Thursday, December 6, 2012

HIDUP BERKAT, TERSELAMAT DARIPADA API NERAKA DENGAN BERSEDEKAH

UMAT Muhammad SAW diberi kemuliaan dan pahala besar atas perbuatan sedekah oleh Allah SWT. Malah, amalan sedekah mempunyai rahsianya tersendiri antaranya sedekah dapat menambah umur seseorang, dapat menghilangkan akhlak buruk serta menjada seseorang daripada kefakiran.

Diriwayatkan dari 'Amar bin Auf' bahawa dia berkata: "Rasullullah SAW bersabda bermaksud: Sesungguhnya sedekah seorang Muslim dapat menambah umur(nya), dapat mencegahnya daripada kematian yang tidak baik, dan dengannya Allah akan menghilangkan sifat sombong, kefakiran dan sifat berbangga hati."


Ungkapan 'dapat menambah umur' membawa maksud sedekah dapat menyababkan seseorang mendapat keberkatan dalam umurnya iaitu dengan menghabiskan umurnya melakukan perbuatan salih (baik) walaupun dalam waktu sedikit.

Sedekah juga dapat menjadikan harta seseorang semakin bertambah dan diberkati Allah SWT serta dapat menjauhkannya daripada hal yang dapat merosakkan. Rasullullah SAW bersabda: "Sedekah tidak akan mengurangi (sedikit pun) dari harta (seseorang)."

Pengurangan dalam jumlah harta dikeluarkan, akan tetapi pada hakikatnya pengurangan itu akan tertutup dengan keberkatan yang bersifat tersembunyi dan pahala yang dijanjikan Allah SWT.

Sedekah juga dapat menjadi penyelamat seseorang daripada api neraka, kerana itu jagalah kalian daripada api neraka meskipun dengan menafkahkan sepotong (separuh) kurma.

Diriwayatkan daripada 'Adly bin Hatim, bahawa dia berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW besabda: Jagalah diri kalian daripada api neraka meskipun dengan (menafkahkan) sepotong kurma."

Secara umum, hadis ini mengandungi anjuran untuk bersedekah meskipun dengan jumlah yang sedikit kerana meskipun jumlahnya sedikit, dapat menutup diri orang yang bersedekah daripada api neraka. Ini adalah salah satu manfaat sedekah.



SEDEKAH DAPAT MENJADIKAN HARTA SESEORANG SEMAKIN BERTAMBAH DAN DIBERKATI.

No comments: