TIP-TIP KESIHATAN - BLOG YANG PATUT DIBACA
Friday, July 2, 2021
MASALAH PEMBENGKAKAN PROSTAT DI KALANGAN LELAKI
Thursday, July 1, 2021
TANDA KEKURANGAN NUTRISI DI KALANGAN WARGAMAS
Kekurangan nutrisi (nutritional deficiency) adalah masalah yang sering berlaku di kalangan wargamas yang berusia 60 tahun ke atas.
Ini disebabkan mereka tidak lagi berselera untuk makan dan ada kalanya hanya memilih makanan tertentu saja bagi menepati selera mereka.
Oleh itu tubuh mereka mungkin tidak mendapat sejumlah nutrisi yang diperlukan setiap hari.
Kekurangan nutrisi akan menyebabkan kesihatan mereka bertambah teruk. Apa yang lebih menyedihkan mereka tidak mempunyai kualiti hidup seperti warga mas yang lain. Wargamas lain walaupun berusia 70an, tetapi masih aktif, ceria dan bersemangat. Wargamas yang tidak mendapat nutrisi yang secukupnya mungkin terlantar atas katil, semput bila berjalan dan kemurungan.
Jika ada tanda-tanda berikut, cuba buat pemeriksaan doktor, atau memujuk mereka membetulkan cara pemakanan. Pastikan mereka mengambil sayur dan buah, ada sedikit protein dan lemak sihat selain dari bijiran seperti beras parboiled atau beras perang. Berikan sedikit suplemen seperti multivitamin bagi menampung kekurangan ini.
1. Rasa murung dan kebimbangan.
Nutrisi yang baik membantu kesihatan minda. Wargamas yang mengalami kekurangan nutrisi akan lebih cepat mengalami masalah mudah lupa, kemurungan, kebimbangan dan ada kalanya tidak dapat membuat keputusan dengan baik. Apa yang membimbangkan mereka akan mudah mendapat penyakit Alzheimer dan dementia. Galakkan mereka mendapat lemak sihat (healthy fat) seperti minyak zaitun, vitamin E dan omega 3.
2. Selera yang semakin berkurangan.
Wargamas yang sering mengalami batuk dan selsema mungkin kekurangan vitamin C dan Zink. Kedua-dua elemen nutrisi ini juga yang menyebabkan kehilangan selera untuk makan.
3. Sukar untuk tidur.
Wargamas memang tidak tidur lama. Kebiasaannya kira-kira enam jam. Namun ada diantara mereka yang mengalami masalah agak sukar untuk tidur. Mereka hanya dapat tidur sejam dua.
4. Penurunan berat badan yang ketara.
Wargamas terutama lelaki akan mengalami masalah pengecutan otot-otot. Ini menyebabkan mereka tidak berdaya untuk melakukan kerja yang pernah mereka lakukan. Pengecutan otot sehingga menyebabkan penurunan berat badan ini dapat dielakkan jika mereka kekal aktif, mendapat cukup vitamin D dan protein.
5. Kulit yang kering dan rambut yang gugur.
Selalunya disebabkan oleh masalah kekurangan lemak sihat dalam pemakanan seperti minyak zaitun atau minyak kelapa. Mereka juga mungkin mengalami vitamin seperti A, D dan E.
6. Tenaga yang rendah
Tenaga yang rendah, bukan saja disebabkan mereka mengalami kekurangan karbohidrat dan lemak dalam pemakanan mereka. Tetapi mungkin juga disebabkan oleh kekurangan zat besi, zink dan vitamin D.
7. Rasa sakit tulang
Kekurangan vitamin D akan menyebabkan rasa sakit pada tulang, otot yang kejang dan tulang yang rapuh. Ini disebabkan mereka tidak lagi aktif di luar rumah untuk terdedah pada cahaya matahari. Kekurangan vitamin D juga akan menyebabkan mereka mengalami sistem daya tahan yang rendah.
Jadi kesimpulan wargamas (mereka yang berumur 60 tahun ke atas) dan mereka yang bakal bersara dalam kerjaya mereka (berumur 50 tahun) haruslah mengambil perhatian terhadap pemakanan yang mereka makan. Pastikan lengkap dengan makronutrien dan mikronutrien (vitamin, mineral dan antioksida). Sentiasa aktif, tidur yang mencukupi dan kerap bersosial.
Semoga bermanfaat.
Saturday, June 26, 2021
PESAKIT YANG TELAH BUANG PUNDI HEMPEDU BOLEH AMALKAN MINYAK ZAITUN
Friday, June 25, 2021
GATAL PUNCA DARI GEGATA
JANGKITAN KROUP DIKALANGAN KANAK KANAKI
Jangkitan yang kerap dialami oleh kanak-kanak adalah jangkitan saluran pernafasan. Dianggarkan lebih kurang 15% jangkitan saluran pernafasan adalah disebabkan jangkitan kroup (croup). Ia juga dikenali sebagai akut laryngotrakeobronkitis. Seperti digambarkan oleh namanya, ia adalah jangkitan di saluran larink, trakea dan bronkus. (Rajah 1,2)
Walaupun jangkitan ini berlaku di kalangan kanak-kanak berumur enam bulan hingga dua belas tahun, ia lebih kerap menyerang kanak-kanak yang berusia muda terutama sekitar dua tahun.
Insiden tahunan untuk kanak-kanak berumur kurang enam tahun adalah sehingga enam kes setiap seratus kanak-kanak. Ia juga adalah penyebab utama masalah penyempitan saluran pernafasan akut. Nisbah kanak-kanak lelaki kepada perempuan yang dijangkiti adalah 1.5 kepada 1.
Gejala dan Tanda Penyakit
Pada 12-72 jam pertama jangkitan, kanak-kanak akan mengalami demam, selesema dan sedikit batuk. Ini akan diikuti oleh pertukaran suara dan tangisan menjadi serak dan pernafasan akan mula mengeluarkan bunyi menandakan saluran pernafasan mula mengecut.
Tanda-tanda lain adalah seperti kesukaran bernafas atau bernafas dengan laju. Kanak-kanak juga akan menjadi kurang aktif dan pemakanan dan minuman mereka boleh terganggu.
Kes-kes yang lebih serius yang menandakan penyempitan saluran pernafasan yang lebih kritikal akan mengalami lebih kesukaran pernafasan dan warna bibir atau jejari menjadi biru. Ini menandakan berlaku kekurangan oksigen di dalam badan.
Kebiasaannya, pesakit akan pulih dalam tempoh masa seminggu.