Wednesday, July 22, 2015

AMERIKA MERAHSIAKAN UBAT KANSER SELAMA BERTAHUN2 10,000 KALI GANDA DARI KEMO TERAPY.

UBAT TERSEBUT ADA DISEKITAR KITA.

Selama ini kita tahu bahwa kanser hanya blh diubati dengan terapi kemo. Namun nampaknya
persepsi ini harus dihapus dan dibuang sejauh-jauhnya.



Tuesday, July 14, 2015

AIR KENCING BERBUIH

SAYA berusia 38 tahun. Saya sering mengalami masalah air kencing yang berbuih. Bagaimana masalah itu berlaku dan adakah ia membahayakan kesihatan?


SHAM
Pedas, Negeri Sembilan

Air kencing adalah bahan kotoran yang keluar daripada hasil tapisan buah pinggang. Jika banyak protein tercicir keluar dari buah pinggang, air kencing menjadi keruh dan kelihatan berbuih.

Protein biasanya tidak keluar dari buah pinggang kecuali sistem penapisan buah pinggang terganggu seperti keradangan sistem penapisan yang dikenali sebagai glomerulitis atau glomerulonephritis.

Masalah kesihatan dapat dikesan daripada air kencing. Pada zaman dulu, pakar perubatan mengenali kencing manis dengan membiarkan air kencing di lantai dan meneliti jika ada semut, ia memberi gambaran kandungan glukosa tinggi dalam air kencing.

Kadangkala air kencing dirasa atau dicium untuk mengenali penyakit tertentu saperti takungan ‘ketones’ hasil daripada metabolisme lemah untuk tenaga jika glukosa tidak dapat digunakan badan. Bau ‘ketones’ wangi dan rasanya juga manis.

Saya cadangkan anda menjalani ujian air kencing untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi.

Sunday, July 12, 2015

TANDA-TANDA MANUSIA AKAN MENINGGAL



Kita sebagai manusia tidak tahu kapan kita akan meninggalkan dunia ini.kita hanya perlu beribadah dan berdakwah dan meminta do'a kepada Allah SWT,soal kematian itu hanya Allah yang tahu.bisa saja kita akan meninggal setahun lagi,seminggu,bahkan hari ini kita bisa saja meninggal.namun,tanda-tanda kita akan meninggalkan dunia ini sebenarnya ada.tetapi,kita tidak pernah menyadarinya.berikut adalah tanda-tanda orang yang akan meninggal :

ciri dan tanda ketika orang menemui ajal :

  1. sering bermimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal dunia 
  2. orang tersebut selalu merasa  gelisah dan sering mengalami kekhawatiran akan dirinya 
  3. mendadak menjadi baik dan ramah terhadap teman, saudara, dan yang lainnya dan sering mengiginkan berkunjung ke rumah kerabat kerabatnya 
  4. Sering menyebut nama-nama orang atau anggota keluarga yang sudah  almarhum,dan sering bercerita kalau dia pernah atau sedang berinteraksi  dengan salah satu almarhum tersebut. 
  5. Jika kita perhatikan kedua bola matanya terbuka lebar menerawang ke  langit-langit seperti sedang menyimak dan memperhatikan sesuatu sangat  serius sekali dan terkadang berbicara sendiri seolah-olah ada lawan  bicaranya yang luput dari penglihatan kita. 

Ciri-ciri orang yang akan meninggal menurut islam :   

KENALI 10 MAKANAN YANG BOLEH MEMBUAT ANDA CEPAT TUA

Percaya atau tidak, makanan yang anda ambil setiap hari, mungkin adalah penyebab anda nampak lebih tua. Walaupun anda menggunakan krim anti-penuaan termahal sekalipun, tetapi tabiat makan tidak di ubah, ia tetap tidak akan dapat membantu. Berikut adalah 10 makanan yang boleh membuatkan anda cepat tua

1. GULA

Ada beberapa alasan kenapa gula membuat kita tua. Ketika ada kelebihan gula di dalam tubuh, gula akan mengikat dirinya dengan kolagen, membuat kulit tampak kerut. Menurut Diet Myths Busted; Food Facts Not Nutrition Fiction oleh Ann A. Rosenstein, kehilangan keanjalan kulit muda membuat kulit berkerut dan tampak tua. Hal ini tentunya juga berlaku untuk gula-gula yang banyak mengandungi gula.

Tuesday, July 7, 2015

TEKNOLOGI VS SAKIT JANTUNG

  • Foto
  • Foto
Percutaneous Coronary Intervention (PCI) jadi teknik terbaru rawat masalah kardiovaskular serius tanpa bedah

DI Malaysia, penyakit kardiovaskular adalah penyebab utama kematian. Mengikut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2000 hingga 2005, dianggarkan 20 hingga 25 peratus kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit yang disebabkan gaya hidup ini. 

Penyakit jantung koronari yang juga dikenali sebagai penyakit arteri koronari adalah spektrum daripada penyakit angina stabil; angina tak stabil; non-ST segment elevation myocardial infarction (NSTEMI) dan ST elevation myocardial infarction (STEMI).
Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan. Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang merangkumi kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.

Perunding Kanan Perubatan dan Kardiologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Wan Azman Wan Ahmad, menjelaskan Acute Coronary Syndrome (ACS ) atau sindrom koronari akut merujuk kepada sebarang kumpulan gejala yang disebabkan oleh penyempitan atau sekatan pada arteri koronari. ACS biasanya terjadi akibat satu daripada tiga masalah iaitu ST elevation myocardial infarction, non ST elevation myocardial infarction atau unstable angina.

“Kemasukan ke hospital untuk penyakit berkaitan ACS di Unit Jagaan Kardiak (CCU) di Malaysia dianggarkan 47 daripada 100,000 kes. Malah setengah lagi tidak dapat masuk ke CCU kerana tidak semua hospital ada kemudahan.