Thursday, December 28, 2017

PEMAKANAN UNTUK PESAKIT GOUT

Pengenalan
  • Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
  • Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
  • Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.
Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout
Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :
  • Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
  • Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
  • Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.


Jadual di bawah menunjukkan sumber purin dalam makanan.

KUMPULAN MAKANAN
TINGGI PURIN (150-825mg purin/ 100g makanan)
SEDERHANA PURIN (50-150mg purin/ 100g makanan
RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)

Makanan perlu dielakMakanan diambil secara sederhanaMakanan yang diambil mengikut keperluan normal
Bijirin dan Produk Bijirin
Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehariRoti, nasi, bihun, kueteow, biskut
Buah-buahan
Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehariSemua jenis buah dan jus buah
Sayur-sayuran
Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehariKebanyakan sayuran
Makanan BerproteinIkan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan parang, ikan kembungIkan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas) *Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet MalaysiaSusu dan produk tenusu, telur dan keju
Lemak dan Minyak

Semua jenis (ambil secara sederhana)
SupEkstrak dagingSup dagingSup sayur
Lain-lainYis, minuman beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu)
Minum 6-8 gelas sehari. ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastard.

No comments: