Monday, September 22, 2014

TANGANI SAKIT KEPALA

SEBAGAI ibu yang paling akrab hubungan dengan anak-anak, semestinya anda ingin memberi yang terbaik dalam kehidupan mereka.

Semua aspek menjadi keutamaan daripada dari penyediaan makanan dan keperluan harian hinggalah penjagaan kesihatan.

Namun, dalam kegembiraan tersebut, apabila sakit kepala yang menyerang secara tiba-tiba, segalanya boleh berubah dalam sekelip mata.

Bayangkan anda seorang ibu yang sentiasa lembut berbicara dengan ahli keluarga boleh bertukar wajah dan peri laku berbeza.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh salah sebuah firma farmaseutikal dan penjagaan kesihatan, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK), menemukan purata rakyat Malaysia mengalami sakit kepala sebanyak dua kali sebulan dalam tempoh tiga bulan yang lepas.

Lapan dalam 10 rakyat Malaysia memilih untuk menahan kesakitan daripada mendapatkan rawatan segera kerana sakit kepala merupakan kesakitan yang paling kerap melanda.

Pada masa sama, tujuh dalam 10 rakyat Malaysia menyatakan kesakitan merupakan isu peribadi yang tidak memberi impak terhadap tingkah laku mereka.

Kajian juga menunjukkan 33 peratus rakyat Malaysia menyedari diri mereka berbeza ketika mengalami sakit kepala.