Sunday, June 30, 2013

PROTEIN BERLEBIHAN BEBANKAN BUAH PINGGANG


Protein berlebihan bebankan buah pinggang

on Tuesday, February 5, 2013
Protein berlebihan bebankan buah pinggang




Buah pinggang berfungsi untuk menuras toksin dan cecair yang berlebihan bagi membersihkan darah. Ia juga bertindak untuk membantu membina sel-sel darah merah, mengawal atur tekanan darah serta memelihara kekuatan tulang.

Bagi mengelakkan kerosakan buah pinggang, anda perlu mengawal pengambilan protein seharian anda. Ini adalah untuk mencegah pengumpulan bahan buangan di dalam badan.

Dengan mengurangkan pengambilan protein daripada makanan, beban buah pinggang dapat dikurangkan sekali dapat melambatkan kadar kerosakan buah pinggang.

Pengurangan pengambilan protein yang tinggi adalah berkaitan dengan pengurangan fosfat, yang mana kemudiannya dapat membantu mengekalkan komposisi tulang.


SUMBER : Dari bahan bacaan...Majalah Mingguan Wanita
- See more at: http://www.noormalashahar.com.my/2013/02/protein-berlebihan-bebankan-buah.html#sthash.NspKbQ4y.dpuf

Saturday, June 29, 2013

CoklatLupakan sebentar jus buah - coklat mungkin satu cara yang lebih baik untuk meningkatkan kesihatan anda, mengikut satu penyelidikan baru.

Coklat gelap dan koko mempunyai lebih banyak kandungan antioksida daripada jus buah, menurut satu kajian yang dikeluarkan dalam Chemistry Central Journal.

Produk-produk coklat juga mempunyai lebih banyak polifenol dan flavanol yang baik untuk jantung, kajian tersebut dapati. Berita baik ini tidak termasuk minuman koko panas, yang mana ia telah diproses.

"Apabila mencari satu snek manis, coklat gelap mungkin, malah, menjadi pilihan paling sihat anda," kata Suzanne Steinbaum, seorang pakar kardiologi di Lenox Hill Hospital di Manhattan.

Beliau tidak terperanjat dengan penemuan tersebut, sambil menyatakan bahan antioksida tersebut mengekalkan arteri dalam keadaan terbaik dan membantu mencegah penyakit jantung.

Kajian yang dikendalikan oleh Hershey Co. itu, membandingkan serbuk koko dan produk berasaskan serbuk buah dan jus. Koko berada di atas pada skala antioksida di atas serbuk beri biru (blueberry), kranberi dan delima.

Perbezaan antara jus buah delima dan coklat gelap tidak begitu nyata, nyata penyelidik-penyelidik tersebut.

Walaupun begitu, coklat gelap masih melebihi jus-jus lain dalam ujian antioksida itu.

Biji koko boleh dikatakan sebagai satu 'buah adi' dan produk-produk daripada ekstrak biji koko, seperti serbuk koko semulajadi dan coklat gelap, boleh dikatakan sebagai 'makanan hebat,'" kata penyelidik-penyelidik itu.

Coklat gelap lama telah dicanangkan untuk faedah kesihatannya, termasuk merendahkan tekanan darah.

Tetapi peminat-peminat coklat, hati-hati: Kesihatan anda tidak bergantung kepada tarikan zaman kanak-kanak ini semata-mata.

TIDUR TERLALU SEDIKIT BOLEH MEMBAHAYAKAN JANTUNG ANDA

Foto lelaki sedang tidur.Tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko anda untuk angin ahmar (strok) dan serangan jantung.

Itulah penemuan para penyelidik Britain yang menganalisa data yang diperoleh dari lebih daripada 470,000 orang dari lapan buah negara, termasuk Amerika Syarikat.

"Jika anda tidur kurang daripada enam jam semalaman dan mengalami tidur yang terganggu, anda 48 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat atau mati kerana sakit jantung dan 15 peratus lebih kemungkinan untuk mendapat atau mati kerana strok," kata Dr. Francesco Cappuccio, dari Warwick Medical School di England, seorang pengarang bersama penyelidikan tersebut, dalam hebahan berita di University of Warwick.

"Corak tidur lewat malam dan bangun awal pagi sebenarnya adalah bom jangka untuk kesihatan kita, jadi anda kena bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit yang mengancam nyawa ini," beliau menambah.

Dr. Michelle Miller, penulis bersama kajian dengan Dr. Cappuccio, menjelaskan dalam hebahan berita itu yang "tidur sebentar kronik menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia dalam badan yang meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dan angin ahmar , dan keadaan lain seperti tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kencing manis dan obesiti."

Kajian itu telah diterbitkan pada 8 Febuari dalam European Heart Journal.

Segala pergelutan hidup/kerja dalam kehidupan hari ini menyebabkan ramai dari kita menukarkan masa tidur yang berharga dengan bekerja untuk memastikan kita siap semua kerja yang diberikan kepada kita.

"Tetapi dengan berbuat demikian" kata Dr. Cappuccio, "kita meningkatkan risiko mendapat strok atau penyakit kardiovaskular yang mengakibatkan, contohnya serangan jantung."

Mendapat tujuh jam tidur semalaman melindungi kesihatan dan mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit kronik, nasihat beliau.


STROK (ANGIN AHMAR) MENINGKAT DALAM GOLONGAN MUDA DAN USIA PERTENGAHAN

Los Angeles — Strok sedang meningkat dengan pantas dalam golongan muda dan usia pertengahan, satu petanda yang wabak obesiti sudah mula berpindah beban usia.

Bilangan tersebut, yang telah dikeluarkan pada satu sidang Pertubuhan Strok Amerika, datang dari satu bancian pertama kali penghospistalan strok berdasarkan usia seluruh negara yang terbesar dilakukan. Para penyelidik kerajaan membuat bandingan kemasukan kes ke hospital pada tahun 1994 dan 1995 dengan kes tahun 2006 dan 2007.

Peningkatan paling tinggi, sebanyak 51 peratus adalah dari golongan lelaki berumur di antara 15 ke 34 tahun. Strok dalam kumpulan umur ini turut meningkat dalam kalangan wanita tetapi tidak sepantas lelaki, iaitu sebanyak 17 peratus.

“Ia sememangnya mencemaskan,” kata Dr. Ralph Sacco, presiden Pertubuhan Strok Amerika dan juga seorang ahli neurologi di Universiti Miami. “Kita telah lama runsing berkenaan peningkatan berlakunya obesiti dalam kanak-kanak dan dewasa muda mungkin memberi kesan penyakit kardiovaskular dan strok, dan rupanya ianya sedang berlaku,” katanya.

Angka Bancian

Angin ahmar masih penyebab penghospitan terbesar kepada golongan berusia. Bagi mereka yang berusia lebih 65 tahun, terdapat 300 kes strok daripada 10 000 kemasukan ke hospital. Bagi lelaki berusia 15 ke 34 tahun, terdapat 15 kes strok daripada 10 000 kemasukan , dan bagi wanita dan remaja perempuan dalam kumpulan umur itu terdapat 4 kes daripada 10 000.

MIGRAIN BUKAN SAKIT KEPALA

Seorang wanita sedang mengalami migrain.Migrain, berbanding dengan sakit kepala, boleh menyebabkan kesakitan yang melemahkan tubuh bagi ramai orang yang menghidapnya, yang boleh berlarutan selama berjam-jam dan adakalanya berhari-hari. Sakit kepala, sebaliknya, tidaklah sebagaimana teruk atau kroniknya migrain, tetapi ia juga tidak selesa sebagaimana migrain.

Menurut Yayasan Penyelidikan Migrain (Migraine Research Foundation), migrain boleh diiringi oleh beberapa gejala lain termasuk: gangguan penglihatan, rasa loya, muntah, pening, menjadi sangat sensitif pada bunyi, cahaya, sentuhan dan bau, dan rasa menyengat atau kebas pada bahagian muka.

Yayasan itu juga menerangkan bahawa migrain adalah dianggap sebagai satu sindrom dan menggambarkannya sebagai “satu koleksi gejala-gejala yang timbul dari satu punca biasa [dan] diklasifikasikan mengikut kumpulan gejala-gejalanya. Oleh kerana gejala-gejalanya adalah sangat berbeza, migrain sering tersalah didiagnos.”

Malangnya, tiada penawar untuknya pada masa kini. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan dan rawatan yang boleh membantu untuk mengurangkan beberapa kesakitan dan gejala-gejalanya ada boleh didapati. Berundinglah dengan doktor anda jika anda menghidap migrain membantu menentukan rawatan yang terbaik.