Monday, September 22, 2014

TANGANI SAKIT KEPALA

SEBAGAI ibu yang paling akrab hubungan dengan anak-anak, semestinya anda ingin memberi yang terbaik dalam kehidupan mereka.

Semua aspek menjadi keutamaan daripada dari penyediaan makanan dan keperluan harian hinggalah penjagaan kesihatan.

Namun, dalam kegembiraan tersebut, apabila sakit kepala yang menyerang secara tiba-tiba, segalanya boleh berubah dalam sekelip mata.

Bayangkan anda seorang ibu yang sentiasa lembut berbicara dengan ahli keluarga boleh bertukar wajah dan peri laku berbeza.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh salah sebuah firma farmaseutikal dan penjagaan kesihatan, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK), menemukan purata rakyat Malaysia mengalami sakit kepala sebanyak dua kali sebulan dalam tempoh tiga bulan yang lepas.

Lapan dalam 10 rakyat Malaysia memilih untuk menahan kesakitan daripada mendapatkan rawatan segera kerana sakit kepala merupakan kesakitan yang paling kerap melanda.

Pada masa sama, tujuh dalam 10 rakyat Malaysia menyatakan kesakitan merupakan isu peribadi yang tidak memberi impak terhadap tingkah laku mereka.

Kajian juga menunjukkan 33 peratus rakyat Malaysia menyedari diri mereka berbeza ketika mengalami sakit kepala.


Sebanyak 32 peratus pula merasakan mereka akan merengus atau kurang sabar terhadap individu sekeliling mereka, terutamanya ahli keluarga ketika sakit kepala. 

Ahli Psikologi Kaunseling dan Pensyarah Kanan, Universiti HELP, Dr. Anasuya Jegathevi Jegathesan berkata, ramai yang tidak percaya bahawa kesakitan mampu mengubah tingkah laku mereka secara umumnya. 

“Secara realitinya, menahan kesakitan secara berterusan mempunyai kesan negatif terhadap keadaan emosi dan psikologi individu sekaligus memberi impak kepada masyarakat di sekeliling. 

“Kesakitan boleh membawa kepada rasa hina diri dan kemurungan, dan mereka yang menderita kerana sakit mungkin mengalami kekecewaan dan angin yang tidak menentu. 

“Pesakit juga boleh terasa sunyi dan terasing memandangkan kesakitan menyukarkan mereka bersosial. Keluarga dan rakan-rakan biasanya menjadi sumber sokongan bagi pesakit, namun hubungan boleh menjadi tegang disebabkan keadaan emosi negatif atau tidak menentu pesakit," jelasnya.

Pakar Pengurusan Kesakitan dan Anestisia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, Dr. Gopinathan Raju turut menjelaskan sakit kepala yang menyerang individu mempunyai tahap kesakitan yang berbeza.

“Mendiagnosis dan merawat kesakitan boleh menjadi kompleks memandangkan setiap pesakit merasai kesakitan dengan berbeza. Persepsi dan pengalaman serta toleransi terhadap kesakitan dipengaruhi pelbagai faktor. 

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merumuskan pendekatan bertingkat untuk pengurusan kesakitan menggunakan ubat-ubatan untuk merawat kesakitan ringan, sederhana dan teruk. 

“Bagi kesakitan biasa atau ringan, ubat seperti parasetamol merupakan ubat-ubatan atas kaunter (OTC) yang kerap digunakan untuk memberi kelegaan. 

"Bagi sakit kepala biasa seperti sakit kepala jenis tekanan yang boleh dicetus oleh tekanan kerja, kekurangan masa dan tidur, stres dan kegusaran, tekanan dan keresahan, dan keletihan, pengambilan parasetamol digalakkan pada peringkat awal kesakitan iaitu sebelum keadaan menjadi lebih teruk," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran GSK Consumer Healthcare Sdn Bhd. Katharine Chen, berkata, Panadol keluaran GSK merupakan salah satu ubat pelega kesakitan berasaskan parasetamol terkemuka dunia, merupakan produk GSK.

“Parasetamol pada masa ini merupakan ubatan yang biasa diambil untuk melegakan sakit kepala kerana selamat, menjimatkan kos dan mudah diperoleh.Sekiranya diambil mengikut kaedah yang diarahkan, parasetamol hilang dari badan secara semula jadi selepas tempoh 24 jam," katanya

No comments: