Tuesday, April 25, 2017

BAHAYA MINUMAN 3-IN-1 DAN KRIMER BUKAN TENUSU

Masa kerja dulu, wajib ada stok minuman 3-in-1 di dalam laci. Yelah, pagi-pagi dah kelam kabut uruskan hal anak-anak sebelum bertolak ke ofis. Jadi, mana lah sempat nak bancuh air panas dan breakfast di rumah, apatah lagi nak bawa bekal air panas ke tempat kerja.

Jadi, pagi-pagi biasanya minum minuman segera 3-in-1 aje.


Masa kerja dulu, wajib ada stok minuman 3-in-1 di dalam laci. Yelah, pagi-pagi dah kelam kabut uruskan hal anak-anak sebelum bertolak ke ofis. Jadi, mana lah sempat nak bancuh air panas dan breakfast di rumah, apatah lagi nak bawa bekal air panas ke tempat kerja.
Jadi, pagi-pagi biasanya minum minuman segera 3-in-1 aje.

Di pantry ofis pun ada disediakan vending machine percuma. Minuman yang ditawarkan pun sedap-sedap juga macam white coffee, caffe latte, cappucino, dan coklat. Jadi, bila waktu petang, wajib lah minum secawan lagi minuman yang menggunakan krimer bukan tenusu ini.
Malamnya, bila dah penat selesaikan urusan rumah, kadang-kadang bancuh lagi secawan air panas sambil berehat menenangkan badan. Kat rumah pun kadang-kadang guna minuman 3-in-1 juga sebab nak cepat, dan tidak dinafikan, minuman instant nie sedap-sedap belaka.
Haa sedar tak sedar, dalam sehari, lebih kurang 2-3 cawan juga kan kita minum minuman 3 in 1, ataupun yang mengandungi krimer bukan tenusu nie. Ehh, macam sama ke kita? 😛

Bahaya Minuman 3 in 1 

Minuman 3 in 1 boleh mendatangkan bahaya kerana minuman ini sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan dalam setiap hidangan, iaitu lebih dari 3 sudu teh gula.

engikut Pensyarah Program Diatetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, bahaya minuman 3 dalam 1 kepada kita ialah:
  1. Minuman 3 in 1 mengandungi lebih dari 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
  2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit di dalam minuman 3 in 1 tersebut.
  3. Minuman 3 in 1 menggunakan krimer bukan tenusu, yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit, iaitu sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
  4. Minuman 3 in 1 turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi), dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  5. Setiap pek minuman 3 in 1 mengandungi sehingga 200 kalori.
  6. Jumlah 200 kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
  7. Jika di ambil 3 paket minuman 3 in 1 sehari, ia bersamaan 600 kalori, sekaligus menyumbang kepada berat badan berlebihan.
  8. Bagi minuman 3 in 1 yang dikatakan membantu meningkatkan tenaga, kandungan seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana ianya mahal dan sukar untuk diperolehi.
Apapun, pengambilan minuman 3 in 1, ataupun krimer bukan tenusu bukanlah tak dibolehkan langsung, tetapi perlulah diambil secara bersederhana, demi menjaga kesihatan kita.
Kalau boleh, kita elakkan. Usahakanlah untuk membancuh minuman dengan cara yang betul. Gunalah susu segar, dan elakkan penggunaan krimer bukan tenusu.
Tambahan lagi, kalau kita sedang berdiet. berat badan tidak turun  walaupun dah jaga makan dengan penuh disiplin. Gula putih perosak diet nombor 1 dalam berdiet!!!

No comments: