Pernahkah anda dapati segumpal rambut
melekat pada sikat selepas rambut disisir? Atau apabila mengurai rambut
dengan tangan, banyak yang melekat di celah-celah jari anda dan didapati
rambut lebih mudah gugur selepas dicuci?
Jika
ya, anda tidak bersendirian. Ramai wanita yang mengalami masalah kurang
menyenangkan ini, apatah lagi apabila membayangkan kemungkinan rambut
menjadi semakin nipis atau risiko botak.
Terdapat
pelbagai faktor menyebabkan rambut gugur. Kebiasaannya ia normal bagi
ibu yang baru melahirkan anak disebabkan perubahan hormon yang berlaku
ke atas badan mereka dan memerlukan masa enam bulan ke setahun untuk
memulihkannya.
Sebab
itu sekiranya anda berkunjung ke salun untuk mendapatkan rawatan
rambut, juruterapi akan bertanya terlebih dulu mengenai sejarah atau
aktiviti anda dalam tempoh enam bulan sebelum itu.
Ini
diakui pendandan rambut dari Jazeerat El Rahah Syameera Mat Sapeine,
yang akan mendapatkan maklumat lanjut daripada pelanggan mengenai
perubahan badan yang berlaku sebelum mencari penyelesaian sesuai.
“Masalah
rambut gugur paling sinonim dengan ibu bersalin. Untuk itu, si ibu
harus menjaga pemakanan dan mendapatkan rawatan bagi memastikan rambut
tidak lagi gugur selepas enam atau 10 bulan. Selepas bersalin biasanya
badan mudah berpeluh dan rambut menjadi kering. Sekiranya tidak dikawal
ia akan memudaratkan keadaan. Ini kerana rambut yang kering akan
menyebabkan gugur dengan lebih banyak,” katanya.
Selain itu penggunaan bahan kimia berlebihan seperti syampu yang tidak sesuai, kerap mewarnakan rambut dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, akar rambut tidak lagi kuat dan mengundang kepada masalah rambut patah atau keguguran.
Selain itu penggunaan bahan kimia berlebihan seperti syampu yang tidak sesuai, kerap mewarnakan rambut dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, akar rambut tidak lagi kuat dan mengundang kepada masalah rambut patah atau keguguran.
“Ramai tidak tahu
pemilihan syampu yang betul dengan jenis kulit kepala adalah sangat
penting. Ini kerana setiap orang memerlukan syampu berbeza bergantung
kepada masalah mereka. Bagi yang menghadapi masalah kelemumur
dinasihatkan menggunakan syampu khas untuk kelemumur begitu juga dengan
rambut kering dan rosak,” katanya yang menggalakkan wanita memakai
perapi selepas bersyampu kerana ia membantu memberi kelembapan kepada
rambut. Pastikan perapi dikenakan hanya pada rambut dan bukannya pada
kulit kepala.
Sebaiknya elakkan mencuci
rambut setiap hari terutama bagi wanita bertudung. Jika masih ingin
mencuci rambut sebaiknya keringkan rambut sebelum memakai tudung.
Menutup rambut yang masih lembap akan menyebabkan rambut mengalami
masalah kering, berkelemumur, berbuah dan berminyak. Untuk mengelak
masalah ini cuci rambut pada waktu petang supaya anda ada lebih banyak
masa mengeringkannya.
Syameera yang
berpengalaman berhadapan masalah rambut menjelaskan, wanita seharusnya
mengunjungi salun pada setiap bulan bagi mendapatkan rawatan rambut.
Namun ramai tidak mempedulikan mahkota wanita ini kerana beranggapan
penjagaannya tidak sepenting wajah atau badan.
“Sebenarnya
ini tanggapan yang salah. Pernah dengar pepatah rambut mahkota wanita.
Walaupun wanita bertudung dan rambut tidak kelihatan, namun mereka harus
memastikan rambut mendapat perhatian sewajarnya sama seperti kulit
wajah. Jika perlu berjumpalah dengan pendandan rambut bagi mengetahui
masalah rambut dan mencari jalan penyelesaiannya,” katanya.
Mengamalkan
gaya hidup tidak sihat seperti merokok, makan makanan segera atau
banyak bahan pengawet turut menjadi punca kepada rambut gugur. Ini
kerana pemakanan yang tidak terkawal boleh menyebabkan hormon menjadi
tidak stabil dan pengaliran darah tidak lancar. Aliran darah yang
bermasalah ini boleh menyebabkan rambut gugur. Sebaiknya makan banyak
sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk menguatkan akar rambut. Minum
banyak air bagi mengelak kekeringan.
Selain
itu, faktor genetik juga mempunyai hubung kait dengan masalah yang
dihadapi. Misalnya jika ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur
apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan
mengalami masalah yang sama.
“Walaupun
faktor genetik tidak mungkin dapat dielak, namun anda masih boleh
mengubahnya dengan mengamalkan amalan hidup sihat dan menjaga rambut
sebaiknya,” katanya yang ingin mengikis tanggapan wanita mengunjungi
salun hanya untuk memotong rambut saja. Penyebab terakhir adalah tabiat
wanita yang gemar menarik rambut ketika mengikat rambut boleh memberi
kesan yang tidak baik pada akar rambut. Akar menjadi lemah dan senang
tercabut. Akibatnya, rambut anda mudah gugur.
Selain menjalani rawatan di salun ada petua tradisional yang boleh diamalkan bagi mengelak rambut gugur. Antaranya:
1. Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata pada kulit kepala. Amalkan selama dua minggu.
2.
Santan baik untuk menyuburkan rambut. Lumurkan santan pada rambut dan
kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Balut rambut dengan tuala
selama 30 minit. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh
dengan air suam. Amalkan selama dua bulan.
3.
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh bersih dan
kisar hingga hancur. Lumur ramuan ini pada rambut (pastikan kena kulit
kepala) selama satu jam. Lakukan dua kali seminggu. Anda akan memperoleh
rambut lebat, hitam dan berkilat.
4.
Setiap kali makan tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit
tembikai dan gosok ke kulit kepala anda. Biarkan kelembapan dari kulit
tembikai meresap ke kulit kepala dan biarkan selama 20 hingga 30 minit.
Selepas itu barulah bilas rambut anda. Amalkan petua ini seminggu
sekali.
No comments:
Post a Comment