Tuesday, June 3, 2014

GALAK ANAK BERMAIN DI LUAR RUMAH



Pendedahan si cilik kepada sinaran matahari elak masalah kekurangan vitamin D



Kumpulan penyelidik Tinjauan Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS) mendapati, hampir separuh daripada golongan kanak-kanak yang tinggal di bandar dan luar bandar menghadapi masalah kekurangan vitamin D. 

Masalah itu lebih serius berlaku terutama dalam kalangan kanak-kanak perempuan yang tinggal di kawasan bandar. 
Ketua program, Sains Pemakanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Penyelidik Utama SEANUTS Malaysia, Prof Dr Poh Bee Koon, berkata data itu mengejutkan kerana Malaysia sememangnya negara yang kaya sinaran matahari mencukupi untuk membantu badan membina vitamin D secara semula jadi. 
“Salah satu faktor yang menyumbang kejadian ini berkemungkinan kerana ramai ibu bapa bimbang keselamatan anak dan menghalang mereka keluar bermain di luar rumah,” katanya pada majlis diskusi status kesihatan yang membimbangkan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia bersama Dutch Lady Malaysia, baru-baru ini. 

Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Rahul Colaco, hadir sama. 

Kajian SEANUTS dijalankan pada tahun 2009 ke atas kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 12 tahun di seluruh negara. 

Dalam kajian sama mendapati, satu daripada 20 orang kanak-kanak didapati kurang berat badan manakala satu daripada lima kanak-kanak mengalami berat badan berlebihan (obesiti), di Asia Tenggara. 

Tumbesaran terbantut 

Dr Poh berkata, kanak-kanak menanggung isu beban yang berganda terhadap malnutrisi; bermakna mereka mengalami situasi kekurangan dan berlebihan nutrisi, namun berlebihan nutrisi tampak lebih ketara sekiranya dibuat perbandingan. 

Beliau juga menyatakan, kanak-kanak lelaki dan perempuan di bandar yang berusia enam hingga 10 bulan dan kanak-kanak lelaki dan perempuan di kawasan luar bandar yang berusia satu hingga tiga tahun serta tujuh hingga 12 tahun, kebanyakannya mengalami masalah tumbesaran terbantut bagi peringkat umur mereka disebabkan tabiat pemakanan yang tidak betul. 

Keadaan berat badan berlebihan (obesiti) juga lebih jelas didapati dalam kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang tinggal di bandar dan kanak-kanak lelaki yang tinggal di kawasan luar bandar dengan kadar yang tinggi. 

Sementara itu, pelajar sekolah yang berusia tujuh hingga 12 tahun dilaporkan menjalani aktiviti fizikal yang rendah. 

Vitamin D melalui diet 

Sementara itu, pakar perunding pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil menjelaskan, vitamin D adalah nutrisi penting untuk tulang sihat dan mengawal kuantiti kalsium yang terdapat di dalam darah. 

“Kanak-kanak memerlukan vitamin D untuk pembinaan dan tumbesaran tulang dengan membantu menyerap kalsium. Apabila kulit terdedah kepada sinaran UVB matahari, badan akan menghasilkan vitamin D secara semula jadi. 

“Kebanyakan orang mendapat vitamin D melalui diet, tetapi hanya sesetengah jenis makanan semula jadi seperti ikan dan telur yang mengandungi kandungan vitamin yang diperlukan. 

“Sinaran matahari adalah bekalan utama untuk vitamin D dan vitamin D hanya boleh dihasilkan sekiranya kulit terdedah pada sinaran matahari,” katanya. 

Beliau menasihati ibu bapa supaya menggalakkan anak untuk keluar bermain bagi memperoleh lebih banyak sinaran matahari dan vitamin D secara semula jadi. 

Kekurangan vitamin D boleh mengakibatkan osteoporosis dan peningkatan risiko tulang rapuh pada jangka masa panjang.
 Sumber: http://www.bharian.com.my/

DIAM ITU LEBIH BAIK!!



Lumrah Alam
Selagi boleh berkata-kata
Selagi kata-kata itu membuat seseorang itu terasa
Selagi mana boleh persendakan seseorang
Selagi ucapan tanpa didahului akal
Selagi itu dosa kan tercatat
Apakah mainan kata itu
dosanya sebesar 
zarah?

Mungkinkah kita terlupa
Apa yang diperkatakan hari ini
Pasti dipersoalNya di sana
Pasti ia memberatkan  timbangan amalan 
buruk kita di sana
Beringat sebelum memainkan kata
Kerana bimbang
Ia  bisa menempah seribu penyesalan
di kemudian
 hari

MINUMAN SEJUK PUNCA PERUT BUNCIT

KEADAAN perut yang membuncit selepas makan pasti sukar untuk dihindari. Namun, perkara itu boleh dicegah jika kena caranya.
Seorang pakar diet dan pemakanan Indonesia, Nadya Andreeva berkata, gaya hidup dan pemilihan makanan yang sesuai dapat mencegah perut buncit.
“Pertama sekali, seseorang perlu mengelak daripada mengambil minuman sejuk semasa makan kerana ia menyempitkan saluran darah sekali gus melambatkan proses metabolisme.
“Sebaiknya, seseorang disarankan mengambil teh herba panas ataupun air suam sewaktu makan,” katanya.
 





Seseorang juga harus menahan diri daripada mengambil pencuci mulut yang manis dan berkalori tinggi selepas makan kerana ia membuatkan perut berasa kenyang secara berlebihan dan menimbulkan rasa mual.
“Kebiasaannya makanan seperti ini menjadi punca lemak berkumpul pada dinding perut dan menyebabkan perut buncit.
“Bukan sahaja perut, bahagian pinggul juga akan membesar akibat manisan ini,” katanya.