Penghargaan
“Usaha menjaga kesihatan dapat dilakukan melalui
pelbagai cara. Saya mengenali dr. Mohd Ali Toha Assegaf sebagai pengkaji
perubatan Rasullullah. Beliau bukan sahaja mendalami cara perubatan itu malah
menggali dan mengamalkannya. Beliau menerapkan pendekatan holistic dalam amalan
kedoktorannya. Beliau juga menawarkan kaedah penjagaan kesihatan islami yang
ringkas dan mudah diamalkan. Pada masa yang sama menuntutu kebersihan fizikal
dan mental. Penjagaan kesihatan adalah aspek yang perlu ada dalam kehidupan
seharian muslim. Bukuini bukan sahaja menarik tetapi juga bermanfaat,
insyaAllah”
Prof.
Samsurizal Jauzi
Pengelola Kolum
Konsultasi Kesihatan Kompsa Minggu
“Menjadi sihat adalah
suatu pilihan. Memilih tetap di jalan Allah adalah kesihatan hakiki. Alah
mengajar cara menjadi sihat melalui rasulnya. Hati yang sihat berpunca daripaa
kemantapan iman dan tiada keraguan, manakala kesihatan jasmani pula berpunca
daripada konsisten dalam beribadh. Buku ini membimbing kita melalui 365 tip
kesihatan mudah yang merangkumi petua semasa makan, minum dan lain-lain
aktiviti seharian. Buku ini hebat dan mudah difahami.
-Ferrasta Soehardi,
Artis
PrakataAllah mencipta manusia dalam bentuk yang sempurna. Dia mewujudkan
mekanisme unik dan automatic dalam diri manusia yang menyebabkan manusia dapat
hidup di muka bumi dengan segala potensi dan kemampuannya. Apabila dikaji
daripada segi kesihatan, badan manusia sememangnya diberikan ketahanan semula
jadi yang membolehkannya meneutralkan ancaman yang dating dari persekitaran.
Namun begitu, gaya hidup manusia mengganggu keseimbangan yang Allah berikan.
Sebenarnya, kebanyakkan penyakit berlaku disebabkan kesan kerosakan yang
dilakukan oleh manusia sendiri. Manusia perlu menginsafi hakikat ini.
Nabi Muhammad menunjukkan banyak teladan kepada seluruh umat
manusia termasuk umat dunia timur dan barat mengenai cara menjalani kehidupan
yang sihat. Nabi mengajar sikap mental dan fizikal yang dapat meningkatkan
kesihatan badan secara holistic. Selain mempunyai jiwa dan minda yang sihat,
nabi juga memiliki stamina yang optimum. Rekod mengatakan sepanjang hidupnya,
nabi hanya pernah sakit sebanya dua kalia. Salah satu daripadanya adalah sakit
yang membawa kematiannya.
Gaya hidup nabi adalah gaya hidup sihat. Ini terserlah melalui cara
nabi makan, jenis makanan yang dipilih, cara nabi menajda kebersihan dan
penambilan, minat bersenam dan cara nabi membentuk minda dan jiwanya. Kajian
perubatan mutakhir ini jelas menunjukkan semua perkara yang terkandung dalam
ajarannya menjurus kea rah kehidupan yang sihat.
Segala penerangan dan saranan dalam buku ini adalah hasil kajian
daripada hadis-hadis Nabi Muhammad, petua pengemal perubatan Islam terkenal,
petua para ahli herba, hasil kajian daripada pusat kajian di seluruh dunia dan
pengalaman penulis sendiri sebagai doctor. Kaedah-kaedah yang dipaparkan dapat
dijalankan secara kendiri ataupun digabungkan dengan kaedah yang sudah
dilaksanakan. Ini kerana kedua-duanya tidak bertentangan antara satu sama lain.
Walau bagaimanapun, pengawasan doctor terutamanya bagi pesakit yang mempunyai
latar belakang penyakit kronik dan sedang menjalani rawatan. Melalui
perbincangan dengan doctor peribadi, penulis berharap supaya pesakit kronik
memperoleh manfaat maksimum.
Penulis tidak berniat menafikan keberkesanan kaedah rawatan sedia
ada. Penulis hanya mahu membuka dan melengkapkan pemahaman mengenai cara
menanganipesakit secara lebih menyeluruh. Pendapat-pendapat dalam buku ini
tidak bertujuan menggantikan sepenuhnya kaedah rawatan konvensional tetapi bagi
dipelajari dan digunakan sebagai pelengkap kaedah rawatan moden dan perubatan
islami, supaya ilmu yang diberikan dapat dicerna masyarakat dengan lebih mudah
dan diamalkan dengan berkesan.
Akhir kata, manusia tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan.
Saya mengalu-alukan cadangan dan teguran membina bagi memantapkan lagi buku ini
pada masa hadapan. Semoga saudara mendapat banyak manfaat daripada buku ini.
Jakarta, Mac 2009
Penulis
Dedikasi
Buku ini saya dedikasikan kepada mereka yang saya hormati iaitu
para guru sejak zamankanak-kanak hingga ke zaman pengajian perubatan. Mereka
adalah para ahli rohaniah, semua guru agama saya dan mereka yang memberikan
inspirasi kepada saya mengenai cara menghayati kehidupan terutamanya Prof. Dr.
Samsurizal Jauzi dan dr. Haidar BAgir. Ucapan yang sama juga saya rakamkan baut
Enang R. Asura, Rivai Hutapea, Taryono, semua kakitangan Rumah Sehat Afiat
iaitu Rita, Neneng, Nisa, Pak Juatma, Fuad dan Sarkin serta mereka yang
mendedikasikan diri mereka bagi mengembangkan kaedah Sihat Semula Jadi dan
Islami. Semoga Allah membalas kebaikan mereka semua.
Bahagian1
Pendahuluan
Penyembuhan Pintar
(Smart Healing)
Suatu hari, ada pesakit dating dan meminta saya mengubati
penyakitnya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik saya dengan sangsi. Sebelum
duduk, dia segera berkata, “Doktor, saya hanya ada RM50 sahaja. Harap janganlah
bilnya nanti melebihi RM50 ya.”
Saya tidak terkejut mendengar kenyataannya itu kerana hamper semua
pesakit dating dengan kebimbangan yang sama. Berapakah wang yang terpaksa
dibelanjakan bagi mengubati penyakitnya? Saya menyedari yang menjadi kewajipan
bagi doctor membuat pesakit berasa selesa dan tenang. Ini kerana perasaan
selesa dan tenang itu sendiri berfungsi sebagai penawar.
Pada suatu hari yang lain pula ketika saya menyampaikan ceramah,
seorang wanita bertanya, “Doktor, apabila sakit, saya ingin berubat dengan
herba. Tetapi mengapakah harga herba begitu mahal?”
Dua pengalaman ini memeberikan gambaran mengenai minat masyarakat
kepada perubatan semua jadi dan islami. Namun begitu, minat itu diiringi pula
keresahan perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan. Keresahan itu tidak
menghairankan kerana masyarakat kita belum memahami cara memelihara dan
meningkatkan tahap kesihatan serta cara mengubati penyakit. Mereka masih
bersikap reaktif iaitu hanya bertindak apabila diserang penyakit. Mereka tidak
sedar terdapat banyak perkara yang dapat dilakukan bagi meningkatkan tahap
kesihatan dan mencegah penyakit. Malah sebahagian besar penyakit dapat diubati
menggunakan cara yang mudah.
Sebab itulah saya menghasilkan konsep perubatan penyembuhan pintar.
Ia adalah konsep hidup sihat yang berasaskan perubatan semula jadi dan islami.
Bagi memahami konsep ini, beberapa langkah diperlukan supaya kita dapat
mengubah tanggapan kita. Langkah pertama bagi memahami konsep penyembuhan
pintar sudah saya terangkan dalam buku Smart Healing. Langkah seterusnya adalah
mempelajari perubatan semula jadi dan islami yang sesuai dengan konsep
penyembuhan pintar sebagaimana yang dijelaskan dalam buku Ketika Nabi Sakit.
Namun demikian, kita perlu menanam konsep ini dalam bentuk petua-petua harian
yang mudah. Oleh itu buku ketiga ini ditulis. Apabila kita mamahami dan
melaksanakan kandungan buku ini, ia mendatangkan manfaat besar kepada kita.
Mengapa Mesti Petua Pintar?
Petua pintar disusun dengan mengambil kira kaedah penyembuhan
pintar iaitu halal, islami, manfaat, murah, aman atau selamat dan holistic
(HIMMAH). Seperti yang saya jelaskan dalam buku Smart Healing, Islam
merangkumkan kesihatan meliputi kesihatan jasmani, mental, rohani dan social.
Itulah yang dinamakan kesihatan holistic. Kebanyakan kita hanya berusaha
apabila ditimpa penyakit fizikal. Pada
masa yang sama, penyakit jiwa hanya difahami apabila ia termanifestasi dalam
bentuk yang dapat dilihat mata kasar. Ada orang menderita penyakit jiwa. Namun
begitu, disebabkan dia tidak menyedarinya, dia tidak berusaha mengubati.
Berbanding dengan penyakit jiwa, penyakit social lebih sukar dikesan. Situasi
menjadi lebih kompleks dengan penyakit rohani, di mana pesakit sendiri mungkin
tidak menyedari dia diserang penyakit rohani. Bagi mengenali penyakit rohani,
tafakur mendalam perlu dilakukan. Kadangkala, bimbingan ustaz juga diperlukan.
Konsep HIMMAH ini selaras dengan panduan kesihatan yang diberikan
nabi. Konsep ini meliputi konsep halal yang seringkali tidak diambil berat oleh
mereka yang mencari penyembuhan. Ya, begitulah keadaannya bagi mereka yang
menderita penyakit. Mereka segera menyingkirkan penyakit itu daripada tubuh
mereka sehingga tidak lagi mengambil pusing soal ubat mahupun kaedah perubatan
yang digunakan. Tidak hairanlah apabila kaedah perubatan yang aneh mendapat
perhatian masyarakat. Nampaknya daripada segi mengubati penyakit, aspek halal
belum diletakkan di tempat yang sewajarnya.
Perubatan islami ialah kaedah perubatan yang mengoptimumkan segala
panduan yang diberikan nabi sama ada berkaitan dengan kesihatan ataupun tidak.
Dalam penyembuhan pintar, kita mempelajari cara hidup sihat yang diajar nabi.
Kaedah yang belum jelas tidak dibahas. Tetapi kami terus melakukan kajian bagi
menentukan sama ada ia bermanafaat daripada segi kesihatan ataupun tidak. Walau
bagaimanapun, selagi saranan itu dating daripada nabi, kami tetap meletakkannya
di tempat yang sewajarnya. Ini kerna kami meyakini semua yang dating daripada
nabi pasti benar, meskipun kita masih tidak mampau memahaminya pada ketika ini.
Berlatar belakangkan keadaan masyarakat kita yang bimbang mengenai
perbelanjaan perubatan yang tinggi, cara yang dikembangkan dalam penyembuhan
pintar ini mudah dilaksanakan dan tidak banyak mengeluarkan wang. Malah
penyembuhan pintar juga dapat dilaksanakan tanpa mengeluarkan sesen pun
terutamanya aspek yang berkaitan dengan ibadah dan doa. Ibadah dan doa ini
menurut pengalaman penulis dapat memberikan hasil yang memuaskan. Apabila ubat
masih diperlukan, maka menurut konsep ini, rempah ataupun tanaman yang mudah
ditanam dan dijaga dapat manafaatkan.
Prinsip seterusnya adalah menggunakan ubat yang selamat daripada
segi dos dan kesan sampingannya. Daripada segi ubat-ubatan herba, aspek dos
sering diabaikan. Namun begitu, ketoksikan dos ubat herba berlebihan
jarang-jarang berlaku. Walaubagaimanapun, para pembaca perlu mengetahui segala
bahan yang bersifat menyembuh termasuk herba mempunyai dos yang tersendiri.
Para pengamal perubatan herba terus mempelajari dan mengembangkan kaedah
perubatan yagn membeirkan hasil lebih baik dengan dos yang lebih kecil. Dalam
hal ini, mereka perlu memahami kandungan dan manfaat ubat yang diberikan kepada
pesakit mereka dan kemungkinan kesan sampingannya.
Prinsip terakhir penyembuhan pintar adalah perubatan yang betulk
dan baik harus mendatangkan kesan holistic iaitu kesan positif kepada kesihatan
jasmani, mental, rohani dan social. Namun adakalanya, timbul salah faham mengenai
kesihatan holistic. Mereka menganggap holistic sebagai kaedah rawatan yang
menggunakan kaedah tradiosional 100 peratus.
Proses ini bermula daripada diagnosis, rawatan dan akhirnya kepada
prognosis atau prospek penyakit. Konsep penyembuhan pintar tidak
membeza-bezakan antara kaedah moden dan tradisional asalkan ia memenuhi
criteria HIMMAH. Kami juga hendak membetulkan persepsi sesetengah anggota
masyarakat yang mengaitkan perubatan holistic dengan kaedah-kaedah yang
berunsur khufarat.
Saya yakin apabila kita menerapkan penyembuhan pintar, kita pasti
memiliki kesihatan yang menyeluruh dan kehidupan yang lebih sejahtera.
Cara Kerja Penyembuhan Pintar
Kunci kehidupan yang sihat bermula dengan penyerahan diri secara
mutlak kepada Allah dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad. Inilah yang dinamakan
Islam. Seterusnya kita perlu menyakini Tuhan yang menentukan segala-galany.
Inilah yang dinamakan iman. Dengan bermatlamatkan pembangunan pembangunan
rohani yang pantas, kita perlu meyakini Allah sentiasa melihat kita dan para
malaikat mencatt segala perbuatan kita. Inilah yang dinamakan ihsan.
Ketiga-tiga elemen ini adalah asas penyembuhan pintar. Apabila ketiga-tiganya
dimanifestasikan dengan sempurna, wujud landasan bagi menghasilkan
kesejahteraan hidup yang menyeluruh mencukupi kesihatan jasmani, mental, rohani
dan social.
Lima langkah menuju ke arah kesihatan islami adalah seperti
berikut:
1.
Membentuk
tanggapan:
a.
Mengubati
penyakit,
b.
Meyakini
aspek-aspek penting kesihatan islami yang meliputi
¨ Allah adalah ttuhan sekelian alam,
¨ Allah melebihi segala sesuatu,
¨ Allah mencipta dan mengatur perjalanan
system,
¨ Quran sebagai panduan hidup,
¨ Manusia adalah khalifah atau wakil Tuhan di
muka bumi,
¨ Penyakit, rasa sakit dan kesihatan dalam
kekuasaan Allah,
¨ Allah mendatangkan penyakit dan
menghilangkannya,
¨ Allah memberikan rezeki termasuk kesihatan
kepada sesiapa yang dikehendakinya,
¨ Nabi menonjolkan cara hidup sihat dan
memerintahkan kita supaya berubat apabila sakit,
¨ Memupuk semangat nafs al-muthmainnah supaya selamat di dunia dan akhirat.
Selain itu, kita perlu memiliki paradigma
yang berikut:
c.
Menjadi
sihat itu mudah,
d.
Menjadi
sihat itu murah,
e.
Semua
perbuatan harian kita menyihatkan,
f.
Penyakit
dapat dicegah,
g.
PEnyembuhan
tidak semestinya memerlukan tindakan luaran malah ubat seringkali tidak
diperlukan
h.
Kita
dapat mengubati diri sendiri menurut cara yang mudah dan marah.
Isunya adalah salah faham di kalangan masyarakat moden mengenai
masalah hidup. Mereka menganggap semua masalah hidup sebagai isu yang rumit
sehingga diperlukan waktu bagi bertukar kepada cara yang mudah.
2.
Mempelajari
kaedah penyembuhan pintar secara konsisten
Kaedah ini diyakini bagi menjalani hidup
yang sihat dan menyumbuhkan penyakit, beberapa aspek perlu diberikan perhatian:
a.
Menjaga
pemakana,
b.
Mengoptimumkan
ibadah,
c.
Berdoa,
d.
Memanfaatkan
ubat yang diambil daripada ramuan nabi,
e.
Menambah
baik persekitaran,
f.
Menyusun
langkah bagi menyembuhkan pesakit,
g.
Menyusn
langkah bagi meningkatkan kualiti hidup termasuklah program pencegahan dan
penyembuhan penuaan sebelum masa dan penyakit degenerative,
h.
Menyempurnakan
kesejahteraan hidup dalam konteks yang lebih luar bagi mencapai kebahagian
sejati.
Inilah cara baru bagi meningkatkan tahap kesihatan dan
menyelesaikan masalah kesihatan. Semua ini tidak menimbul kesan negative, baik
dalam jangka pendek ataupun jangka panjaang serta meningkatkan kebahagian
hidup. Saya menerapkannya dalam hidup saya dan juga ke atas pesakit saya. Hasil
menakjubkan. Dengan menggunakan kaedah ini, menjadi sihat ternyata mudah dan
murah. Jumlah mereka yang sakit pula berkurangan. Beberapa penyakit
degenerative beransur pulih tanpa penggunaan ubat berasaskan kimia. Saya
mendapati banyak penyakit dapat disembuhkan dengan menggunakan kaedah ini. Ini
termasuklah ulser, angin ahmar, hepatitis, lelah darah tinggi dan lain-lain
penyakit kronik.
Bahagian 2
365
Kapsul
Pintar Nabi
Bab 01
Perilaku
pintar
(Smart
Behaviour)
01.Allah
berkata dalam surah Muhammad, ayat 38, “Ingatlah, kamu diseru supaya menderma
dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada diantara kamu
yang berlaku bakhil. Sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanyalah
berlaku bakhil kepada diri sendiri, Ingatlah Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu
semua orang yang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan
menderma, dia menggantikan kamu dengan kaum lain yang tidak lagi berkeadaan
seperti kamu.”
Punca kebakhilan adalah mencintai duni
secara berlebihan, takut miskin dan hati yang selalu runsing dan tidak bahagia.
Akibatnya dirimudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur.
Kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit paru-paru.
02.Marah adalah manifestasi kesedihan dan
kesombongan. Perasaan marah menyebabkan tangan menggeletar, wajah memerah dan
jantung berdegup kencang. Perasaan marah membebankan otak, pembuluh darah dan
jantung. Kemarahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu menderita penyakit
hati. Dia juga terdedah kepada risiko penyakit darah tinggi, angin ahmar,
kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan vertigo atau gayat.
03.Terdapat beberapa perbezaan antara pola
pemikiran berasaskan perubatan nabi dan pola pemikiran berasaskan perubatan
moden. As-Suyuthi menyatakan penyakit dapat disebabkan oleh beberapa perkara
iaitu gangguan udara, salah makan atau pun minum, kekeliruan gerak, rehat yang
sedikit ataupun berlebihan, respon emosi yang berlebihan, istirehat emosi yang
berlebihan, tidur dan berjaga yang tidak seimbang, adanya cecair yang
berlebihan serta gangguan pengeluaran cecair badan.
04.Rehat yang berlebihan dapat melemahkan
jasmani dan jiwa dan menyebabkan terkumpulnya tenaga atau chi di dalam tubuh.
Akibatnya, nutrient makanan tidak dapat diserap dengan baik. Peredaran darah
juga menjadi perlahan hingga menyebabkan gangguan pada jantung dan otak. Nabi
ada mengajar sepotong doa, “Allahumma inni a’udzubika minal hammi wal hazn, wa
a’udzubika minal ajzi wal kasa, wa a’udzubika minal jubni wal bukhl, wa
a’udzubika min gholabatid-dain wa qohri rijaal.” Maksudnya, “Ya Allah, aku
berlindung padamu daripada kegelisahan dan kesedihan. Aku berlindung padamu
dariapda kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung pada daripada ketakutan dan
kikir dan aku berlindung padamu daripada terlilit hutang dan ditekan orang
zalim.’
05.Jalan rohaniah mukmin bermula dengan sikap
sabar pada segala ujian yang dihadapi, bersyukur atas segala kurniaannya dan
ikhlas dengan ketentuannya. Sikap sabar pula dimanifestasikan dalam bentuk
usaha yang dilakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi, berdoa memohon
kekuatan dan pertolongannya dan berserah diri kepadanya. Pengembangan rohani
yang baik dapat menyihatkan diri.
06.Menjaga kesihatan adalah melindungi diri
daripada udara yang sejuk dan panas, menghindari angin terutama pada waktu
malam dan meminimumkan kesan pencemaran. Pemakanan yang tidak seimbang sama ada
kurang makan, makan secara berlebihan ataupun komposisi makanan yang tidak
mengandungi semua nutrient yang diperlukan mengganggu keseimbangan tubuh dan
mendatangkan penyakit.
07.Tindakan membiakan badan berada dalam
kedudukan yang tidak ergonomic buat masa yang lama mebyebabkan kerosakan sendi.
PAda masa yang sama, gerakan badan yang tidak dikawal dapat menyebabkan anggota
badan terkehel, patah tulang dan lain-lain gangguan kepada gerakan badan.
Selain itu, gerakan yang berlebihan juga menyebabkan kerosakan otot, kerosakan
rawan dan kecederaan saraf. Dalam jangka masa panjang pula, ia dapat
menyebabkan pembengkakan jantung.
08.Nabi juga memberrikan panduan cara tidur
yang betul. Cara tidur yang baik adalah dengan mengiringkan badan ke kanan
manakala tangan kanan menyokong kepada. Mengiringkan badan ke kiri semasa tidur
dikhuatiri menekan perut. Ini mengganggu proses pencernaan. Ia juga menekan
jantung hingga mempengaruhi kemampuan jantung, mengganggu irama dan
kemampuannya mengepam darah.
09.Udara juga dapat menyebabkan penyakit.
Masyarakat umum memanggilnya masuk angin. Namun begitu, istilah masuk angin
tidak wujud dalam perubatan barat. Meskipun demikian, apabila diperhatikan,
penyakit dapat timbul akibat perubahan cuaca. Perubahan suhu yang melampau,
angin yang berkelajuan tinggi dan pencemaran udara daapt menurunkan daya tahan
tubuh kepada jangkitan. Ia juga mengganggu metabolism tubuh.
10.Nabi begitu hebat! Nabi menyarakna supaya
kita membasuh tangan sebelum makan, sedangkan pada masa itu manusia belum
pernah melihat kuman. Namun begitu, nabi sedar tangan sering menyentuh benda
yang mungkin dicemari pelbagai kuman. Kuman yangmasuk ke dalam perut
menyebabkan penyakit yang bukan sahaja sukar dikesan malah sukar diubati.
11.Dalam masyarakat kita, terdapat ramai orang
yang memerlukan bantuan kewangan. Selain membayar zakat, kita digalakkan
bersedekah bagi meringankan penderitaan yang dialami golongan miskin. Nabi
berkata, “Sembuhkan penyakitmu dengan bersedekah.” Orang yang sedang sakit
digalakkan bersedekah supaya Allah meringankan penderitaannya. Ini kerana
dengan bersedekah, penyakit dapat dicegah, penderitaan diringankan dan
penyembuhan dipercepatkan.
12.Berwaspadalah dengan kesan penyakit hati
kepada kesihatan saudara. Sifat dengki, sombong, suka memfitnah dan pendendam
meningkatkan risiko dijangkiti barah dan hepatitis. Al-Ghazali menyatakan
dendam menyebabkan barah. Sifat dengki pula merosakkan beberapa organ utama dan
menyebabkan gangguan hormone. Ini seterusnya menyebabkan timbulnya penyakit
kencing manis.
13.Manusia diciptakan Allah dalam bentuk yang
sempurna sementara manusia yang paling sempurna bentuknya adalah nabi. Anas bin
Malik menggambarkan kecantikan nabi, “Nabi berkulit cerah, cara berjalannya
tegap, tangannya lembut, badan dan bajunya sentiasa bersih serta baunya
sentiasa harum.” Semoga Allah memberikan kesempatan kepada kita bertemu dengan
nabi dan mendapat syafaatnya di akhirat kelak.
14.Apabila melaksanakan langkah-lnkah berikut,
kita memperoleh nikmat makan dan juga kesihatan, iaitu:
1.
Cuci
tangan sebelum makan
2.
Baca
basmallah
3.
Makan
secukupnya,
4.
Berhenti
makan sebelum kenyang
5.
Tidak
membazir. Ini kerana Allah berkata, “Sesungguhnya orang yang pemboros itu
sekutu syaitan.”
15.Direkodkan oleh Bukhari, nabi berkata,
“Sifat iri hati itu memakan kebaikan seperti api memakan sekam.” KEbaikn di
sini bermaksud kebaikan yang dikehendaki manusia termasuklah kesihatan. Orang
yang iri hati mudah diserang penyakit kencing manis, penyakit jantung,
hyperthyroid, penyakit hati, sakit buah pinggang dan ulser kronik. Ini kerana
isi hati menyebabkan penghasilan hormone kortisol dan adrenalin. Kedua-dua
hormone ini menyebabkan glukoneogenesia atau pembentukan gula di dalam darah
meningkat dan mengganggu degupan janguntg.
16.Penyakit hati adalah gejala yang
menunjukkan sikap ataupun perilaku yang salah dalam kehidupan manusia. Ia
menimbulkan kesan buruk kepada kesihatan. Kata Ibn Qayyim, tiga factor yang
menyebabkan penyakit hati adalah sering melakukan maksiat, geram berfoya-foya
dan mencintai dunia secara berlebihan. Quran menyebut dalam surah Ali Imran,
Ayat 14, enam perkara yang dicintai manusia hingga mereka lupa dirinya adalah
wanita, anak, pehiasan, kuda ataupun kenderaan, ternakan ataupun pelaburan dan
lading ataupun perniagaan.
17.Rasulluallah berkata mengikut rekod Bukhari
dan Muslim, “Tidak masuk syurga orang yang hatinya merasa sombong sebesar biji
sawi. Sahabat bertanya, “Ya Rasullullah, adakah orang yang memakai baju dan
kasul yang cantik dianggap sombong?” Rasullullah menjawab, “Sesungguhnya Alah
itu indah dan sukakan keindahan. Sombong itu ialah menolak kebenaran dan
menghina orang lan.” Menolak kebenaran menyebabkan gangguan jiwa. Menghina
orang lain pula menyebabkan penyakit gangguan pencernaan, vertigo, angin ahmar,
neuropati dan serangan jantung.
18.NAbi menggalakkan senaman. Senaman yang
digalakkan nabi adalah berenang, menunggang kuda dan memanah. Berenang dapat
menguatkan otot tanpa membebankan sendi secara berlebihan, Menunggang kuda pula
meningkatkan ketangkasan bergerak dan memberrikan kemampuan kepada kita
memanfaatkan daya tuil (leverage) demi kepentingan hidup, Memanah pula
meningkatkan kewaspadaan dan membantu membiasakan diri menumpukan perhatian.
19.Ramai orang mempunyai berat badan
berlebihan dan mengalami kesukaran menurunkannya. Allah memberitahun prinsip
diet yang luar biasa. Inilah diet bagi menangani segala penyakit dan bagi
menurunkan berat badan. “Makan dan minumlah dan jagan berlebihan.” Para ulama
mengatakan ayat ini memberikan separuh rahsia hidup sihat. Dalam ayat lain,
Allah berkata, “Makanlah rezeki Allah yang halal dan baik.”
20.Nabi sentiasa menjaga kebersihan diri dan
kesihatan. Pada zaman yang mana orang belum begitu mengetahui manafaat senaman,
nabi menunjukkan bersenam dapat meningkatkan tahap kesihan. Malah nabi sendiri
ahli gusti yang tidak dapat dikalahkan sesiapa pun. Dalam pertandingan, nabi
Berjaya mengalahkan jaguh gusti pada masa itu iaitu Rukanah.
21.Ada enam jenis emosi yang apabila dibiarkan
akan memudaratkan kesihatan. Misalnya marah yang berlebihan dapat menyebabkan
sakit jantung. Takut yang berlebihan menyebabkan kemurungan. Kebimbangan yang
berlebihan memudaratkan buah pinggang. Sedih yang berlebihan menyebabkan sakit
pada paru-paru. Gembira yang berlebihan menyebabkan sakit jantung. Malu yang
berlebihan menyebabkan penyakit seperti ulser dan penyakit hati. Maka dengan
mengawal emosi, badan akan menjadi bertambah sihat.
22.Persaingan dalam kehidupan moden
menyebabkan tekanan aau stres yang berlebihan. Apabila saudara berasa tertekan
atau runsing, banyak-banyaklah membaca Hasbunallah wa ni’mal wakiil dengan
keyakinan Allah pasti menolong, memenuhi keperluan dan merungkaikan kesempitan
di dada saudara. Laksanakan dan buktikan kepada diri sendiri.
23.Sering marah ataupun marah secara
berlebihan dapat menyebabkan penyakit di dalam jantung dan pembuluh darah. Nabi
berkata, “Marah berasal daripada syaitan dan syaitan terhasil daripada api.
Maka padamkanlah kemarahanmu dengan berwuduk.” Nabi juga mengajar apabila marah
dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Apabila perasaan marah melanda ketika
kita sedang duduk pula, maka berbaringlah. Bacalah istighfar kerana marah itu
adalah gabungan sombong dan sedih. Ubat bagi sombong adalah istighfar.
Kemudian, berwuduklah sebagaimana yang disarankan nabi.
24.
Semasa
zaman perjuangan menentang penjahat, para pelajar sekolah pondok berkata,
“Berani hidup, mesti berani mati. Takut mati, jangan hidup. Hidup sekali,
hiduplah penuh erti.” Kita mesti berani menghadapi cabaran. Para doctor
berpendapat takut yang berlebihan dapat menyebabkan kerosakan sel otak hingga
mengakibatkan penyakit Alzheimer, Parkinson, nyanyuk sebelum masa (premature
senility) dan mempercepatkan proses penuaan. Bagi menguatkan hati, banyakkanlah
membaca ‘Laahaula wala quwwata illa billah’.
25.
Rasa
malu yang berlebihan kerana takut orang lain mengetahui aib diri sendiri dapat
menyebabkan kemurungan. Ini seterusnya menyebabkan masalah lain seperti
keinginan membunuh diri, mati pucuk dan melemahkan ingatan. Cara mengubati rasa
malu yang berlebihan adalah dengan melaksanakan solat taubat dan
memperbanyakkan istighfar.
26.
Adrenalin
ialah hormone yang dihasilkan kelenjar adrenal, yang terletak di bahagian atas
buah pinggang. Adrenalin mempercepatkan degupan jantung dan meningkatkan
kewaspadaan. Bersama dengan hormon kortisol, adrenalin dapat mempercepatkan
pembentukan glukosa. Adrenalin terhasil melalui orang yang gembira secara
berlebihan. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini menyebabkan penyakit kencing
manis, sakit jantung, lemah saraf dan otak.
27.
Kehilangan
perkara yang dicintai menyebabkan kita bersedih. Quran menyebut dalam surah Ali
Imran, ayat 14, “Enam perkara yang dicintai manusia adalah wanita, anak,
perhiasan, kuda ataupun kenderaan, ternakan ataupun pelaburan dan ladang
ataupun perniagaan.” Kesedihan yang berpanjangan berpunca daripada rasa cinta
yang berlebihan kepada kesenangan duniawi. Ini seterusnya menyebabkan penyakit
paru-paru, membebankan fungsi kelenjar dan menjejaskan keseimbangan hormone.
Jadi, perbanyakkanlah membaca surah al-Insyirah
ketika bersolat.
28.
Salah
satu penyebab penyakit adalah ketidakseimbangan emosi. Apabila emosi tidak
mendapat rehat yang secukupnya, kita menjadi mudah tersinggung walaupun
disebabkan perkara remeh. Dalam pada itu, apabila kita berada dalam zon selesa
(confort zone), emosi mendapat rehat. Pada waktu itu, fikiran bebas daripada
segala beban peribadi dan social. Walau bagaimanapun, kerehatan emosi yang
berlebihan menyebabkan ktia tidak mengambil peduli perkara yang berlaku di
sekeliling kita.
29.
Kerehatan
emosi penting supaya otak dan hati dapat berehat. Namun begitu, kerehatan emosi
yang berlebihan menyebabkan kita bersikap acuh tidak acuh. Akibatnya, kita
dipulaukan masyarakat. Emosi yang lemah dapat diatasi dengan memperbanyakkan
sedekah. Ini disebabkan dengan bersedekah, hubungan silaturrahim dapat
ditingkatkan dan hati menjadi tenteram.
30.
Hadis
nabi yang berikut bersifat begitu optimistic, “Semua penyakit ada ubatnya.”
Hadis ini member semangat kepada mereka yang sakit bagi terus berubat. Ia juga
memberikan semangat kepada pengamal perubatan bagi mengkaji dan menghasilkan
ubat-ubat baru. Selepas 15 abad, barulah para doctor mengakui jalur fikiran
bercorak optimistik dapat membantu menyembuhkan penyakit.
31.
Salah
satu kunci kesihatan adalah sentiasa bersangka baik kepada Allah, kerana ia
menghasilkan banyak kebaikan. Berfikiran optimis yang penyembuhan akan tiba
adalah sangka baik mukmin kepada Allah. Quran mengingatkan kita sebanyak lima
kali supaya tidak berputus asa dengan rahman Allah.
32.
Dalam
perubatan islami, sifat makanan dibahagikan kepada dua iaitu panas dan sejuk.
Dalam bukunya Al-Qaanun Fihthiib, ibnu Sina membahagikan metabolism makanan
panas ataupun sejuk kepada empat peringkat, iaitu peringkat pertama, peringkat
kedua, peringkat ketiga dan peringkat keempat. Makanan yang dikategorikan
peringkat pertama adalah makanan yang mempengaruhi jasmani tetapi tidak jelas
ataupun kesannya langsung tidak dirasai.
33.
Makanan
peringkat metabolism kedua menyebabkan perubahan metabolism tubuh tetapi
akhirnya dapat dikuasai tubuh. Semua nutrient termasuk dalam kategori ini.
Daripada segi jasmani, selepas makanan peringkat kedua ini dimakan, kesannya
memang terasa. Contohnya, badan terasa panas. Nutrien tidak digunakan sebagai
ubat tetapi sebagai cara awal menangani masalah kesihatan. Contoh makanan
peringkat kedua adalah kurma, kacang walnut dan bijan.
34.
Makanan
peringkat metabolism ketiga memiliki ciri tidak dipengaruhi tubuh, malah ia
pula yang mempengaruhi tubuh. Semua ubat termasuk dalamkategori ini. Jadi, kita
perlu berhati-hati apabila memakan makanan dalam kategori ini. Memakan makanan
dalam kategori ini secara berterusan boleh menyebabkan tekanan kepada
fungsi-fungsi di dalam tubuh. Oleh itu ubat tradisional sekalipun mempunyai dos
dan tempoh penggunaan yang tetap. Contoh makanan dalam kategori ini ialah
jintan hitam, kayu manis, hempedu bumi dan bawang putih.
35.
Makanan
peringkat metabolism keempat adalah makanan yang dapat menghentikan fungsi
tubuh. Makanan yang termasuk dalam kategori ini adalah toksik dan sebahagian
ubat berasaskan kimia. Ubat berasaskan kimia adalah bahan yang dapat memberikan
tekanan kepada fungsi-fungsi di dalam tubuh. Terdapat beberapa jenis herba yang
tergolong dalam kategori toksik. Jadi, ia hanya boleh digunakan di bawah
pengawasan doctor ataupun ahli perubatan yang menguasai perubatan herba. Contoh
makanan peringkat metabolism keempat ialah kunyit putih, keladi tikus,
kemunting cina, pegaga, ubi kayu dan benalu.
36.
Tidur
adalah proses fisiologi yang penting. Ini kerana semasa manusia tidur,
organ-organ dicergaskan semula (revitalized). Kajian mendapati apabila kita
lambat tidur, pencergasan semula organ terganggu. Ini kerana pencergasan semula
berlaku pada waktu tidur. Tidur yang panjang pula dapat memekatkan darah. Ini
menambahkan risiko serangan jantung ataupun angin ahmar. Tidur yang menyihatkan
adalah dua jam sesudah makan malam dan bangun antara jam tiga hingga empat
pagi. Ini kerana serangan jantung dan angin ahmar sering berlaku antara jam
tiga hingga enam pagi.
37.
Allah
berkata, “Janganlah kamu berasa rendah diri dan jangan pula kamu berasa sedih.
Sesungguhnya kedudukan kamu tinggi di depanku apabila kamu menjadi mukmin,”
Ayat ini memberikan semangat kepada mukmin. Ini kerana seberat mana pun ujian
yang menimpa, ia begitu kecil apabila dibandingkan dengan kedudukan tinggi yang
ditawarkan Allah. Jiwa yang diresapi pengharapan menggerakkan semangat.
Semangat pula mewujudkan keghairahan hidup dan menyihatkan badan. Ini kerana
gelora emosi dapat diseimbangkan hingga semangat hidup terpelihara.
38.
Sebelum
kegemukan dapat diatasi, kita mesti menimbangkan perilaku dan keperibadian
pesakit sama ada dia tergolong dalam kategori:
1.
Jenis A – Cenderung kompulsif iaitu cenderung meredakan keresahan
dengan makan secara berlebihan.
2.
Jenis
B – Cenderung depresif iaitu cenderrung meredakan keresahan dengan mangurung
diri
Jenis C – Sederhana
Bagi menangani kegemukan, pendekatan psikologi juga perlu
digunakan. Kegemukan yang tidak ditangani daripada awal dapat menyebabkan
pelbagai penyakit seperti darah tinggi, tahap kolesterol yang tinggi, sakit
jantung dan kencing manis jenis dua atau kencing manis yang tidak bergantung
pada insulin.
39.
Perubatan
nabi berdasarkan tiga falsafah. Setiap penyakit ada ubatnya, orang yang sakit
wajib mengubati penyakitnya dan kewujudan pengamal perubatan sebagai fardhu
kifayah. Pada masa yang sama, kita perlu memantapkan kefahaman kita mengenai
asas-asas perubatan islami. Ktia meyakinkan diri yang tiada kuasa dapat
menyembuhkan penyakit melainkan Allah disamping memastikan kecukupan makanan
dan keseimbangan komposisi nutriennya.
40.
Al-Hakim
merekodkan, NAbi berkata, “Sesiapa yang melawat orang sakit, bererti dia duduk
di taman-taman syurga, Apabila dia berdiri, ditugaskan 70,000 malaikat
mendoakannya hingga waktu malam.” Demikianlah ganjaran yang Allah berikan
kepada mereka yang melawat orang sakit dan memberikan semangat kepada pesakit
itu. Dengan demikian, pesakit itu tidak berasa sedih dan berusaha mengubati
dirinya. Kita juga diperintahkan supaya mengingatkan si pesakit itu mengenai
tiga perkara iaitu sabar, ikhlas dan syukur. Ini supaya Allah memudahkan
penyembuhnya.
41.
Bukhari
dan Muslim merekodkan, Nabi berkata, “Setiap muslim yang ditimpa kesedihan,
Allah menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”
Hadis ini mengukuhkan hadis lain yang menyentuh berkenaan ganjaran bagi orang
yang sabar apabila ditimpa musibah. Apabila orang yang ditimpa musibah berupa
penyakit menerimanya dengan sabar, Allah membalasnya dengan kasih saying iaitu
dosa-dosa si pesakit digugurkan.
42.
Kajian
mendapati apabila manusia kurang tidur, terdapat risiko keseimbangan hormone
kortisol dan serotoninnya terganggu. Paras kortisol yang tidak terkawal
meningkatkan risiko kencing manis. Paras serotonin yang tidak stabil pula
menjejaskan kestabilan emosi. Kekurangan serotonin menyebabkan kemurungan
manakala serotonin yang berlebihan pula menyebabkan kegembiraan yang tidak
terkawal. Ini seterusnya meningkatkan risiko serangan dan sakit jantung.
43.
Aisyah
merekodkan cara tidur nabi yang baik dan menyihatkan adalah tidur cepat dan
bangun cepat. Tidurlah selepas Isyak iaitu dua jam sesudah makan. Kemudian
bangunlah bagi bertahajud hingga masuk waktu solat Subuh. Selepas solat Subuh,
kita sebaik-baiknya tidak tidur tetapi berzikir dan membaca Quran hingga
matahari terbit. Antara kebaikan amalan ini adalah badan yang segar, jantung
yang lebih sihat dan awet muda.
44.
Sikap
mukmin kepada Tuhannya adalah menyeimbangkan antara perasaan harap dan takut.
Mukmin mengharapkan rahmat dan pertolongan Allah. Ini kerana Allah berkatam,
‘Sesungguhnya rahmatku lebih luas daripada segalanya.”
45.
Tekanan
menyebabkan kemahuan dan kemampuan seksual menurun. Ini bermula dengan
penurunan hormone kortisol yang disebabkan tekanan. Seterusnya keadaan ini
menghalang aktiviti beberapa hormone lain termasuk hormone lelaki dan
perempuan. Akhirnya, keinginan seksual menurun.
46.
Dr
Shawn Tablott berkata matlamat utama senaman dalam program penurunan berat
badan adalah meningkatkan fungsi insulin, normalisasi kadar gula di dalam darah
dan menyeimbangkan kadar hormone kortisol dan serotonin. Melalui kadar kortisol
dan serotonin yang seimbang, rasa mahu makan secara berlebihan dapat
dikurangkan. Biasanya lapar yang berlebihan bagi orang gemuk seringkali
disebabkan gangguan pencernaan ataupun sikap kompulsif. Sikap kompulsif
berpunca daripada kewujudan obsesi yang belum tercapai. Bagi memuaskan sikap
kompulsif, kita biasanya makan secara berlebihan.
47.
Petua
hidup sihat tanpa ubat adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi sekitar
6.5 jam sehari. Mengikut sunah nabi, elok bagi kita tidur dengan menghadap ke
kanan. Selain itu, bersenamlah sebanyak tiga kali seminggu. Setiap senamanperli
dilakukan antara 20 hingga 40 minit. Menghirup udara segar pada waktu pagi
dapat memperbaiki pernafasan kita. Tekanan pula dapat dikawal dengan berserah
diri kepada Allah.
48.
Tekanan
dapat dikawal dengan bersolat secara hudhur. Apabila kita belum mampu bersolat
secara hudhur, maka tekanan dapat juga diurus menggunakan terapi aroma. Pilihlah
pati bungalavender kerana semuanya dapat merehatkan minda. Sebaik-baiknya,
gunakanlah pati bunga lavender selepas solat Isyak. Selain dapt menenangkan
fikiran, aroma bunga lavender juga menyebabkan kita mengantuk.
49.
Semua
orang tahu betapa sukarnya menurunkan berat badan. Saudara dapat melakukannya
dengan mengambil kira lima perkara, iaitu mengurus tekanan, tidak makan secara
berlebihan, memastikan pemakanan seimbang, memanfaatkan makanan kesihatan
dengan betul dan selalu menilai program diet saudara.
50.
Dunia
Islam dan dunia barat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai penyakit. Bagi
Islam, penyakit adalah kurniaan yang diberikan Allah kepada hamba yang
dicintainya. Nabi berkata, “Allah tidak menimpakan musibah ke atas orang mukmin
melainkan kerana salah satu daripada dua perkara: Mungkin dia mempunyai dosa
yang tidak dapat diampunkan kecuali dengan cubaan itu. Kedua, dengan ujian itu darjatnya
di sisi Allah dinaikkan.” Dosa orang yang ikhlas menerima penyakit yang
ditimpakan ke atasnya pula digugurkan, selain sikap sabar itu juga mempunyai
nilai pahala yang besar.
51.
Melawan
ataupun menghindari tekanan tidak mungkin dapat dilakukan. Kita hanya dapat
mengawalnya dengan tujuan menjaga keseimbangan hormon, memastikan keutuhan system
imun dan menormalkan nisbah metabolisme. Melalui pengawalan kortisol, kandungan
gula di dalam darah dapat dikawal. Seterusnya, kadar metabolisme yang normal
memberikan kesempatan kepada tubuh bagi mencergaskan semula organ-organ utama
seperti jantung, buah pinggang, paru-paru, hati dan perut.
52. Terdapat beberapa perkara yang menjejaskan keseimbangan tubuh. Antaranya ialah pemakanan yang tidak seimbang, gangguan dalam gerakan tubuh kerana pergerakan otot ataupun tulang yang pasif ataupun aktif, gangguan emosi dalam bentuk emosi yang bergolak ataupun emosi yang mati dan kualiti udara sama ada dalam bentuk kelembapan suhu, kebersihan ataupun kelajuan udara.
52. Terdapat beberapa perkara yang menjejaskan keseimbangan tubuh. Antaranya ialah pemakanan yang tidak seimbang, gangguan dalam gerakan tubuh kerana pergerakan otot ataupun tulang yang pasif ataupun aktif, gangguan emosi dalam bentuk emosi yang bergolak ataupun emosi yang mati dan kualiti udara sama ada dalam bentuk kelembapan suhu, kebersihan ataupun kelajuan udara.
No comments:
Post a Comment