Pastikan Jantung Terus Mengepam
Menurut kajian terkini di Amerika, wanita yang kerap bersenam selepas putus haid boleh mengurangkan risiko masalah jantung.
Kajian tersebut menunjukkan berjalan laju, walaupun lebih sepuluh minit sehari, dapat membantu. Masalah jantung yang melibatkan wanita berusia termasuk fibrilasi atrium (AF), jenis lazim denyutan jantung yang tidak teratur, kata Pertubuhan Profesional Internis Jerman, yang memberitahu tentang kajian tersebut.
Fakulti Perubatan Universiti Stamford di California memantau 81,000 orang wanita yang putus haid berumur antara 50 dan 70 tahun. Kajian mendapati bahawa ianya penting bagi wanita berusia untuk aktif, terutamanya bagi yang mempunyai risiko tambahan untuk masalah jantung seperti mempunyai berat badan berlebihan.
Wanita dalam kajian yang berjalan laju selama setengah jam sekurang-kurangnya enam kali seminggu atau mengayuh basikal selama sejam dua kali seminggu adalah 10% kurang kemungkinan untuk mendapat AF berbanding wanita yang tidak aktif.
Wanita yang bersenam lebih sederhana – berjalan laju selama setengah jam dua kali seminggu, sebagai contoh – dapat mengurangkan risiko AF mereka sebanyak 6%
No comments:
Post a Comment