Sunday, March 8, 2020

FAEDAH MINUM AIR LIMAU NIPIS

Air limau nipis, mencampurkan air dengan buah sitrus, seperti limau boleh menambah perisa ke dalam segelas air, menggalakkan peminum air yang enggan mengambil lebih banyak. Badan memerlukan air untuk terus stabil dan minum air secukupnya adalah penting untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.
Air memastikan tubuh manusia terhidrat secukupnya. Manusia kekal terhidrasi dengan meminum cecair dan memakan makanan dengan kandungan air yang tinggi.
Jumlah air yang perlu diminum oleh seseorang bergantung kepada:
  • umur
  • jantina
  • jumlah aktiviti fizikal yang mereka lakukan
  • sama ada seseorang sedang hamil atau menyusukan
  • suhu dan faktor persekitaran yang lain
  • sama ada atau tidak seseorang mempunyai demam atau cirit-birit atau muntah
Ramai orang tidak minum air yang mencukupi dan diperlukan oleh badan. Malah, ramai orang minum lebih banyak minuman manis dan berkarbonat daripada air biasa.
Sesetengah orang mungkin mendapati bahawa memerah limau nipis meningkatkan rasa air, menggalakkan mereka untuk minum lebih banyak lagi. Dengan minum air limau nipis, mereka juga boleh memanfaatkan banyak manfaat kesihatan yang ditawarkannya.

12 faedah air limau nipis

Air limau nipis

MACAM MACAM BOLEH DIGUNAKAN DENGAN LIMAU KASURI

1 . Ubat batuk 

limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . Ubat demam


Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Ubat ketiak 


Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . Ubat pening kepala


Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . Ubat lelah 


Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

KHASIAT AIR LIMAU KASTURI

Perahan jus limau kasturi atau nama saintifiknya Citrus Microcarpa memang diakui mampu menambah keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan Namun, keistimewaannya tidaklah terhenti setakat itu. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.
Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti asma, sakit tekak dan juga pening kepala.

Selain itu, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.

6 Khasiat Limau Kasturi Untuk Kesihatan.

1. Mengurangkan Asma

Ambil sesudu madu kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami asma.

2. Melangsingkan Tubuh

Perahan limau kasturi yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat.

3. Ubat Kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir.

Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi.

Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

4. Ubat Pening Kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia dipicit.

5. Atasi Masalah Ketiak Berbau

Ambil beberapa biji limau kasturi, kemudian potong kepada 2 bahagian. Ramaskan limau kasturi itu kebahagian ketiak anda beberapa kali dan bilas sehingga bersih. Amalkan beberapa kali seminggu.

6. Ubat Demam

Petik 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam.

Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

MANFAAT LIMAU KASTURI

Tiada siapa menyangka dengan saiz yang kecil, buah limau kasturi sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih tinggi dan lebih banyak berbanding sebiji epal hijau.

Perahan jus limau kasturi bukan sahaja mampu menambah keenakan rasa dalam masakan dan minuman, malah ia juga dapat membantu merawat pelbagai penyakit seperti batuk, sakit tekak, pening kepala dan sebagainya.

Khasiatnya tidak terhenti di situ sahaja, limau kasturi juga banyak digunakan untuk tujuan kecantikan misalnya dijadikan sebagai bahan untuk mengatasi masalah badan berbau, mengurangkan masalah kelemumur dan menguruskan badan.

Bahan aktif di dalam limau kasturi amat jarang ditemui dalam limau-limau lain.

Floretin-G

Limau jenis ini tergolong dalam kumpulan dihidro-kalkon dan hadir dengan salah satu komponen berkhasiat yang dipanggil Floretin-G.

Floretin biasanya didapati di dalam buah epal, sebahagian limau tropika dan teh rooibos, namun kajian mendapati bahan floretin banyak terdapat pada bahagian tertentu pada limau kasturi.

Menurut pakar pemakanan, bahan floretin-G juga boleh dijumpai di dalam epal hijau dan kombinasi antara bahan floretin bersama asid ferulic telah dijual di pasaran antarabangsa sebagai bahan kosmetik anti kedut dan pemutih wajah semulajadi.

Kuantiti Floretin-G yang diekstrak didapati telah meningkat jika dirawat menggunakan campuran enzim terpilih malah, bahan floretin-G juga stabil pada suhu dan tekanan tinggi.

Kajian jangka hayat minuman limau kasturi juga menunjukkan kandungan floretin-G masih stabil walaupun telah disimpan selama 18 bulan pada suhu bilik selain pelbagai ujian termasuk sensori dan penerimaan pengguna terhadap produk minuman ini telah dijalankan.

Antioksidan

Kajian preklinikal ke atas produk ini juga menunjukkan ia boleh menstabilkan sel darah merah, menurunkan trigliserida dan kreatinin.

Hasilnya, ramai yang menyukai minuman limau kasturi kerana rasanya kurang pahit selain penuh dengan khasiat semulajadi.

Antara bahan penting dalam produk makanan dan minuman kesihatan adalah bahan antioksidan yang boleh merencatkan (tetapi tidak menghalang sepenuhnya) pengoksidaan lemak, protein, karbohidrat dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Proses pengoksidaan tersebut disebabkan oleh kehadiran bahan radikal bebas.

Apabila kandungan radikal bebas tinggi dalam darah, ia boleh menyebabkan tekanan oksidatif dan fenomena ini sering dikaitkan dengan penyebab penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi dan kencing manis.

Sebenarnya, keberkesanan sesuatu produk antioksidan tidak diukur dari tinggi nilai antioksidan yang tertulis pada label semata-mata, tetapi bergantung kepada keupayaan tubuh manusia memetabolisma atau memecahkan bahan antioksidan kepada bahan ringkas yang dikenali sebagai asid fenolik dan seterusnya diserap dalam badan.

Kebanyakan makanan dan minuman yang tinggi bahan antioksidan mengambil masa yang agak lama untuk dimetabolismekan kepada asid fenolik dalam usus besar iaitu lebih kurang lima hingga 24 jam.

Keupayaan tubuh memetabolismekan bahan antioksidan yang berstruktur besar juga akan berkurang dengan kehadiran bahan matrik makanan seperti lemak dan protein.

Sebagai contoh, jika seseorang mengambil makanan atau minuman yang tinggi kandungan antioksidan, diikuti pengambilan bahan berlemak atau tinggi protein, maka bahan antioksidan tidak dapat dimetabolismekan atau dipecahkan kepada asid fenolik.

Hal ini kerana bahan antioksidan akan diikat dengan lemak atau protein dalam perut dan tidak dapat dimetabolismekan dalam usus besar oleh bakteria yang dikenali sebagai mikroflora.

KITA PERLU MINUM AIR SECUKUPNYA

MASIH ramai golongan dewasa tidak mengikuti saranan minum air lapan gelas (2.5 liter) sehari.

MINUM AIR SECUKUPNYA UNTUK SIHAT.
 
 Antara alasan mereka ialah enggan kerap berulang-alik ke tandas setiap 30 minit selepas minum air.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad berkata, air ialah bahan kedua penting dalam tubuh selepas oksigen.

Ia dapat memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.

Beliau berkata, individu dewasa digalakkan minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari seperti dicadangkan ‘National Academy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board’.

“Ketika makan, injap pilorus di hujung perut akan mengecut menyebabkan makanan berada di perut untuk beberapa tempoh bagi tujuan penghadaman.

“Air yang diminum digunakan untuk menukarkan makanan kepada cecair. Setelah makanan menjadi lembut, ia dihantar ke usus bagi tujuan serapan,” katanya.

Menurut Dr Zubaidi, sekiranya air tidak mencukupi, perut akan mengambil cecair daripada darah, perut dan usus supaya makanan yang hendak diproses menjadi lembut serta cair sebelum dihantar ke usus kecil.

“Lazimnya, najis menjadi lembut apabila berada di usus besar.

“Sekiranya air dalam tubuh tidak mencukupi akibat dehidrasi, tubuh akan menyerapkan air daripada najis menyebabkannya mengeras dan seseorang itu mengalami sembelit.

“Kajian ‘Journal of the American College of Nutrition’ mendedahkan, minum air kosong tidak menjadi keperluan selagi meminum air lain (air berperisa) dan memakan makanan berkuah seperti sup dan bubur,” katanya.

Menurut beliau, saintis menyarankan jumlah air yang perlu diminum seorang dewasa ialah segelas air bagi setiap kali makan.

Namun, individu itu perlu minum air yang lebih banyak jika ada keperluan lain.
Jelasnya, air juga digunakan untuk menggantikan peluh yang keluar terutama ketika cuaca panas atau melakukan aktiviti lasak.

“Minum apabila dahaga dan jangan memaksa individu lain minum air lapan gelas sehari, ikut kemampuan masing-masing.

“Minum terlalu banyak air juga boleh membahayakan diri dan menyebabkan hyponatremia (kandungan natrium dalam darah terlalu rendah),” katanya.

SISTEM DI DALAM BADAN PUN PERLUKAN AIR!

Setiap sistem dalam tubuh memerlukan air, bahkan sebahagian besar badan merangkumi air. Otot yang kecil, darah dan otak mengandungi lebih 70 peratus air. Cecair penting ini adalah ramuan penting yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Begitupun, kebanyakan orang tidak meminum air yang mencukupi.

Air mengawal suhu badan, pembawa nutrien dan oksigen, menyahkan bahan buangan, menolong menyahkan toksik daripada buah pinggang dan hati, melarutkan vitamin dan mineral dan menghalang badan daripada kecederaan.
Setiap hari badan kehilangan secara purata 10 hingga 12 cawan air yang perlu diganti untuk me­ngekalkan keseimbangan tubuh. Namun, masih ramai yang mengabaikan pengambilan air untuk anggota badan.


Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkata, air adalah elemen terpenting kepada tubuh. Badan kita terdiri daripada 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat.

 
“Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan mengurangkan risiko terhadap jangkitan.