Halia sememangnya tidak asing dalam kehidupan kita kerana ia banyak digunakan di dalam masakan. Halia menjadi ramuan penyedap!
Halia
mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga,
protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak,
vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.
Ia
dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit seperti angin dalam badan,sakit
kepala, sistem penghadaman bermasalah, muntah, cirit-birit, asma dan pengaliran
darah bermasalah.
Selain
itu, ia juga dikatakan mampu merawat mati pucuk, lemah tenaga batin, badan
kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering,
kejang, buang air berlendir dan juga darah haid berbau hamis.
Halia
berupaya memanaskan tubuh, membantu proses penghadaman, melembutkan dinding
perut, dan sebagainya. Malah halia juga dapat meningkatkan kekuatan seks dan
meningkatkan pengeluaran sperma.
Kebaikan
Halia Untuk Kesihatan:
1.
Melancarkan Perjalanan Darah
Halia
mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki
pengaliran darah, sekaligus membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh
berlebihan.
Halia
dapat mengatasi rasa loya yang dikaitkan dengan mabuk seperti mabuk
perjalanan,mabuk laut dan juga ‘morning sickness’. Malah ia juga dapat
mengatasi ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
3.
Mencegah Demam & Selsema
Halia
telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan
selesema di seluruh Asia. Caranya, rendam dua sudu besar halia segar yang telah
dicincang di dalam air panas. Kemudian minum air tersebut dua hingga tiga kali
sehari.
Halia
dapat membantu dalam penghadaman,seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan
mengelakkan sakit perut.
5.
Menguatkan Antibodi
Pengambilan
sedikit halia setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan
menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga dapat mengurangkan jangkitan
bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.
Ramai
yang tahu,air rebusan halia yang dicampur dengan lada hitam dapat membuang
angin di dalam usus. Malah air rebusan halia ini sangat sesuai untuk wanita
yang baru bersalin dan mereka yang kerap kali mengalami masalah angin seluruh
badan.
Info
Ekstra!
Resepi
Jus Halia Bersama Limau Nipis / Kasturi
Bahan-Bahan:
- Halia yang dibuang kulit dan dihiris nipis
- 1 sudu besar jus limau kasturi / limau nipis
- Air suam
- 3 sudu kecil gula
Cara
Penyediaan:
Campurkan
hirisan halia bersama limau nipis atau limau kasturi di dalam jug. Masukkan juga
air suam. Gula tadi dikacau sehingga larut di dalam cawan berisi air
panas,kemudian,masukkan gula yang telah larut itu ke dalam jug yang berisi
halia dan limau itu tadi. Kacau sehingga sebati. Tambah ais sekiranya perlu.
1 comment:
`GOOD INFORMATION`
DARRUZ
www.matsleepy.com/blog
Post a Comment