Assalamualaikum Doc. Saya sudah buang pundi hempedu. Adakah saya sesuai mengambil vco atau olive oil dalam diet sy? Terima kasih.
Walaikumusalam.
Tiada masalah untuk puan mengambil kedua-duanya.
Jus hempedu berfungsi untuk memecahkan molekul minyak kepada molekul yang lebih kecil. Selebihnya penyerapan minyak dilakukan oleh enzime lipase.
Tanpa jus hempedu, penyerapan lemak akan berlaku lebih perlahan. Selebihnya lemak akan dikeluarkan bersama najis. Najis kita akan menjadi lebih berminyak.
Ramai yang silap faham bila menganggap bila pundi hempedu dibuang, kita tiada lagi jus hempedu.
Jus hempedu akan terus dihasilkan oleh organ hati. Cuma ia tidak disimpan dalam pundi (yang telah dibuang). Ia dikeluarkan terus dari hati bila kita mengambil minyak dalam makanan. Cuma mungkin jumlahnya sedikit, dikeluarkan perlahan-lahan. Tidak seperti jus hempedu yang boleh dikeluarkan dengan banyak dari pundi hempedu.
Jadi tiada masalah untuk pesakit yang telah dibuang pundi hempedu untuk mengambil minyak zaitun.
Ini kerana:
1. Penyerapan lemak masih berlaku kerana jus hempedu masih dikeluarkan dari organ hati. Pemecahan molekul lemak berlaku dalam tahap sederhana dan enzime lipase akan menghancurkan molekul lemak selebihnya.
2. Jika berlebihan ambil minyak dalam makanan seperti mengambil sop atau kari bertumis, minyak tidak sempat diserap akibat kekurangan jus hempedu.
3. Lemak yang berlebihan akan dikeluarkan dalam najis, menyebabkan najis kita lebih berminyak. Jika terlalu banyak mungkin lita mengalami cirit-birit yang tidak serius.
5. Cadangan saya hentikan makanan yang berminyak. Mengambil satu atau dua sudu besar minyak zaitun tidak berbahaya, dan tidak berlebihan. Penyerapan "minyak sihat" akan menampung keperluan lemak dalam tubuh.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment