Saturday, September 16, 2017

ASAM GELUGOR MENGURANGKAN BERAT BADAN

Asam keping (asam gelugor) mengurangkan berat badan dan mengurangkan selera makan. 

Makanan melayu dan nusantara yang biasa kita makan yang bisa kita makan setiap kaya dengan ulam dan rempah ratus. Ia merupakan herba yang banyak khasiatnya, malangnya tidak diketahui oleh orang pada masa ini.

Untuk menambah rasa masam secara segar, orang kita menggunakan rempah-ratus  seperti asam jawa, asam suntam, asama gelugur (asam keping atau garcinia atroviridis atau garcinia cambogia), asam kandis dan asam kranji.

Setiap kawasan di Nusantara ini mungkin menggunakan nama yang berbeza untuk Garcinia Atroviridis. Sebagai contoh orang Indonesia si Sumatra menyebutnya sebagai asam gelugur, manakala rakyat Malaysia memanggilnya dengan Asam Keping.

Buah ini dikatakan sebagai sebahagian dari keluarga manggis tetapi ia mempunyai persamaan dengan limau. Asam keping sendiri bukan masam tetapi ia kaya dengan vitamin C.


 Pada zaman dulu ia bukan sahaja digunakan sebagai rempah tetapi ia juga digunakan sebagai rawatan untuk pelbagai penyakit. Sebagai contoh, buah ini berguna untuk mengurangkan berat badan, merawat penyakit malaria, mengurangkan selera makan, membantu memecah lemak, masaalah kitaran haid, mengecutkan saiz rahim selepas melahirkan anak dan banyak lagi kegunaannya.

Dalam kajian oleh penyelidik oleh Forest Research Institut of Malaysia (FRIM), asam keping atau asam gelugor mempunyai asid hidroksiktrik (HCA). Ia melambatkan glukosa ditukar kepada lemak dalam sel-sel lemak. Ia juga boleh mengawal pengeluaran serotonin di otak, yang berfungsi meningkatkan selera makan. 

Bagi yang terlalu berselera dan berasa cepat lapar boleh lah mengambil ektrak asam gelugor yang ada di jual di pasaran sekarang ini.

No comments: