudah tidak mahu mengandung lagi. Saya ada terbaca mengenai pembedahan pemandulan lelaki. Boleh kiranya doktor jelaskan mengenai pembedahan ini?

* Ayah anak lima

TIDUR BERDENGKUR BUKAN BAHAN GURAUAN

BERDENGKUR ketika tidur sering dianggap perkara remeh sehingga menjadi bahan gurauan oleh rakan-rakan.

Perkara ini sudah menjadi kebiasaan walaupun sebenarnya itu adalah petanda kepada masalah kesihatan. Malah, tanpa kita ketahui, berdengkur adalah gejala penyakit yang serius kerana ia boleh membawa maut. Bunyi bising semasa bernafas ketika tidur terhasil kerana sebahagian daripada saluran pernafasan kamu telah tersumbat.

Perkara ini berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Bunyi atau dengkuran itu terhasil apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar antara satu sama lain.

Berikut .com kongsikan sedikit maklumat tentang berdengkur supaya kita dapat mengelak daripada dengkuran yang membahayakan kesihatan. 

Rawat segera apendiks

RADANG apendiks bukanlah perkara asing didengari kerana rata-rata kita atau orang yang rapat dengan dengan kita pernah melalui masalah tersebut. 

Berdasarkan statistik, sebanyak 16 peratus populasi dunia Barat mengalami radang apendiks dan menjalani pembedahan membuang apendiks iaitu apendisektomi. 

Sehingga kini, tiada kajian yang dapat menunjukkan fungsi sebenar apendiks. Ada yang berpendapat menyatakan ia berfungsi sebagai pencegah kuman bagi kanak-kanak.

Membetulkan pemahaman umum, apendiks bukanlah penyakit. Ia merupakan bahagian pada usus besar yang berbentuk tiub bersaiz jari dan kedudukannya adalah di bahagian bawah abdomen kanan iaitu berdekatan dengan pinggang.

Sakit pada bahagian apendiks dipanggil radang apendiks yang juga dikenali sebagai apendisitis.
Radang apendiks adalah satu keadaan di mana apendiks menjadi bengkak dan bernanah berkemungkinan kerana tersumbat lalu menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. 

Tanda-tanda nyata yang sering dihadapi pesakit ialah sakit yang keterlaluan pada bahagian kanan abdomen malah sehingga demam dan muntah. 

Pakar Runding Pembedahan Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Jonah Azariah berkata, masalah radang apendiks menjadi semakin parah jika apendiks bocor dimana kuman akan merebak ke bahagian-bahagian lain. 

"Apendiks merupakan bahagian usus besar dan sedia maklum usus besar merupakan bahagian pencernaan yang terkandung kuman yang paling teruk. 

"Jika apendiks bocor, najis, nanah dan kuman yang terkandung di dalam apendiks akan merebak ke organ berdekatan malah mereka yang mempunyai masalah kencing manis akan membuatkan kuman lebih cepat merebak.

"Sebab itu pentingnya mereka yang mengesyaki menghidap radang apendiks untuk segera bertemu dengan doktor bagi menjalani rawatan susulan sama ada melalui pembedahan ataupun penggunaan antibiotik untuk mematikan kuman. 

"Walaupun peratusan mereka yang meninggal dunia akibat apendisitis adalah rendah, tetapi ia masih mampu membawa maut jika lambat mengambil tindakan," ujarnya. 

Terangnya, terdapat satu sahaja salur darah pada bahagian apendiks dan jika ia tersumbat, darah tidak dapat mengalir secara normal membuatkan ia bengkak, bernanah dan akhirnya bocor.

Ia sering menyerang golongan muda sekitar usia 10 hingga 30 tahun. Malah bayi juga tidak terkecuali daripada masalah tersebut. 

Apendisitis penyakit bandar? Walaupun tiada punca nyata menyatakan bagaimana masalah apendiks berlaku, Dr. Jonah berpendapat ia diakibatkan daripada corak pemakanan yang tidak sihat dan kuman daripada makanan serta minuman.

Ini kerana, apendiks berada pada usus besar dan semestinya ia merupakan kawasan pemprosesan makanan dan pencernaan. 

"Orang di bandar banyak yang makan di luar di mana kita tidak tahu tahap kebersihan makanan yang dimasak. 

"Malah, apendiks turut sering menyerang pelajar yang tinggal di asrama. 

"Ketika saya bertugas di kawasan luar bandar, jumlah kes masalah apendiks amat kurang daripada di bandar besar," ujarnya yang pernah bertugas di batu Pahat, Johor. 

Selain itu, corak pemakanan yang tidak teratur dan tidak seimbang berkemungkinan menjadi punca radang apendiks. 

Mereka yang kurang mengambil air putih, sayur-sayuran dan mengalami masalah penghadaman lebih mudah mengalami masalah tersebut. 

Simptom apendisitisSimptom radang apendiks pada awalnya sering disalah tafsir sebagai sakit perut biasa atau angin memandangkan ia sering menyerang di bahagian perut di sekitar pusat. 

Selalunya, sakit tersebut semakin kuat satu hingga dua hari kemudian dan ia berpindah dari perut ke bahagian kanan abdomen. 

Keadaan bertambah buruk jika pesakit turut mengalami simptom lain seperti demam, cirit-birit tetapi najis tidak banyak, muntah, tiada selera makan dan semestinya badan lemah. 

Jika apendiks sudah bocor, pesakit akan berasa sakit di seluruh badan terutamanya perut dan demam kuat.
"Kadang-kadang pesakit menyangka ia hanyalah sakit perut biasa lalu pergi mengurut di mana ia akan lebih memburukkan keadaan kerana apendiks yang bengkak mampu pecah jika ditekan kuat. 

"Apa yang penting jangan memandang remah sakit di perut terutamanya di bahagian kanan dengan segera bertemu dengan doktor," ujarnya. 

Namun ujar Dr. Jonah, ada kes di mana kanak-kanak mendapat simptom seperti radang apendiks tetapi sebenarnya ia adalah demam virus.

Ini kerana apendiks turut mempunyai kelenjar yang akan membengkak apabila demam teruk dan rawatannya berbeza dengan apendisitis.

TERAPI MELALUI DOA

BERDOA

Doa merupakan terapi perubatan yang sangat mujarab dan berkesan. Doa adalah medium komunikasi kita dengan Allah.

Semasa berdoa, kita sebenarnya sedang bercakap dan mengadu kepada Allah. Siapa lebih layak untuk kita mengadu selain Allah? Hanya Allah sahajalah sebaik-baik pendengar. 

Dengan berdoa, hati dan jiwa kita akan lebih tenang. Seperti mana yang kita sedia maklum, ketenangan amat penting dalam proses penyembuhan kanser. 

Ingat, kita berdoa, Allah pasti makbulkan, dengan syarat kita berdoa dengan penuh pengharapan dan keyakinan dan bukan kerana arahan atau suruhan sesiapa. 

Berdoa daripada hati dan jiwa yang ikhlas, pintalah, Allah Maha mendengar. Sabda Nabi SAW ;

"Hai manusia, tenangkanlah diri kamu, sesungguhnya kalian bukanlah berdoa kepada yang tuli dan tidak pula kepada yang ghaib, sesungguhnya kamu sedang berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat. Dia selalu bersama kamu.."

(Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa r.a.)

Berdoalah kepada Allah. Tidak semestinya doa di dalam bahasa Arab. Berdoalah dalam apa jua bahasa. Berdoalah dari hati dan lisan, serta tangan yang menadah mengharapkan perkenan dari Allah. Dalam sebuah hadis sahih nabi SAW bersabda.

CARA URUS PENYAKIT KANSER

Cara urus penyakit kanser


Leah Goodman (tengah), Dr. Mohamad Ibrahim Wahid (kiri) dan Dr. Ahmad Kamal menunjukan DVD kesedaran mengenai Kanser dalam Majlis pelancaran Project Life di KL Sentral, baru-baru ini. 
GOOGLE saja tentang penyakit anda? Jangan sebarangan kerana anda mungkin mendapat maklumat yang salah. Sekali gus membuatkan anda menjadi 'mangsa pembohongan' sendiri.

Sebagai alternatif daripada sumber pembacaan, anda kini boleh mendapatkan DVD Project Lifen - projek pertama di Malaysia yang memaparkan dua bahagian dokumentari dalam tiga bahasa tentang pengurusan kanser.

Inisiatif itu dihasilkan oleh Sanofi Oncology dan Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) untuk menyelamatkan nyawa melalui maklumat tepat dan melenyapkan tanggapan salah tentang pengurusan kanser.

Project Life membantu pesakit kanser mengatasi cabaran apabila dikesan menghidap penyakit tersebut.
Selain berhadapan dengan emosi yang tidak menentu, pesakit dan keluarga mereka berhadapan dengan cabaran besar untuk mendapatkan jawapan sebenarnya atas kemusykilan berkaitan kanser dan juga pilihan rawatan.

IBU HAMIL AWAS DIABETES



Hindari makanan terlalu manis ketika hamil. - Gambar hiasan.

Dalam hal ini, tidak terkecuali bagi ibu-ibu yang mengandung malah golongan ini bukan sahaja perlu memastikan janin yang dikandung sihat, mereka juga disaran agar menjaga kesihatan diri masing-masing sepanjang tempoh sembilan bulan tersebut.
Ini kerana ketika inilah pelbagai jenis penyakit mudah 'melekat' tatkala perubahan hormon di dalam badan berlaku.

Tidak dinafikan kehamilan adalah suatu pengalaman unik bagi wanita, begitupun ia pastinya menjadi satu igauan ngeri apabila diri disahkan menghidap kencing manis ataupun darah tinggi ketika mengandung.

Menurut Naib Presiden Kanan, Operasi Antarabangsa Serantau, Novo Nordisk, Jesper Hoiland, di Malaysia angka yang ditunjukkan di kalangan ibu mengandung menghidap kencing manis semakin meningkat malah angka tersebut merupakan satu angka yang tinggi.

KHASIAT TEH PERIA

SAUFY Nizar Rahman bersama produk teh dan herba berasaskan peria.
 


Sebut sahaja peria, pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Namun, bak kata orang tua yang pahit itulah ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.

Terdapat dua jenis peria yang biasanya terdapat di pasaran Malaysia iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria 'katak' yang bersaiz lebih kecil. 

Dalam usaha mengkomersialkan khasiat dan kebaikan peria, sebuah syarikat tempatan milik Bumiputera, Jiewa Enterprise, menghasilkan produk teh herba yang berasaskan peria yang dikatakan mampu membantu mengurangkan kadar gula dalam darah.

Pengurus Jiewa Enterprise, Saufy Nizar Rahman, 30, berkata, sememangnya diakui sejak dari dahulu lagi bahawa peria mempunyai kebaikannya tersendiri untuk individu yang menghidap penyakit seperti kencing manis, gout dan darah tinggi.

KUALITI HIDUP SELEPAS MENOPAUS

KURANGNYA pendedaha terhadap gejala menopaus dan bagaimana menanganinya menyebabkan masyarakat sukar menerima kehadirannya. Apatah lagi, anda tidak tahu bila menopaus akan tiba. Dan pastinya anda juga tidak mahu ia memberi kejutan kepada anda. Dalam hal ini, wanita harus bersikap positif dan menganggap kehidupan mereka akan bertambah baik selepas mengalami menopaus (putus haid) Ini kerana sebagai wanita, anda perlu bersedia dengan beberapa siri perubahan biologi tubuh dalam meniti setiap fasa kehidupan.

Perubahan akan berlaku termasuklah pusingan haid yang menandakan kematangan tubuh wanita, konsepsi, kehamilan, kelahiran dan menopaus.

Apa yang pasti, setiap fasa perubahan ini membabitkan rasa tidak selesa sama ada secara emosi mahupun fizikal.

Perubahan ini menjadi kebimbangan kepada wanita yang sukar berhadapan dengan kehidupan selepas menopaus.

Friday, December 7, 2012

BAGAIMANA MAHU IKHLAS

"Iblis menjawab: Demi kekuasaan engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-mu yangmukhlis (ikhlas) diantara mereka".

(QS, Shaad 38 : 82-83)
"Iblis berkata : Ya Tuhanku, oleh sebab engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba engkau yang mukhlis (ikhlas) diantara mereka".

(AS Al-Hijr, 15 : 39-40)
Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas?. Kerana ketika kita ikhlas kerana Allah S.W.T. Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah kekuatan dan kekuasaan Allah S.W.T. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah kehendak Allah S.W.T. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi kekuatan Allah S.W.T.


MAKAN SECARA SIHAT

Sebahagian daripada yang hadir pada demonstrasi masakan sihat di pusat perniagaan Tupperware, Rawang, Selangor.
Untuk itu hari ini pelbagai jenis masakan telah diperkenalkan dalam usaha mencegah diri daripada 'dihinggapi' penyakit yang berbahaya.
Baru-baru ini, bertempat di pusat perniagaan Tupperware, Rawang, satu demonstrasi masakan cara sihat telah diadakan dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya menjaga pemakanan untuk mengelak daripada mendapat penyakit.

Pemilik premis perniagaan tersebut, Leny Masayu Miskimin, 36, berkata, walaupun demonstrasi masakan sihat yang dianjurkan tersebut tidak mengunakan minyak dan juga penggunaan air yang kurang, makanan yang dimasak masih lagi mengekalkan rasa, tekstur dan juga kualiti khasiatnya.

Tambahnya lagi, walaupun tanpa penggunaan bahan penting dalam masakan, hidangan yang dimasak masih lagi sedap malah ia merupakan sajian sihat yang patut diamalkan setiap individu dalam usaha menjaga kesihatan masing-masing.

"Kami sering mengadakan demonstrasi masakan cara sihat kepada suri rumah kerana kami amat menitikberatkan soal kesihatan.

"Ditambah pula dengan statistik penyakit yang semakin menjadi-jadi di kala ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk berkongsi cara masakan sihat dengan orang ramai," ujarnya ketika ditemui di Rawang, baru-baru ini.
Nurul Azwa Nordi menunjukkan resepi Ayam Masak Steam.
 
Pada majlis tersebut, Leny telah menjemput dua suri rumah yang mahir dalam menyediakan makanan sihat, Fatimah Noor Abdullah dan Nurul Azwa Nordi untuk menunjukkan dua jenis masakan yang dimasak secara berkhasiat iaitu dada ayam asas dan juga nasi tomato ayam.
Ternyata apa yang ditunjukkan hari itu betul-betul menepati tema iaitu masakan cara sihat tanpa penggunaan minyak dan juga penggunaan air yang kurang.
Walaupun tanpa kedua-dua bahan tersebut ternyata menu yang disediakan masih lagi sedap seperti yang dimasak dengan mengunakan minyak dan juga air.
Rasa setiap masakan adalah daripada jus semula jadi dan rasa asli bahan makanan yang menjadikan setiap masakan begitu sedap untuk dinikmati.
Begitupun ulas Leny ada juga masakan yang dimasak tidak menggunakan air dan segala-galanya bergantung kepada jenis masakan yang disediakan. - mariatul qatiah zakaria

Thursday, December 6, 2012

HIDUP BERKAT, TERSELAMAT DARIPADA API NERAKA DENGAN BERSEDEKAH

UMAT Muhammad SAW diberi kemuliaan dan pahala besar atas perbuatan sedekah oleh Allah SWT. Malah, amalan sedekah mempunyai rahsianya tersendiri antaranya sedekah dapat menambah umur seseorang, dapat menghilangkan akhlak buruk serta menjada seseorang daripada kefakiran.

Diriwayatkan dari 'Amar bin Auf' bahawa dia berkata: "Rasullullah SAW bersabda bermaksud: Sesungguhnya sedekah seorang Muslim dapat menambah umur(nya), dapat mencegahnya daripada kematian yang tidak baik, dan dengannya Allah akan menghilangkan sifat sombong, kefakiran dan sifat berbangga hati."


Tuesday, December 4, 2012

ZALEHA BERPANTANG ELAK GOUT

Malam itu, ibu jari kaki kanan zaleha Musa terasa sakit, berdenyut-denyut dan membengkak . Dalam keadaan panik dia segera bangun dan meminta bantuan anaknya.

Lebih malang seluruh tubuh badannye tidak dapat bergerak. Tanpa membuang masa anak-anaknya segera membawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 Zaleha diberi suntikan untuk memberi kelegaan sakit yang dialaminya.