Saturday, April 11, 2020

SENARAI MAKANAN CKD

CARA MEMILIH MAKANAN
Berikut adalah senarai makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang pesakit CKD seeloknya elak atau wajib makan. Harap maklum bahawa ini bukanlah senarai yang lengkap, ada juga makanan lain yang anda perlu ambil tahu: ini hanya rujukan kepada makanan yang paling digemari orang Malaysia.
* BERAS, PASTA dan ROTI:
1. Walaupun sering disarankan untuk mengambil beras perang (brown rice) kerana ia rendah GI, pilihan yang lebih baik adalah beras putih/basmathi (white rice)! Ini kerana beras perang tinggi dengan potassium dan phosphorus. Beras pulut pula susah dihadam.
2. Terdapat nutrisi yang bagus dalam roti bijirin (wholegrain/multigrain), tetapi ia bukanlah pilihan sesuai untuk pesakit CKD yang tinggi bacaan potassium dan phosphorus-nya. Roti putih dan roti gandum penuh (wholewheat) adalah pilihan yang lebih selamat.
3. Selain nasi, pasta dan meehoon juga boleh dibuat sebagai makanan ruji! Pilih mee kuning yang tanpa pengawet dan pewarna.
SAYUR-SAYURAN dan BUAH-BUAHAN.

Tuesday, April 7, 2020

MANAFAAT NENAS

Nanas atau nama saintifiknya Ananas comosus dari famili Bromeliacaeae merupakan antara hasil tanaman komersial yang penting dan digunakan oleh hampir seluruh penduduk dunia.

Anda suka makan nenas atau nanas?

Sebenarnya nanas mempunyai 1001 segala manfaat ramai yang tidak tahu.  Sama ada untuk wanita, batuk, kolestrol ataupun sebagai diet. Nanas sangat bermanfaat.

Selain boleh dimakan begitu sahaja, nanas juga dijadikan pelbagai produk termasuk jus, cuka, alkohol dan makanan haiwan.

 Nanas merupakan tumbuhan herba renek yang tumbuh hingga 1-1.5 meter tinggi. Apabila musim berbuah, pokok nanas menghasilkan sehingga 200 bunga yang bercantum menjadi buah.
Buah nanas yang matang mengandungi 14% gula, protein, enzim pencernaan, bromelin, asid sitrik, asid malik, vitamin A dan B. Jus nanas yang terhasil adalah bergantung kepada faktor geografi, musim, pemprosesan dan masa tuaian.
Secara keseluruhannya, nanas mengandungi 81.2-86.2% kelembapan dan 13-19% jumlah pepejal yang merangkumi sukrosa, glukosa dan fruktosa sebagai komponen utama. Karbohidrat merupakan komponen terbesar bagi pepejal tersebut sebanyak 85% dengan komposisi serat ialah 2-3%.
Daun nanas yang boleh mencapai ketinggian 1.5 meter sebenarnya turut dijadikan tekstil. Seratnya digunakan sebagai satu bahan dalam menghasilkan kertas dinding serta barang keperluan rumah yang lain.
Di Malaysia, terdapat universiti tempatan seperti UTHM yang mencipta mesin bagi mendapatkan serat nanas.

1 Kaya Vitamin C

Kandungan Vitamin C dalam nanas adalah separuh daripada keperluan harian vitamin C. Ia menentang kerosakan sel dan radikal. Justeru, ia bagus dalam melawan masalah seperti sakit jantung dan sakit sendi.
Menurut para penyelidik dari Universiti Bangladesh pada tahun 2015, buah nanas merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik. Sebiji nanas yang sihat dan matang mampu membekalkan kira-kira 16.2% keperluan harian vitamin C.

2 Sebagai Pertahanan Antioksidan

Nanas mengandungi banyak sebatian bioaktif yang penting untuk pertahanan antioksidan, antaranya pelbagai jenis vitamin dan mineral.
Penyelidik yang sama pada tahun 2011 juga melaporkan kandungan antioksidan yang tinggi dalam nanas datang daripada sebatian fenolik yang merupakan sumber antioksidan yang sangat baik.

3 Baik untuk Tulang

Ia juga baik bagi membentuk tulang yang kuat. Gabungan mangan dan beberapa mineral yang lain dikatakan dapat mengelakkan osteoporosis. Ia juga melawan penuaan dan penyakit dengan melindungi sel-sel tubuh.

Perkembangan tulang dalam tubuh orang muda dan menguatkan tulang orang tua dapat dikesan melalui pemakanan nanas.
Kajian lepas mendapati bahawa vitamin C dalam nanas menyokong pembentukan kolagen dalam tulang, saluran pembuluh darah, kartilaj dan otot selain membantu penyerapan zat besi.

4 Untuk Penghasilan Tenaga

Kandungan thiamin di dalam nanas juga tinggi. Thiamin merupakan vitamin B1 yang terlibat dalam menghasilkan tenaga dengan menukar unit karbohidrat kepada tenaga. Vitam B1 juga amat penting bagi formulasi sel darah merah.
Sementara itu, dilaporkan bagi setiap 100 gram hidangan nanas, terdapat 52 kalori dengan 1.4 gram serat dan 13.7 gram karbohidrat.

5 Mengurangkan Risiko Sakit Mata 

Nanas bagus untuk mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak yang biasanya terjadi ketika usia meningkat. Ia diperolehi daripada kandungan vitamin C di dalamnya dan juga antioksidannya.

Hasil kajian menunjukkan pengambilan vitamin C penting untuk mengelakkan katarak.
Selain itu, kandungan asid malik sebanyak 13% daripada keseluruhan kandungan asidik jus nanas berupaya memberikan nilai kesihatan yang tinggi untuk mengekalkan kesihatan oral dan ketahanan imunisasi.

6 Untuk Usus yang Sihat

Serat di dalam nanas memastikan usus sentiasa sihat.
Kenyataan ini disokong dengan penemuan saintifik yang mengatakan bahawa nanas kaya dengan serat untuk menjadikan pergerakan usus sentiasa berjalan dengan baik dan lancar. Masalah sembelit dapat diatasi dengan kehadiran serat yang baik ini.

7 Ezim Bromelain

Nanas mengandungi bromelain iaitu sejenis enzim yang memecahkan protein dan membantu pencernaan. Bromelain juga berfungsi mengurangkan masalah keradangan dan risiko tumbesaran tumor serta risiko penggumpalan darah.
Bromelain merupakan bahan di dalam nanas yang paling banyak dikaji. Ini kerana ia hanya ditemui di dalam nanas.
Kandungan bromelain di dalam nanas menyebabkan jus nanas digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Saarland, bromelain di dalam nanas membantu dalam menyembuhkan luka. Losyen yang dibuat berasaskan bromelain menunjukkan ia turut membantu dalam penyembuhan kulit terbakar pada manusia.

8 Baik untuk Kurangkan Batuk

Jika batuk berkahak dan berhingus, dicadangkan untuk anda makan nanas.
Sebatian bromelain dilaporkan menunjukkan kesan antiradang yang baik bagi mengurangkan bengkakan dan kesan radang pada tekak dan juga tisu yang tercedera.

9 Untuk Kesuburan

Kandungan vitamin dan mineralnya dikatakan bagus untuk kesuburan lelaki dan wanita.
Menurut Hussain et al. (2015), kandungan mangan yang tinggi dalam jus nanas menandakan pilihan yang bijak bagi mereka yang ingin meningkatkan kesuburan kerana mangan membantu peningkatan kesuburan melalui peningkatan kualiti sperma.

10 Sumber Karbohidrat

Nanas adalah sumber karbohidrat yang diperolehi daripada gula seperti fruktosa,sukrosa, dan glukosa di dalamnya.
Satu cawan potongan nanas mengandungi 82 kalori. Nanas juga bebas lemak dan bebas kolesterol selain rendah kandungan sodium. Kandungan gula di dalamnya ialah 16g secawan.
Khasiat nanas dalam tin adalah kurang berbanding nanas segar. Oleh itu, untuk mendapatkan khasiat sebenar, nanas segar adalah lebih baik.
Minum jus nanas yang dikisar sendiri lebih baik daripada membeli jus yang dijual di kedai dan pasaraya. Ini kerana dikhuatiri kandungan gula dan air yang dicampurkan ke dalamnya menghilangkan nilai khasiat sebenar nanas.

Keburukan Nanas

Apa jua yang kita makan dan lakukan perlu dilakukan secara bersederhana. Walaupun nanas mempunyai banyak khasiat terutamanya vitamin C, tapi jika dimakan secara berlebihan akan mendatangkan kesan negatif kepada tubuh.
Ini termasuklah cirit-birit, rasa loya, sakit pada abdomen, dan pedih hulu hati.
Kandungan bromelain di dalam nanas pula boleh menyebabkan ruam, muntah, cirit- birit, dan pendarahan haid berlebihan. Ini berlaku jika makan nanas secara berlebihan juga.
Sekiranya anda sedang memakan ubat atau dalam rawatan, seeloknya dapatkan nasihat daripada doktor anda jika mahu makan nanas.

Cara Memilih Nanas
Pilih nanas yang masak iaitu yang berwarna kuning terang. Elakkan juga membeli nanas yang sudah layu kerana terlalu masak. Ia dapat dilihat daripada keadaan kulitnya yang berkedut, merekah, dan daunnya yang layu.
Lebih bagus jika anda membeli nanas pada hari anda mahu memakannya. Nanas boleh disimpan di dalam peti sejuk sama ada sebelum atau selepas memotongnya.
Tapi, pastikan anda memakannya dalam tempoh 3 sehingga 5 hari.
Bungkus nanas dalam plastik sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk. Bagi nanas yang dipotong pula, simpan ia di dalam bekas kedap udara sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk untuk memanjangkan tempoh kesegarannya.
Berdasarkan semua maklumat di atas, agak rugi jika nanas tiada dalam diet kita. Ia boleh jadi kudapan semasa berehat sambil menonton televisyen atau dimasak bersama- sama bahan lain dalam masakan kita.
Jadikan ia sebagai salad semasa makan tengah hari atau jus yang menyegarkan tubuh dan menghilangkan keletihan. Kreatifkan diri dengan menggabungkan nanas dengan buah-buahan lain seperti mangga.
Selamat mencuba!