Tuesday, December 22, 2015

BUAH DAN SAYURAN : 5 HIDANGAN SUDAH MEMADAI

Pakar pemakanan British pada April lepas menyatakan tujuh hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kunci kepada kesihatan, bukan lima hidangan seperti yang digariskan dalam garis panduan pemakanan.

Namun terdapat kenyataan baru dalam arena pemakanan sihat yang menyatakan cadangan lima hidangan yang terkenal itu, yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), adalah memadai.
Penyelidik di China dan Amerika meneliti 16 terbitan kajian mengenai diet dan kesihatan yang melibatkan lebih 830,000 orang peserta, yang dipantau untuk tempoh antara empat setengah hingga 26 tahun.
Saintis mendapati bahawa setiap tambahan hidangan harian buah-buah dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kematian awal berpunca daripada pelbagai punca sebanyak 5%.
Menurut penyelidik lagi, di sepanjang tempoh kajian, seramai 56,000 orang peserta meninggal dunia. Bagi kematian yang berpunca daripada serangan jantung atau strok, setiap hidangan tambahan mengekang risiko sebanyak 4%.
sayuran buahan
Mengikut tinjauan, yang diterbitkan di dalam jurnal online British Medical Journal (MBJ), tiada bukti yang menunjukkan penurunan kadar risiko bagi jumlah hidangan yang melebihi lima.

PASTIKAN JANTUNG TERUS MENGEPAM

Pastikan Jantung Terus Mengepam

Menurut kajian terkini di Amerika, wanita yang kerap bersenam selepas putus haid boleh mengurangkan risiko masalah jantung.
Kajian tersebut menunjukkan berjalan laju, walaupun lebih sepuluh minit sehari, dapat membantu. Masalah jantung yang melibatkan wanita berusia termasuk fibrilasi atrium (AF), jenis lazim denyutan jantung yang tidak teratur, kata Pertubuhan Profesional Internis Jerman, yang memberitahu tentang kajian tersebut.
Fakulti Perubatan Universiti Stamford di California memantau 81,000 orang wanita yang putus haid berumur antara 50 dan 70 tahun. Kajian mendapati bahawa ianya penting bagi wanita berusia untuk aktif, terutamanya bagi yang mempunyai risiko tambahan untuk masalah jantung seperti mempunyai berat badan berlebihan.
Wanita dalam kajian yang berjalan laju selama setengah jam sekurang-kurangnya enam kali seminggu atau mengayuh basikal selama sejam dua kali seminggu adalah 10% kurang kemungkinan untuk mendapat AF berbanding wanita yang tidak aktif.
Wanita yang bersenam lebih sederhana – berjalan laju selama setengah jam dua kali seminggu, sebagai contoh – dapat mengurangkan risiko AF mereka sebanyak 6%

PAKAR BEDAH JANTUNG TERKENAL MENDEDAHKAN PUNCA SEBENAR PENYAKIT JANTUNG

Oleh Dr. Dwight Lundell, M.D. 

Dwight_Lundell
Kami doktor, dengan semua latihan, pengetahuan dan autoriti, sering mempunyai ego yang agak besar, yang membuat ia sukar untuk mengakui kami silap. Jadi, inilah dia. Saya secara sukarela mengakui yang saya salah. Sebagai seorang pakar bedah jantung dengan 25 tahun pengalaman dan telah melakukan lebih 5,000 pembedahan jantung terbuka, hari ini adalah hari untuk saya membetulkan kesilapan fakta perubatan dan saintifik.

Saya dilatih selama bertahun-tahun bersama-sama doktor-doktor terkenal yang lain, yang dilabel sebagai “pembuat pendapat.” Dihujani dengan berbagai karya saintifik, sentiasa menghadiri seminar, kami pembuat pendapat menegaskan bahawa penyakit jantung berpunca daripada fakta mudah, ia itu tahap kolesterol yang tinggi.
Satu-satunya terapi yang diterima adalah memberi ubat untuk menurunkan paras kolesterol dan diet yang menghadkan pengambilan lemak. Kami menegaskan bahawa diet tersebut akan mengurangkan kolesterol dan penyakit jantung. Penyimpangan daripada cadangan ini dianggap ‘sesat’ dan mungkin boleh dianggap tidak beretika.

ADAKAH ANDA BOLEH HIDUP TANPA PANKREAS?

Pankreas adalah lebih kurang 6 inci panjang dan bentuknya sedikit seperti berudu, ada kepala, badan dan ekor. Ia terletak di dalam abdomen, di belakang perut dan di hadapan tulang belakang. Ia melakukan dua perkara utama iaitu membuat cecair yang mengandungi enzim yang memecahkan nutrien dalam makanan – seperti lemak dan protein – supaya badan anda dapat menggunakannya; ia juga membuatkan hormon seperti insulin untuk mengimbangi tahap gula dalam darah anda.

Enzim adalah protein yang meningkatkan kadar tindak balas kimia dalam badan anda. Tanpanya, proses yang boleh mengambil beberapa saat atau minit akan mengambil masa bertahun-tahun. Enzim dalam pankreas bergabung dengan hempedu, cecair yang dibuat oleh hati, untuk memecahkan makanan.
Adakah anda boleh hidup tanpa pankreas? Jawapannya ya, tetapi hidup tak sama tanpanya kerana pankreas membuat insulin. Anda akan mengidap penyakit kencing manis jika pankreas anda dibuang atau tidak lagi berfungsi. Ini bermakna anda akan bergantung kepada suntikan atau pam insulin. Ianya juga sukar untuk anda mengelolanya kerana pankreas juga mengeluarkan hormon lain yang mengawal gula dalam darah.
Pankreas boleh memusnahkan diri sendiri apabila saluran, atau tiub, di dalam pankreas tersekat, yang membuat enzim membina. Apabila ini berlaku, ia dipanggil pankreatitis akut. Gejala termasuk sakit beransur-ansur atau secara tiba-tiba di perut, yang mungkin tidak teruk pada peringkat awal, tetapi biasanya akan menjadi teruk selepas itu. Rawatan selalunya melibatkan kemasukan ke wad untuk dimasukkan cecair IV, dan berpuasa, agar pankreas dapat berehat.

OMEGA- 3 UNTUK PENINGKATAN MINDA REMAJA

omega-3Satu kajian kecil menunjukkan peningkatan pengambilan omega-3 di kalangan remaja boleh berperanan dalam meningkatkan kuasa minda walaupun ketika mereka berada di puncak pusingan kognitif mereka.
Ketika banyak kajian memperbesarkan bermacam-macam manfaat kesihatan omega-3 daripada fungsi kognitif hingga penglihatan dan kesihatan jantung di kalangan orang dewasa, penyelidik daripada Universiti Pittsburgh mendakwa kajian mereka merupakan yang pertama seumpamanya dilakukan yang memberi fokus kepada kesan asid lemak ke atas remaja.
Dalam kajian tersebut, penyelidik merekrut 13 orang remaja perempuan dan lelaki yang sihat dan berumur antara 18 hingga 25 tahun, yang diminta supaya meningkatkan pengambilan suplemen omega-3 untuk tempoh selama 6 bulan.
“Telah banyak kajian terdahulu dilakukan ke atas orang tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan, meninggalkan kelompok yang unik ini tanpa ditangani,” kata ketua penyelidik, Matthew Muldoon, dalam satu kenyataan.
“Bagaimana dengan tempoh di mana kita berfungsi secara optimum? Bolehkah kita membantu otak mencapai potensi penuhnya dengan mengadaptasi tingkah laku sihat kita di dalam kehidupan remaja kita? Kami mendapati kita sememangnya boleh.”
Sebelum kajian dijalankan, sampel darah dianalisis untuk ukuran asas, dan peserta kajian juga menjalani ujian daya ingatan yang menghendaki mereka mengingatkan satu siri nombor dan abjad.
Selepas enam bulan mengambil suplemen omega-3, peserta menjalani ujian sekali lagi. Menurut penyelidik, hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi di antara peningkatan fungsi kognitif dengan peningkatan pengambilan omega-3.
Sumber makanan yang mengandungi omega-3 adalah termasuk ikan berlemak seperti salmon, sardin dan makerel, kacang soya, minyak flaxseed dan kacang walnut

Friday, December 11, 2015

ASAL USUL KANSER DI RAHIM !!!



Sharing untuk para wanita (Jika lelaki yang membaca tolong di foward kepada kenalan wanita di sekitar anda)

1. Jangan Minum air ais, air bergas dan air kelapa ketika Haid

2. Jangan mencuci rambut kerana liang kepala sedang terbuka pada saat haid kerana boleh menyebabkan sakit kepala ( kena angin kepala ), ini sangat berbahaya dan kesan ini boleh di rasakan saat muda dan masa tua

3. Jangan makan mentimun semasa sedang haid kerana getah yang ada pada mentimun boleh menyebabkan haid tersisa di dinding rahim.

4. Selain itu semasa sedang haid, Tubuh tidak boleh terhantuk , terjatuh dan terpukul oleh benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah , rahim boleh terluka ”

Penyelidikan membuktikan , minum ais semasa haid boleh menyebabkan darah haid tersisa / terlekat di dinding rahim , selepas 5-10 thn boleh menyebabkan “kanser rahim.

“KETUMBUHAN & KANSER RAHIM”.

Tolong sebarkan info ini kepada semua wanita baik ibu, isteri, anak2 kita, mahupun teman wanita, sebagai keperihatinan kita terhadap semua yang bergelar wanita.

Monday, December 7, 2015

INGATAN BERSAMA

Foto Jaylan Putu Joyo.

SUNNAH NABI ITU MEMANG TERBAIK.

1. Buang air besar duduk, beresiko tinggi terkena buasir. Mencangkung lebih bersih dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

2. Kencing berdiri beresiko prostat dan batu ginjal. Kencing mencangkung lebih bersih dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

3. Enzim di tangan membantu makanan lebih mudah dicerna. Dibanding dengan besi, kayu, atau plastik, makan dengan tangan lebih bersih, fitrah dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

4. Makan dan minum berdiri dpt mengganggu perncernaan. Dengan duduk lebih santun dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

5. Makan di kursi, masih kurang menyehatkan. Dengan duduk di lantai, tubuh akan membagi perut menjadi 3 ruang: udara, makanan dan air, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

6. Makan buah setelah makan (cuci mulut) kurang bagus bagi lambung, karena ada reaksi asam. Yang sehat adalah makan buah sebelum makan, membantu melicinkan saluran pencernaan dan membuatnya lebih siap, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

7. Tidur meniarap tidak bagus untuk kesehatan, bahkan itu tidurnya syetan. Tidur menghadap kanan lebih menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

8. Banyak Rahasia Sunnah yg telah diteliti para pakar, dari segi hikmah, manfaat, dan kesehatan. Benarlah yg dikatakan: di balik sunnah ada kejayaan. Bagi kita, jika misalnya belum tahu manfaatnya, terus saja semangat mengikuti adab dan tuntunan Rasul. Manfaat itu efek samping, motivasi utamanya adalah mengikuti adab dan tuntunan Rasul.

9. Seorang doktor Eropah berkata: jika semua manusia mengamalkan 3 sunnah saja (sunnah makan, sunnah di Kamar Mandi, dan sunnah tidur), maka harusnya saya berhenti jadi dokter karena tidak ada pasien..

Subhanallah.

Cintailah sunnah Nabi, tidak hanya adab2 sehari tapi seluruh apa yang telah Rasullah tetapkan dalam Dien Islam...