OTAK terletak paling atas jika dibandingkan dengan
pelbagai organ lain dari segi penggunaan tenaga. Berat otak hanya 2
peratus daripada berat badan keseluruhan namun ia menggunakan 20 peratus
tenaga.
Kepelbagaian nutrien atau gizi yang terdapat daripada makanan yang
dimakan amat penting untuk keharmonian dan keseimbangan fungsi organ
yang sensitif ini.
Sesetengah pengamal diet vegan dipercayai mudah mengalami kekurangan
nutrien tertentu yang akan mengganggu kesihatan dan fisiologi otak
kecuali mereka mengambil makanan yang sesuai termasuk suplemen.
Dalam artikel ini penulis akan bincangkan empat nutrien yang amat
penting untuk otak yang hanya terdapat daripada makanan bersumberkan
haiwan iaitu vitamin B12, creatine, carnosine dan asid docosahexanoic.
Vitamin B12 dikatakan tidak boleh dibina oleh tubuh dan hanya boleh
didapati dengan memakan makanan sumber haiwan. Ia merupakan vitamin
larut air membantu setiap sel membina DNA dan RNA. Ia juga membantu
proses pembinaan darah dan fungsi otak.
Kekurangan vitamin B12 menyebabkan anemia, fungsi otak terganggu,
gangguan mental dan saiz otak kecil. Terdapat kajian menunjukkan
kekurangan vitamin B12 dikaitkan dengan penyakit Alzheimer iaitu punca
utama dementia yang dialami di negara Barat.
Dementia ialah penyakit yang melibatkan gangguan keupayaan kognitif yang mengakibatkan kemerosotan daya ingatan, daya berfikir, daya merancang dan daya kendiri.
Dementia ialah penyakit yang melibatkan gangguan keupayaan kognitif yang mengakibatkan kemerosotan daya ingatan, daya berfikir, daya merancang dan daya kendiri.
Vegan lacto-ovo
Sebuah kajian menunjukkan 92 peratus vegan dan 47 peratus lacto-ovo
vegan mengalami kekurangan vitamin ini. Lacto-ovo vegan ialah golongan
vegan yang hanya memakan sayuran, bijiran, buah-buahan, telur dan susu
tetapi langsung tidak memakan daging dan ikan.
Kekurangan vitamin B12 secara ketara dipercayai menyebabkan kerosakan
kekal otak. Kekurangan yang tidak keterlaluan pula dikatakan akan
menyebabkan gangguan memori, kemurungan dan lesu.
Bakteria spesies lactobacillus yang terdapat dalam usus besar dikatakan
membantu membina vitamin B12. Lactobacillus juga didapati dalam susu
yang menjalani fermentasi seperti tairu (susu masam yang biasa diminum
dan digunakan oleh masyarakat India).
Yogurt iaitu dadih yang ditambah gula dan diperam juga kata dengan
bakteria lactobacillus. Begitu juga minuman susu probiotik yang dijual
oleh beberapa pengeluar.
Beberapa spesies cendawan dan rumpai laut terutama nori juga menawarkan
vitamin B12. Sayur-sayuran yang diperam seperti kimchi (jeruk sayuran
Korea) juga dikatakan membekalkan vitamin B12.
Tumbuh-tumbuhan seperti beberapa jenis kacang yang ditanam menggunakan
baja tinja lembu dan tinja manusia dikatakan menunjukkan kehadiran
vitamin B12 dalam kacang.
Namun begitu kajian menunjukkan pengambilan makanan tersebut masih
tidak memenuhi keperluan vitamin B12 secara optimum. Daging, ikan dan
telur menawarkan sumber vitamin B12 yang baik.
Walaupun sesetengah makanan yang diamalkan vegan mengandungi vitamin
B12, ramai pakar pemakanan mencadangkan vegan agar mengambil suplemen
vitamin B12 bagi mengatasi kekurangannya.
Suplemen creatine memang terkenal dalam kalangan pembina badan dan
pengunjung gimnasium kerana ia merupakan suplemen membantu membina otot
yang paling popular. Kajian saintifik secara konsisten menunjukkan
pengambilan suplemen creatine dapat membantu meningkatkan jumlah dan
kekuatan otot.
Suplemen creatine
Otak terletak paling atas jika dibandingkan dengan pelbagai organ lain
dari segi penggunaan tenaga. Berat otak hanya 2 peratus daripada berat
badan keseluruhan namun ia menggunakan 20 peratus tenaga.
Fungsi utama creatine ialah ia membantu pembentukan simpanan tenaga
(energy reserve) bagi membolehkan ia kitar ulang (recycle) ATP dalam
sel-sel secara pantas. Jadi, makanan yang kaya creatine dipercayai dapat
memenuhi keperluan otak yang menggunakan tenaga pada paras tinggi.
Pengambilan suplemen creatine membantu pembina tubuh dan pengunjung
gimnasium kerana ia membantu menambah kekuatan dan tenaga tambahan
ketika menjalankan pergerakan fizikal yang menggunakan tenaga tinggi
pada masa singkat.
Creatine bukan sejenis nutrien perlu (essential nutrient) kerana ia
dibina daripada asid amino dalam hati. Bagaimanapun, proses pembinaannya
dikatakan tidak begitu cekap.
Lebih kurang 95 peratus creatine disimpan di dalam otot tulang
(skeletal muscle). Ia juga terdapat pada kuantiti tinggi dalam otak.
Sepertimana otak yang memerlukan tenaga untuk berfungsi, otak juga
memerlukannya untuk menjalankan pelbagai fungsi.
Kajian menunjukkan vegan yang mengambil suplemen creatine mengalami
prestasi kognitif yang lebih baik terutama dalam menghadapi tugasan
kompleks. Subjek bukan vegan pula didapati tidak mengalami sebarang
perbezaan.
Kesimpulan daripada kajian tersebut menunjukkan vegan mengalami
kekurangan creatine yang memberi kesan buruk kepada fungsi otak mereka.
Selain otak, paras creatine didapati rendah dalam otot tulang vegan.
Kajian menunjukkan supplemen creatine membantu meningkatkan prestasi
atlet pada golongan tersebut. Daging, ikan dan telur menawarkan sumber
creatine yang baik.
Selain vitamin B12 dan creatine, carnosine merupakan nutrien penting
untuk otak. Penulis percaya ramai di kalangan pembaca yang baru pertama
kali mendengar kewujudan nutrien ini. Carnosine hanya terdapat dalam
tisu-tisu haiwan dan ia membawa maksud vegan mudah mengalami
kekurangannya.
Halang glycation
Carnosine dibina daripada dua jenis asid amino dan didapati pada
kuantiti tinggi dalam tisu otot dan otak. Sebagai antioksidan berkuasa,
carnosine menghalang proses degeneratif berpunca daripada stres
oksidatif. Ia juga menghalang glycation (penggabungan glukos dengan
protein) dan menghalang pembentukan rangkai lintang (cross linking)
protein.
Pesakit yang menghidap gangguan otak termasuk Parkinson dan Alzheimer
didapati mengalami paras carnosine rendah secara signifikan.
Ramai saintis penyelidik berpendapat bahawa makanan bersumberkan haiwan
dapat membantu memulihara otak dan tubuh daripada penuaan kerana ia
mengandungi carnosine yang tinggi.
Omega 3 memang tidak asing lagi kerana sifat antioksidan, anti keradangan dan membantu keharmonian sistem imun.
Terdapat dua jenis omega 3 iaitu EPA (ecosapentanoic acid) dan DHA
(docosahexanoic acid). DHA terdapat pada jumlah tinggi dalam otak.
Otak memerlukannya untuk proses pertumbuhan, proses pembelajaran dan
memori. Ikan berlemak, minyak hati ikan kod merupakan sumber DHA yang
baik produk tenusu dan telur.
Kepada yang ingin mencuba diet vegan perlu mengkaji mengenai buruk
buruk baiknya dahulu. Vegan penuh (elak susu dan suplemen) yang terlalu
memilih makanan dipercayai bawa risiko kepada pengamalnya.
Diet misalnya hanya amalkan makan epal hijau dan beberapa jenis bijirin
sepanjang serta ayam atau daging seminggu sekali juga didapati
memudaratkan pengamalnya (berlaku pada sahabat penulis).
Daging, susu dan ikan (daging segar dari lautan) disebutkan banyak kali
dalam al-Quran yang dipercayai oleh ramai ulama sebagai isyarat ia
penting kepada kesihatan manusia.
BAHRAIN SAMAH
BAHRAIN SAMAH
Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan,V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawatan Dengan Herba - Cegah Demam & Flu.
No comments:
Post a Comment