HASIL daripada kajian terbaru yang dijalankan ke atas 1,000 wanita di
10 negara Asia termasuk Malaysia, mendedahkan tentang ceteknya
pengetahuan mengenai kesuburan yang menjadi punca kepada masalah
ketidaksuburan.
Kajian yang dinamakan Starting Families Asia itu dilakukan
oleh Merck Serono, sebuah syarikat farmasutikal antarabangsa
berpangkalan di Darmstadt, Jerman, dengan kerjasama Bahagian Kesuburan
dan Endokrinologi Reproduktif di Pusat Wanita, Hospital Universiti
Kebangsaan (NUH), Singapura.
Kajian yang merupakan terbesar di Asia itu telah disahkan oleh Asia Pacific on Reproduction (ASPIRE) dan dijalankan di antara tahun 2011 hingga 2012.
Ia bagi membolehkan pengamal perubatan dan pembuat polisi di
negara-negara yang terlibat dalam kajian itu dibantu bagi memulakan
keluarga.
Selain itu, masalah-masalah yang dikenal pasti dapat ditangani bagi
membantu wanita mendapat peluang untuk hamil termasuk meningkatkan
pengetahuan kesuburan, mengatasi masalah kesuburan dan salah tanggapan
mengenai rawatan kesuburan.
Bercakap mengenai kajian tersebut, Timbalan Dekan (Siswazah dan
Hubungan Antarabangsa) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi berkata, hasil kajian
mendapati wanita dan pasangan perlu mendapatkan bantuan apabila
merancang untuk memulakan keluarga, terutama bagi mereka yang menghadapi
masalah untuk hamil.
Kajian itu juga kata beliau, menyebut bahawa lebih banyak pendidikan
umum dan kepekaan daripada segi umur dan masalah perubatan memberi kesan
pada kesuburan juga pilihan rawatan, boleh diperoleh kepada mereka yang
menderita masalah kesuburan.
Beliau yang juga pakar perunding kanan O & G serta pakar
kesuburan, ditemui pada sidang akhbar mengenai kurangnya pengetahuan
mengenai kesuburan di kalangan wanita Malaysia di sini baru-baru ini.
Dr. Zainul Rashid berkata, Starting Families Asia turut
mendedahkan sebanyak 43 peratus wanita yang terlibat dalam kajian
tersebut memahami bahawa pasangan itu dianggap tidak subur jika gagal
hamil selepas setahun mencuba.
''Sementara sebanyak 36 peratus lagi mendapati wanita yang berusia
40-an mempunyai peluang yang rendah untuk hamil daripada yang berusia
30-an.
''Juga 32 peratus lagi mendapati gaya hidup yang sihat tidak
semestinya menjanjikan kehamilan. Ini bermakna mereka tidak mendapatkan
bantuan atau rawatan yang boleh membantu peluang mereka untuk hamil
terutama bagi wanita yang berumur lebih 35 tahun.
''Ramai wanita percaya takdir turut berperanan dalam masalah
kesuburan. Di Malaysia, 71 peratus wanita percaya ketidaksuburan adalah
takdir Tuhan manakala 42 peratus lagi menganggap mereka tidak bernasib
baik,'' ujar beliau.
Beliau menambah, juga terdapat cetek pengetahuan mengenai isu
kesuburan lelaki. Sebanyak 51 peratus wanita tidak mengetahui bahawa
lelaki mungkin tidak subur walaupun mereka boleh berereksi dan 49
peratus lagi tidak menyedari bahawa seseorang lelaki mungkin tidak subur
walaupun mereka boleh mengeluarkan sperma.
Ujar Dr. Zainul Rashid, walaupun kepekaan mengenai pilihan rawatan
kesuburan adalah tinggi, namun, kira-kira 30 peratus daripada wanita
yang terlibat dalam kajian tersebut tidak begitu bersungguh-sungguh mahu
mendapatkan bantuan profesional walaupun mereka mengsyaki mempunyai
masalah kesuburan.
''Di Malaysia, 52 peratus wanita yang terlibat dalam kajian itu yang
mencuba untuk hamil dalam tempoh lebih enam bulan tidak mengetahui
lokasi pusat kesuburan berhampiran.
''Satu-satunya halangan yang menyebabkan wanita tidak mendapatkan rawatan kesuburan ialah kos yang tinggi.
''Bagi wanita yang mendapatkan bantuan profesional, mereka turut
mendapat nasihat daripada profesional perubatan dan menjalani
ujian-ujian diagnostik selain terapi alternatif," katanya.
Beliau menambah, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), beberapa
negara di Asia seperti China, Jepun, Korea Utara, Singapura, Thailand
dan Vietnam telah mencecah paras di bawah tahap kesuburan.
Ujar beliau, empat daripada negara yang mempunyai taraf ekonomi yang
tinggi, iaitu Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan adalah di
antara negara yang mempunyai kadar kelahiran yang rendah di dunia.
Sementara itu, Pengarah Urusan Merck Malaysia Berhad, Alex Chua
yang turut hadir pada majlis tersebut berkata, kadar kelahiran bayi di
negara ini menurun kepada 2.2 peratus pada tahun 2008 daripada 2.6
peratus pada tahun 2000.
''Oleh kerana Malaysia akan menuju ke arah bangsa yang membangun pada
tahun 2020, penurunan ini agak membimbangkan kerana akan mengurangkan
jumlah generasi muda sebaik sahaja negara ini menjadi negara membangun.
''Walau bagaimanapun bukan Malaysia sahaja yang menghadapi isu
penurunan kadar kelahiran. Namun, Malaysia merupakan contoh utama bagi
trend yang melanda Asia ini.
''Dengan kadar kesuburan yang terendah di dunia, penurunan kadar
kelahiran di Asia menjadi kebimbangan sosial dan ekonomi bagi hampir
semua bangsa dan kerajaan.
''Inilah sebabnya mengapa Merck Serono percaya adalah penting bagi
pihaknya membantu pasangan suami isteri bagi memulakan keluarga,''
jelasnya.
2 comments:
Hi there to eveгy οne, for the rеаѕon
that I am genuinely keen of rеading this website's post to be updated daily. It includes pleasant information.
Stop by my blog post - Darmstadt in Hessen Mathildenhöhe
Нello therе, ϳust became alегt to yοur blog
through Googlе, anԁ founԁ that іt is truly infoгmative.
I аm gοіng to watch out for brusselѕ.
I'll appreciate if you continue this in future. Many people will be benefited from your writing. Cheers!
my weblog; Ludwigshöhe Darmstadt (Bessungen)
Post a Comment