Saturday, September 15, 2018

KHASIAT HALIA



Halia sememangnya tidak asing dalam kehidupan kita kerana ia banyak digunakan di dalam masakan. Halia menjadi ramuan penyedap!
Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit seperti angin dalam badan,sakit  kepala, sistem penghadaman bermasalah, muntah, cirit-birit, asma dan pengaliran darah bermasalah.
Selain itu, ia juga dikatakan mampu merawat mati pucuk, lemah tenaga batin, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan juga darah haid berbau hamis.
Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses penghadaman, melembutkan dinding perut, dan sebagainya. Malah halia juga dapat meningkatkan kekuatan seks dan meningkatkan pengeluaran sperma.