Petua amalan turun temurun. Ingatlah ! Jangan di perlekehkan petua orang tua-tua kita zaman dahulu. Sebelum ada nya segala macam ilmu moden, Petua lah yang di gunakan. Kenapa Petua? Kerana Petua itu lebih tua usianya dari ilmu.
Berikut ada 34 petua yang mungkin berguna buat kita semua, terutama disaat terdesak. Apa salahnya jika kita mencuba.
(1) PETUA TERCEKIK TULANG
Anda menghadapi situasi cemas tercekik tulang?
Jangan panik… cubalah salah satu petua di bawah:
- Kepal-kepalkan nasi dan terus telan.
- Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akan terkeluar.
- Celupkan jari telunjuk dengan minyak masak, sapukan pada dubur. Rasa tercekik tulang akan beransur-ansur reda.
Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital.
(2) PETUA SEGARKAN MUKA
Masukkan sedikit madu, minyak zaitun, sebiji putih telur, perahkan sebiji limau nipis, bunga melur dan buah badam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Sapukan pada muka seperti memakai mask dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu.
(3) PETUA SAKIT GIGI
Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:
- Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
- Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
- Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
- Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.
- Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
- Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
- Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.