BUKAN senang untuk
menerima hakikat jika ibu atau bapa anda didiagnos menghidapi diabetes.
Perkara pertama yang pasti diminta oleh doktor ialah menjauhi gula. Ia
tidak senang dilakukan kerana mereka telah biasa dengan gula sepanjang
hayat. Lagipun, rasa gula mencetuskan sejenis hormon dalam otak yang
membuatkan kita berasa senang. Inilah yang menyebabkan mengapa ramai
orang mendapati sangat susah hendak meninggalkan gula.
Bagi penghidap
diabetes, gula akan meningkatkan paras gula darah yang seterusnya akan
meningkatkan risiko komplikasi yang melibatkan saraf, mata, buah
pinggang dan jantung.
Kini, Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association (AHA)) telah meletakkan gula tambahan dalam senarai penyebab yang boleh menjejaskan jantung selain daripada pengambilan terlalu banyak garam, lemak, kolesterol dalam diet. Menurut AHA, pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan kesihatan yang tidak baik, termasuk kegemukan (obesiti), diabetes, tekanan darah tinggi, radang, paras trigliserida tinggi, semuanya ini merupakan faktor risiko penyakit jantung dan strok.