Halia antara herba yang sangat bermanfaat untuk kecantikan dalaman dan luaran. Halia boleh digunakan untuk merawat masalah kulit dan juga membersihkan dalaman. Kalau pembaca semua ingin tahu halia juga membantu untuk menurunkan berat badan secara semulajadi.
Amalkan petua ini sekali sehari bagi membuang kulit mati dan jadikan bibir kemerahan bak delima.
Saya bongkarkan 7 khasiat halia untuk kurus dan cantik..
HALIA
1. Merahkan Bibir - Kupas halia muda , kemudian tumbuk separuh hancur. Sapu halia yang di tumbuk ini pada bahagian bibir tetapi dilarang menggosok kuat sangat takut bibir akan berdarah.Amalkan petua ini sekali sehari bagi membuang kulit mati dan jadikan bibir kemerahan bak delima.
2. Buang Angin & Toksin - Khasiat halia seterusnya adalah bagi membuang angin & toksin di dalam badan. Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh (kalau teh hijau lagi bagus), saya tak masukkan gula nak jaga kesihatan dik, tanpa gula pun elok aje rasanya. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar.
3. Langsingkan Badan - Ini pasti ramai yang suka kan, sebut sahaja nak langsingkan atau cara untuk kuruskan badan jadi isu hangat. Halia boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas , madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong dijamin akan merasai perbezaan.
4. Menghilangkan Bau Badan - Ramai wanita yang alami masalah ini . Badan dah lawa , muka dan cantik tapi badan berbau, Untuk atasi masalah ini boleh gunakan cara ini, amalkan minum halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur. Juga selalu gunakan halia dalam masakan seharian.
5. Menaikkan Seri Wajah - Caranya mudah sahaja, ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas dalam 300ml. Setelah direndam minumlah setiap pagi, ini akan membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas. Ia sekaligus menaikkan seri wajah. Untuk mendapatkan hasil terbaik amalkan sekerap mungkin.
6. Bersihkan Kulit - Nak kulit mulus bersih boleh cuba petua ini. Tumbuk halia, campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Satukan bahan ini, bancuh sehingga pekat dan boleh dijadikan luhur.
No comments:
Post a Comment