Wednesday, September 16, 2020

NENAS

Nanas atau nama saintifiknya Ananas comosus dari famili Bromeliacaeae merupakan antara hasil tanaman komersial yang penting dan digunakan oleh hampir seluruh penduduk dunia.


Jika durian dianggap Raja Buah, nanas pula ialah Permaisuri Buah disebabkan rasa dan perisanya yang sangat digemari ramai.

Mengikut statistik eksport dan import dunia, nanas ialah buah tropikal ke-3 terpenting selepas pisang dan sitrus.

Orang Eropah menemui nanas di kepulauan Caribbean pada tahun 1493. Mereka berusaha menanamnya namun gagal kerana cuaca yang tidak sesuai. Lalu, nanas diperkenalkan kepada orang Asia, Afrika, dan penduduk Selatan Pasifik.

Nenas memerlukan hampir 3 tahun untuk matang, nanas dianggap makanan mewah suatu masa dulu. Selain boleh dimakan begitu sahaja, nanas juga dijadikan pelbagai produk termasuk jus, cuka, alkohol dan makanan haiwan.

Buah nanas yang matang mengandungi 14% gula, protein, enzim pencernaan, bromelin, asid sitrik, asid malik, vitamin A dan B. Jus nanas yang terhasil adalah bergantung kepada faktor geografi, musim, pemprosesan dan masa tuaian.

Secara keseluruhannya, nanas mengandungi 81.2-86.2% kelembapan dan 13-19% jumlah pepejal yang merangkumi sukrosa, glukosa dan fruktosa sebagai komponen utama. Karbohidrat merupakan komponen terbesar bagi pepejal tersebut sebanyak 85% dengan komposisi serat ialah 2-3%.