Untuk itu hari ini pelbagai jenis masakan telah diperkenalkan dalam
usaha mencegah diri daripada 'dihinggapi' penyakit yang berbahaya.
Baru-baru ini, bertempat di pusat perniagaan Tupperware, Rawang, satu
demonstrasi masakan cara sihat telah diadakan dalam usaha memberi
kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya menjaga pemakanan untuk
mengelak daripada mendapat penyakit.
Pemilik premis perniagaan tersebut, Leny Masayu Miskimin, 36,
berkata, walaupun demonstrasi masakan sihat yang dianjurkan tersebut
tidak mengunakan minyak dan juga penggunaan air yang kurang, makanan
yang dimasak masih lagi mengekalkan rasa, tekstur dan juga kualiti
khasiatnya.
Tambahnya lagi, walaupun tanpa penggunaan bahan penting dalam
masakan, hidangan yang dimasak masih lagi sedap malah ia merupakan
sajian sihat yang patut diamalkan setiap individu dalam usaha menjaga
kesihatan masing-masing.
"Kami sering mengadakan demonstrasi masakan cara sihat kepada suri rumah kerana kami amat menitikberatkan soal kesihatan.
"Ditambah pula dengan statistik penyakit yang semakin menjadi-jadi di
kala ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk berkongsi cara
masakan sihat dengan orang ramai," ujarnya ketika ditemui di Rawang,
baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, Leny telah menjemput dua suri rumah yang mahir
dalam menyediakan makanan sihat, Fatimah Noor Abdullah dan Nurul Azwa
Nordi untuk menunjukkan dua jenis masakan yang dimasak secara berkhasiat
iaitu dada ayam asas dan juga nasi tomato ayam.
Ternyata apa yang ditunjukkan hari itu betul-betul menepati tema
iaitu masakan cara sihat tanpa penggunaan minyak dan juga penggunaan air
yang kurang.
Walaupun tanpa kedua-dua bahan tersebut ternyata menu yang disediakan
masih lagi sedap seperti yang dimasak dengan mengunakan minyak dan juga
air.
Rasa setiap masakan adalah daripada jus semula jadi dan rasa asli
bahan makanan yang menjadikan setiap masakan begitu sedap untuk
dinikmati.
Begitupun ulas Leny ada juga masakan yang dimasak tidak menggunakan
air dan segala-galanya bergantung kepada jenis masakan yang disediakan. - mariatul qatiah zakaria
No comments:
Post a Comment