KURANGNYA pendedaha terhadap gejala menopaus dan bagaimana menanganinya menyebabkan masyarakat sukar menerima kehadirannya. Apatah lagi, anda tidak tahu bila menopaus akan tiba. Dan pastinya anda juga tidak mahu ia memberi kejutan kepada anda. Dalam hal ini, wanita harus bersikap positif dan menganggap kehidupan mereka akan bertambah baik selepas mengalami menopaus (putus haid) Ini kerana sebagai wanita, anda perlu bersedia dengan beberapa siri perubahan biologi tubuh dalam meniti setiap fasa kehidupan.
Perubahan akan berlaku termasuklah pusingan haid yang menandakan kematangan tubuh wanita, konsepsi, kehamilan, kelahiran dan menopaus.
Apa yang pasti, setiap fasa perubahan ini membabitkan rasa tidak selesa sama ada secara emosi mahupun fizikal.
Perubahan ini menjadi kebimbangan kepada wanita yang sukar berhadapan dengan kehidupan selepas menopaus.
Ada pelbagai teori yang mungkin dapat menjelaskan kebimbangan wanita terhadap menopaus. Pada masa yang lalu, keupayaan mendapat zuriat amat dipentingkan dan kehilangan upaya wanita untu mengandungkan anak mungkin menjejaskan kepentingannya dalam masyarakat.
Malah penekanan hari ini terhadap awet muda memberi tekanan besar terhadap wanita untuk melengahkan dan menafikan proses penuaan termasuk menopaus.
Persepsi yang tidak tepat ini menimbulkan salah falam dan cara pengurusan menopaus yang tidak tepat, menjadikannya satu pengalaman perit, bukan sahaja bagi wanita bahkan orang tersayang.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MENOPAUS?
Menurut pakar runding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Ampng, Dr. Nicholas Lim Lye Tak -Menopaus adalah satu peralihan semula jadi yang akan dialami wanita.
"Menopaus atau putus haid belaku secara semula jadi dalam kehidupan wanita dan tiada wanita dapat mengelakkannya. Kebiasaannya menopaus dialami wanita berusia 45 hingga 55 tahun," ujarnya.
Gambar bagian tubuh wanita ketika menopause
Lantaran itu, Dr. Nicholas berharap wanita mengganggap proses ini sesuatu yang semula jadi melibatkan perubahan fisiologi.
"Wanita perlu tahu bahawa menopaus tidak berlaku serta-merta. Ia satu proses beransur-ansur yang diiringi oleh sebilangan simptom, meliputi simptom umum seperti selaran panas dan kekeringan kepada kesan yang lebih serius dan bersifat jangka panjang seperti osteoporosis dan peningkatan risiko masalah jantung," katanya.
Tambah beliau, setiap wanita mengalami menopaus dengan cara yang berbeza. Ada yang tidak merasai simptomnya dan menerima perubahan sebagai proses penuaan. Wanita lain pula mengalami semua simptom yang memberi kesan negatif terhadap kehidupan harian mereka.
"Simptom yang akan dialami wanita menopaus termasuklah sakit kepala, insomnia, pening, kebimbangan, cepat marah, berpeluh, debaran jantung, kemurungan, merah padam, nafsu seks menurus, perubahan emosi, sakit sendi dan sebagainya," jelasnya.
"ANTARA AMALAN SIHAT YANG BOLEH DILAKUKAN TERMASUK MENGAMBIL MAKANAN BEKHASIAT, ELAKKAN MEROKOK, SELALU BERSENAM, BERFIKIR SECARA POSITIF, EMNGAMBIL SUPPLEMENT, MELAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN TERMASUK PAP SMEAR DAN PAYU DARA".
WANITA berusia antara 49 hingga 50 tahun yang tidak mengalami sebarang pendarahan selama 12 bulan lazimnya berada di peringkat awal menopaus.
Terdapat punca-punca lain yang mempercepatkan menopaus termasuk pembedahan membuang rahim, mereka yang mejalani rawatan kimoterapi untuk kanser atau menghidap penyakit kronik dalam tempoh lama misalnya penghidap diabetes selama 20 tahun. Faktor-faktor ini akan mempercepakan proses menopaus seawal usia 40 tahun.
Dalam pada itu, kekurangan hormon estrogen menymbang kepada simptom-simptom emnopaus.
Antaranya panas bada, ruam, perubahan emosi, masalah tidur dan kekeringan vagina.
Mereka juga mungkin mengalami alahan, kemurungan dan sakit kepala.
Mereka yang menopaus juga berdepan dengan risiko kesihatan seperti masalah kardiovaskular. Malah dalam jangka masa panjang boleh mengalami osteoporosis. Risiko-risiko kesihatan ini bagaimanapun berbeza mengikut individu.
Dalam sesetengah kajian berkaitan menopaus, tekanan juga mungkin boleh menyumbang kepada simptom menopaus kerana ia berhubung kait dengan aspek emosi dan boleh melemahkan sistem imunisasi.
APAKAH RAWATAN SIMPTOM MENOPAUS?
Dr. Nicholas menjelaskan, menopaus tidak boleh dicegah dairpada berlaku. Beliau memberitahu, rawatan yang sedia ada hanya membantu mengawal simptom bukan mencegah daripada berlaku.
"Kebiasaanya, doktor akan menyarankan wanita yang mengalami menopaus melakukan rawatan hormon gantian (HRT).
"HRT boleh mengurangkan simptom menopaus dengan berkesan terutama keadaan panas dan kemerahan di muka (hot flash), kekeringan faraj, masalah kerap kencing dan kencing tidak terkawal ini melibatkan pengambilan ubatan oestrogen sahaja atau oestrogen dan progestin" katanya.
Tambah beliau, HRT secara oral dan berterusan akan memberikan kelegaan yang cepat dan berkesan untuk menangani gejala-gejala menopaus dan melindungi daripada osteoporosis.
HRT adalah satu daripada kaedah perubatan moden bagi meningkatkan mutu kesihatan wanita yang melalui proses terhenti haid atau menopaus.
"HRT terbukti sebagai kaedah rawatan amat berkesan dalam merawat simptom menopaus dan dilakukan dengan memasukkan hormon sama ada secara oral, suntikan, tampal, memasukkan alat cincin vaginal dan menanam (implan)".
"Kegagalan wanita untuk menangani menopaus akan menyebabkannya terus dibelenggu masalah akibat kesan sampingannya sehingga boleh menyebabkan penderitaan dalam diam kerana perubahan negatif yang berlaku." katanya.
Tambahnya lagi, HRT amat penting dilakukan bagi memsatikan seseorang wanita menopaus mampu menjalani kehidupan lebih sihat, selesa dan gembira.
SEbelum melakukan rawatan ini, pakar akan menkaji latar belakang pesakit termasuk kanser payu dara atau darah beku (blood clot) pada kaki.
Katanya, golongan ini tidak sesuai melakukan HRT.

APAKAH PERSIAPAN MENGHADAPI MENOPAUS?
Walaupun menopaus berlaku secara semula jadi, wanita digalakkan mengekalkan gaya hidup sihat.
Menurut Dr. Nichlos, gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopaus yang tidak disenangi. Ini bermakna, seseorang dapat melalui kehidupan selepas menopaus lebih bermakna.
"Antara amalan sihat yang boleh dilakukan mengambil makanan berkhasiat, elakkan merokok, selaku bersenam, berfikir positif, mengambil supplemen, menjalani pemerriksaan kesihata pap smear dan payu dara," nasihatnya.
Disamping itu, sokongan ahli keluarga dan orang tersayang amat penting bagi wanita semasa menopaus kerana hanya apabila mereke dikelilingi oleh insan-insan yang dapat memahami situasi dialami, barulah mereka mampu menghadapi pengalaman menopaus dengan lebih tenang dan positif.
Ini berbeza dengan wanita yang sukar memberitahu dan memahamkan orang tersayang tentang perubahan dalam diri mereka.
APAKAH MENOPAUS MENYERANG LELAKI?
Dr. Nicholas memberitahu, menopaus turut dialami lelaki dan dikenali sebagai andropaus.
Masaalah andropaus ini dikenali sebagai sindrom kekurangan hormon testosterone atau testosterone deficiency syndrome (TDS). Ia agak berbeza daripada masalah menopaus dihadapi wanita.
Bagi lelaki, hormon tesosteron masih wujud dalam badan tetapi parasnya menurun. Apabila ia berkurangan, akan timbul pelbagai simptom dan seseorang lelaki boleh mengalami masalah ini seawal lingkungan umur 40-an.
"Walaupun simptom yang dialami oleh lelaki andropaus sama dengan wanita menopaus, endropaus masih belum diisytihar oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai keadaan yang perlu diberi perhatian seperti menopaus," katanya.

No comments:
Post a Comment