BERJALAN KAKI ADALAH SENAMAN YANG MUDAH, MURAH DAN SELAMAT UNTUK DILAKUKAN. IA MERUPAKAN SATU KAEDAH SENAMAN YANG SESUAI BAGI SEMUA LAPISAN PERINGKAT UMUR. SENAMAN INI BOLEH DILAKUKAN PADA BILA-BILA MASA DAN DI MANA MANA SAHAJA SAMA ADA DI RUMAH, DI PEJABAT, DI KOMPLEKS MEMBERLI BELAH DAN LAIN-LAIN TEMPAT LAGI.
FAEDAH BERJALAN KAKI
MENGAMALKAN SENAMAN BERJALAN KAKI MEMBERI MANFAAT KEPADA KESIHATAN KITA SEPERTI:-
- MENYIHATKAN JANTUNG, MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG DAN MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL
- MENGAWAL TEKANAN DARAH DAN MENCEGAH RISIKO PENYAKIT DARAH TINGGI DAN STROK
- MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT DIABETES. BERJALAN MENINGKATKAN KEUPAYAAN BADAN UNTUK MEMPROSES GULA DENGAN LEBIH BAIK DAN MEMBANTU MELANCARKAN ALIRAN DARAH.
- MENGAWAL BERAT BADAN DAN MEMBANTU MEMBENTUK TUBUH BADAN MENJADI MENARIK.
- MENGURANGKAN STRES. BERJALAN MEMBANTU MERANGSANG PENGHASILAN HORMON ENDOFIN YANG MEMBUATKAN KITA LEBIH CERIA DAN SIHAT.
- MENGEKALKAN RISIKO OSTEOPROSIS
- MENGEKALKAN KEKUATAN OTOT
- MENGEKALKAN KESTABILAN DAN MENGURANGKAN RISIKO JATUH TERUTAMA WARGA EMAS
- MAMPU MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI
BAGAIMANA UNTUK BERMULA?
- TETAPKAN MATLAMAT. SEKIRANYA KITA TIDAK EPRNAH MELAKUKAN APA-APA JENIS SENAMAN DALAM JANGKA MASA YANG LAMA, MULAKAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN DAN JARAK YANG PENDEK.
- CARI TEMPAT YANG SESUAI UNTUK BERJALAN. SEELOKNYA-ELOKNYA PERMUKAAN HARUSLAH RATA DAN TIDAK MEMBAHAYAKAN.
- TETAPKAN TEMPOH MASA. PASTIKAN TEMPOH MASA YANG DITETAPKAN MENGIKUT KEUPAYAAN TUBUH BADAN KITA.
- TAMBAH KELAJUAN DAN TAHAP KESUKARAN. SEKIRANYA KITA TELAH BERJAYA MENCAPAI MATLAMAT DI ATAS, KITA MUNGKIN BOLEH MEMIKIRKAN UNTUK MENAMBAH KELAJUAN BERJALAN DAN CUBA UNTUK BERJALAN DI KAWASAN-KAWASAN SEPERTI DI TAMAN REKREASI.
- BERJALAN BERSAMA AHLI KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN. SEKIRANYA KITA BERASA TIDAK YAKIN DAN KURANG KESERONOKAN BERJALAN SEORANG DIRI, KITA BOLEH MENGAJAK AHLI KELUARGA ATAU RAKAN-RAKAN UNTUK BRESAMA-SAMA MENJALANKAN SENAMAN INI. BREJALAN BERSAMA TEMAN YANG MENGIRINGI ANDA AKAN MENJADIKAN AKTIVITI YANG DILAKUKAN LEBIH MENYERONOKKAN DAN TIDAK MUDAH BERASA BOSAN.
DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK BERJALAN DENGAN BETUL, KITA AKAN DAPAT MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN KITA DENGAN LEBIH OPTIMUM LAGI.
- PASTIKAN BAHAGIAN TUMIT MENCECAH TANAH SEBELUM BAHAGIAN TAPAK KAKI YANG LAIN. PERINGKAT PERMULAAN, LANGKAH YANG PENDEK SUDAH MEMADAI.
- HAYUNKAN TANGAH. DENGAN MENGHAYUNKAN TANGAH AKAN MEMBERI LEBIH BANYAK IMPAK SEPERTI MEMBANTU MEMBAKAR LEBIH BANYAK KALORI DAN MENGUATKAN OTOT-OTOT DI BAHAGIAN ATAS BADAN KITA. INI MENUNJUKKAN BAHAWA SENAMAN BERJALAN BUKAN SAJA MEMBERI FAEDAH YANG LEBIH KEPADA OTOT-OTOT BAHAGIAN BAWAH NAMUN TURUT MELIBATKAN OTOT-OTOT DI BAHAGIAN ATAS BADAN KITA.
- LURUSKAN BAHAGIAN BELAKANG BADAN KITA. UNTUK MEMASTIKAN KITA BERADA DALAM POSTUR YANG BAIK. LURUSKAN BAHAGIAN BELAKANG BADAN KITA DAN PANDANG KE HADAPAN.
- KAWAL PERNAFASAN. SEMASA BERJALAN PASTIKAN PERNAFASAN KITA SENTIASA TERATUR. SEKIRANYA KITA BERASA NAFAS KITA SEMAKIN TERCUNGAP-CUNGAP, KITA PERLU MENGURANGKAN KELAJUAN DAN SEKIRANYA TIDAK MAMPU KITA HARUSLAH BERHENTI.
- UNTUK MENAMBAHKAN LAGI VARIASI SEWAKTU BERJALAN KITA BOLEH MENETAPKAN SASARAN PADA TEMPOH-TEMPOH TERTENTU UNTUK MENINGKATKAN KELAJUAN DAN MENURUNKAN KELAJUAN.
- SEKIRANYA MAMPU KITA BOLEH MENGGUNAKAN PEDOMETER, IAITU ALAT UNTUK MENGUKUR LANGKAH KAKI KITA. ALAT INI DILETAKKAN DI BAHAGIAN PINGGANG KITA DAN IA AKAN MENGIRA BERAPA LANGKAH KAKI YANG TELAH KITA LAKUKAN PADA SETIAP HARI.
- CUBA UNTUK MELAKUKAN SENAMAN BERJALAN SEKURANG KURANGNYA 3 HINGGA 5 KALI DALAM SEMINGGU. UNUKuntuunt
Teknik-teknik berjalan
dengan betul
No comments:
Post a Comment