"Iblis menjawab: Demi kekuasaan engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-mu yangmukhlis (ikhlas) diantara mereka".
(QS, Shaad 38 : 82-83)
"Iblis berkata : Ya Tuhanku, oleh sebab engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba engkau yang mukhlis (ikhlas) diantara mereka".
(AS Al-Hijr, 15 : 39-40)
Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas?. Kerana ketika kita ikhlas kerana Allah S.W.T. Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah kekuatan dan kekuasaan Allah S.W.T. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah kehendak Allah S.W.T. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi kekuatan Allah S.W.T.
Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.
Tidak penting sama ada orang lain ikhlas atau tidak tetapi yang sangat penting adalah diri kita sendiri ikhlas atau tidak. Mari kita fahamkan tentang ikhlas dengan mengambil contoh kehidupan saya.
Jika saya bekerja kerana ingin mencari wang, maka saya bekerja ikhlas kerana wang. Jika saya bekerja kerana ingin menyara anak-anak dan isteri saya, maka saya bekerja ikhlas kerana anak-anak dan isteri saya.
Ikhlas mesti mempunyai sandaran untuk apa saya melakukan sesuatu hal itu. Jika sandarannya wang, maka kita dikatakan ikhlas kerana wang kerna wang membuat kita melakukan kerja. Begitu juga dengan yang lain.
Persoalan nya kini, apakah kita inginkan ikhlas yang sedemikian?. Tidak! Kita tidak mahu kerana ikhlas yang sedemikian mempunyai tahap yang rendah. Lalu ikhlas yang bagaimana berada di tahap yang tinggi yang dikatakan oleh iblis sehingga tidak mampu menyesatkan kita?.
Pastinya ikhlas KERANA ALLAH S.W.T. Apabila kita ikhlas kerana Allah S.W.T, pasti kita melakukan semua kerja kita kerana Allah S.W.T. Apabila kita ikhlas kerana Allah SW.T, pasti ikhlas kita merangkumi semua termasuk kerana wang, anak-anak dan isteri, syarikat kita bekerja dan seluruhnya.
Nah! di sini terdapat satu lagi persoalan iaitu bagaimana melahirkan jiwa yang ikhlas?. Apakah ia boleh dibuat-buat atau boleh diwujudkan?
Ikhlas tidak mampu dibuat-buat tetapi dapat diwujudkan dengan kesedaran.

Bagaimana
membina kesedaran agar jiwa kita ikhlas?
Kembali kepada
contoh kehidupan diri saya dan kemudian saudara aturkanlah contoh tersebut
untuk kehidupan saudara.
Saya perlu SEDAR
sepenuhnya tanggungjawab saya sebagai wakil Allah (khalifah) di muka bumi ini.
Saya dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai lelaki dan kini saya memiliki pelbagai
tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. ke atas saya sebagai lelaki,
suami, pekerja dan sebagainya.
Sebagai suami
dan ayah, saya diberi tanggungjawab memastikan keluarga saya dilindungi,
selamat, bahagia, cukup makan minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya.
Saya SEDAR tanggungjawab ini adalah tanggungjawab yang Allah S.W.T. tetapkan
sebagai seorang suami.
Sebagai suami dan ayah saya perlu mencari rezeki lalu saya bekerja.
Bekerjanya saya ini adalah kerana tanggungjawab saya terhadap Allah S.W.T. Ini
adalah ketetapan yang Allah S.W.T. tentukan ke atas seorang suami iaitu wajib
mencari nafkah untuk keluarganya.
Dengan KESEDARAN segala kerja yang saya lakukan adalah kerana saya
ingin mencari nafkah dan ia merupakan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah
S.W.T. pasti saya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini
bukan satu paksaan tetapi kerana kesedaran saya ke atas tanggungjawab saya.
Maka dengan kesedaran inilah saya melaksanakan tanggugjawab saya kerana
Allah S.W.T. Tanpa disedari, saya melakukannya kerana Allah S.W.T. ikhlas
kerana Allah S.W.T.
Begitu juga semasa bekerja. Tugas yang diberikan kepada saya ketika
bekerja
merupakan amanah dan tanggungjawab saya kepada Allah S.W.T.
Saya perlu menyedari bahawa semua ini adalah tanggungjawab yang Allah
S.W.T.tentukan kepada saya. Lalu saya perlu melaksanakan semua tanggungjawab
ini kerana saya ini adalah wakil Allah S.W.T. Saya perlu mengikut kehendak
Allah S.W.T.,kerana saya wakilNya.
Kesedaran tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T. memastikan kita akan
melaksanakan segala tanggungjawab kita kerana Allah S.W.T. INILAH IKHLAS.
Orang yang dekat dengan Allah S.W.T. memiliki
kesedaran tertinggi akan hal Allah S.W.T. Mereka tidak pernah rasa kecewa di
dalam melaksanakan tanggungjawab kerana Allah S.W.T.
***
Apabila kita memiliki kesedaran tertinggi, kita akan melaksanakan
tanggungjawab kita kerana Allah S.W.T. Kita tidak melakukannya kerana pangkat
dan wang namun pangkat dan wang merupakan keperluan. Ia membantu kita di dalam
urusan menjadi wakil Allah S.W.T. iaitu khalifah di muka bumi ini.
Kita tidak salah dan tidak dilarang sama sekali untuk memiliki wang
yang banyak, pangkat yang besar, rumah yang besar dan segala kekayaan yang ada.
Namun kita juga diperintahkan agar berkongsi kekayaan tersebut dengan zakat,
bersedekah dan sebagainya seperti yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. di dalam
Al-Quran dan Sunnah.
Setiap kerja kita diminta untuk dimulakan dengan “Dengan nama Allah
S.W.T yang Maha Pengasih/pemurah dan Penyayang” menunjukkan bahawa kita
melakukan kerja atas nama Allah S.W.T.
Kita di minta oleh Allah S.W.T mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah
S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W Rasul Allah S.W.T. setiap kali kita bersolat
untuk mengulangi semula persaksian kita pada Allah S.W.T.
Dengan kesedaran yang tinggi di atas tanggungjawab kita sebagai wakil
Allah S.W.T. dalam setiap hal kecil atau besar walaupun menyampai sedikit ilmu
pun, maka ia adalah kehendak Allah S.W.T. dan kita wakil Allah S.W.T. hanya
berserah untuk melakukannya. Allah mengkehendaki kita menyampaikan ilmu yang
kecil itu ketika itu lalu kita sampaikan dengan penuh tanggungjawab sebagai
wakil Allah S.W.T. yang memiliki ilmu tersebut.
***
Tingkatkan kesedaran kita, pasti kita akan ikhlas
di dalam melakukan kerja. Orang yang ikhlas tidak
memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan
oleh Allah S.W.T itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas
dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.
No comments:
Post a Comment