Mengapa Ketuhar Gelombang Mikro Bahaya?
Ketuhar gelombang mikro (KGM atau microwave oven) ialah antara peralatan moden yang popular di kalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.
Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur terutamanya. Para ibu dan isteri hanya perlu memasukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya. Sekelip mata makanan panas sudah pun terhidang. Justeru hampir setiap rumah kini memiliki KGM.
Cara Masak Melawan Fitrah
Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan KGM, makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas dibahagian dalam dahulu barulah haba bergerak ke luar.
Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam KGM untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun kelihatan seperti belum masak, tetapi jika dibelah tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang.
Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah lazimnya membawa keburukan.
KGM Pengancan Nyawa
KGM diperkenalkan kepada orang ramai pada sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesannya kepada kesihatan manusia.
Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat berbahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan KGM turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa.
Tidak hairan jika golongan remaja hari ini ramai yang diserang sakit jantung dan orang muda seawal usia 20-an dan 30-an mati akibat kanser.
I
No comments:
Post a Comment