Thursday, August 21, 2014

JANGAN ABAIKAN BUAH PINGGANG!!

Buah pinggang atau ginjal yang berbentuk seperti kacang merah dan terletak di salah satu sisi belakang di bawah tulang rusuk merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi penting dalam menjaga fungsi badan dan organ lain.

Menurut perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan seperti 'ibu kepada segala cecair dalam badan' apabila peranan utamanya adalah mengekalkan keseimbangan homeostatik cecair badan dengan bertindak sebagai penapis dan menyingkir metabolit.

Dalam erti kata lain, buah pinggang berfungsi untuk memastikan tubuh kita bersih daripada sebarang toksin selain mengimbangi bahan kimia yang berbeza dalam tubuh badan dan menjaga tekanan darah serta jumlah sel darah merah.

Apabila buah pinggang mengandungi toksin berlebihan, penyakit buah pinggang dan pundi kencing boleh berlaku kerana bahan buangan dan urin tidak mampu dikeluarkan daripada badan. 

Pembuangan sel kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh dapat memastikan darah dalam badan hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh.

Jadi, bagi memastikan buah pinggang berfungsi dengan normal, anda perlu menjaga diet yang seimbang serta mengamalkan minum air kosong secukupnya agar buah pinggang terus kekal sihat.

No comments: