Friday, September 6, 2019

ASID URIC BERLEBIHAN

Pembentukan batu karang dalam sistem urinari manusia akibat pengambilan dan penghasilan asid urik serta kalsium berlebihan adalah isu kesihatan biasa sering dialami kebanyakan rakyat Malaysia.

Berdasarkan kajian, penyakit batu karang lebih berisiko terjadi dalam kalangan rakyat di negara yang terletak di garisan khatulistiwa dan tropika, beriklim panas seperti Amerika Utara dan hampir semua negara di benua Asia termasuk Malaysia.

Faktor kurang pengambilan air sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter meskipun cuaca panas dikatakan satu daripada penyumbang kepada penyakit batu karang.

 
Pakar Urologi, Dr Poongkodi Nagappan berkata sistem perkumuhan membabitkan urinari (kencing) manusia merangkumi kedua-dua ginjal (buah pinggang), ureter, pundi kencing dan uretra.
Ginjal berfungsi menapis sel darah merah dan menyingkirkan hasil perkumuhan melalui sistem urinari sebagai air kencing. Manakala ureter pula bertindak menyalurkan air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing.

 Pundi kencing yang berfungsi menyimpan air kencing sebelum dikumuhkan daripada badan, kemudian dikeluarkan melalui uretra atau salur kencing.

“Masalah batu karang boleh menimpaa mana-mana individu tanpa mengira faktor jantina dan usia sama ada dewasa mahupun kanak-kanak.

RAWATAN KANSER KOLOREKTUM METASTATIK

Kanser kolorektum melibatkan pertumbuhan sel-sel kanser di dalam saluran usus besar, khususnya kolon dan rektum. Kanser kolorektum mungkin sukar dikesan lebih awal kerana ia tidak mempunyai simptom-simptom yang tertentu. Sebaliknya, pesakit mungkin mengalami simptom yang tidak spesifik seperti sembelit, cirit-birit, ketidakselesaan perut, penurunan berat badan dan darah dalam najis. Sesetengah pesakit lain pula mungkin tidak mengalami apa-apa simptom langsung.

Di Malaysia, berdasarkan data yang diperoleh pada tahun 2012, kanser kolorektum dikelaskan sebagai kanser yang paling biasa dalam kalangan kaum lelaki dan kanser kedua paling biasa dalam kalangan wanita. Selama ini, kanser kolorektum lebih biasa dikaitkan dengan negara-negara maju, namun kini kes kanser semakin menular di negara-negara membangun termasuk Malaysia.

Rawatan kanser kolorektum diberikan mengikut kesesuaian pesakit berdasarkan -faktor seperti tahap kanser, mutasi genetik yang terdapat dalam kanser, serta umur dan status kesihatan pesakit secara amnya.

KANSER kolorektum melibatkan pertumbuhan sel-sel kanser di dalam saluran usus besar, khususnya kolon dan rektum. 
Kanser kolorektum peringkat awal mempunyai peluang yang tinggi untuk sembuh, dengan statistiknya mencecah 90 peratus untuk kumpulan pesakit tertentu. Untuk kanser tahap satu, pembedahan sahaja sudah memadai untuk menyembuhkan penyakit ini. Untuk kanser tahap dua dan tiga, pesakit mungkin perlu menjalani kemoterapi dan radioterapi selepas pembedahan bagi mengurangkan risiko kanser berulang dan merebak, di samping meningkatkan peluang pesakit untuk hidup.

Rawatan untuk pesakit

Kebanyakan pesakit di Malaysia didiagnos apabila mencecah tahap empat, di mana kanser telah merebak atau mencapai metastasis. Pada peringkat ini, tujuan rawatan kebanyakannya untuk memanjangkan hayat pesakit selama yang mungkin tanpa menjejaskan gaya hidup mereka.

PANADOL / PARACATAMOL

PERNAHKAH anda mendengar fakta yang mengatakan mengambil panadol boleh merosakkan buah pinggang?.

Bukan itu sahaja, panadol dikatakan bertoksik dan akan berada di dalam tubuh dalam jangka masa sekurang-kurangnya lima tahun.

Betulkah kenyataan itu?

Panadol bukan sejenis ubat bertoksid pada badan jika mengikut sukatan yang betul seperti disarankan oleh doktor atau pengeluar panadol.

Dos yang disarankan adalah : -

1. Paracetamol 1 gram (g) bersamaan dengan 2 biji (500miligram (mg) satu biji) setiap enam hingga lapan jam sekali (maksima 4g sehari) untuk orang dewasa.

2. Untuk kanak-kanak sirap paracetamol adalah 15mg per kilogram (kg) berat badan dalam enam hingga lapan jam (tiga hingga empat kali) sehari

3. Suppositories paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap enam jam sekali (maksimum 5g sehari).

4. Paracetamol juga ada dalam bentuk intravenous diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari empat jam sekali: maksimum 4g sehari)

Kegunaan panadol:-
Paracetamol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) yang paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak-kanak, ibu mengandung dan menyusu serta warga emas.

Panadol akan menjadi toksik atau overdose jika diambil lebih daripada 10g (20 biji) atau 200mg/kg berat badan.

Ia bukan sahaja akan merosakkan hati malah boleh menyebabkan kematian apabila berlaku kerosakan pada hati.

Pun demikian, bagi pesakit G6PD deficiency (possible risk of hemolysis), pesakit buah pinggang dan hati serta mereka yang alah pada paracetamol perlu berhati-hati apabila mengambilnya.

Selain itu, panadol tidak akan tinggal lama dalam tubuh ia hanya mitos.

Panadol hanya berada dalam badan selama empat hingga enam jam sahaja kemudian akan mengalami proses penghadaman.

Sumber: Pakar Perundingan Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Ketengah Jaya Dungun, Terengganu, Dr Doktor Suhazeli Abdullah