Friday, July 2, 2021

MASALAH PEMBENGKAKAN PROSTAT DI KALANGAN LELAKI

Memang kurang selesa apabila berasakan pundi kencing masih penuh walaupun baru selesai ke tandas untuk membuang air kencing. Lebih memenatkan apabila kerap kali berulang ke tandas untuk membuang air kecil terutama pada waktu malam menyebabkan rasa mengantuk kerana kurang tidur pada keesokan harinya.
.
Ia sedikit sebanyak menyebabkan kualiti dan produktiviti kerja atau rutin harian terganggu kerana berasa terlalu letih serta mengantuk di siang hari yang membuatkan individu itu berasa tertekan.
.
Keadaan begini berlaku mungkin disebabkan masalah benign prostatic hyperplasia (BPH).
.
BPH adalah keadaan pembesaran kelenjar prostat yang boleh mengganggu pengaliran air kencing akibat sekatan uretra. Kelenjar prostat sangat unik kerana ia boleh membesar secara perlahan-lahan apabila lelaki meningkat dewasa.
.
Menjadi kebiasaan kelenjar prostat membengkak apabila lelaki meningkat umur. Keadaan ini dikenali sebagai pembengkakan prostat yang bukan kanser.
.
Hingga ke hari ini, sebab berlaku pembengkakan prostat masih tidak diketahui dan difahami sepenuhnya, tetapi ia biasanya berlaku kepada lelaki yang berumur 60 tahun ke atas.
.
Pembesaran saiz prostat boleh mula berlaku secara perlahan-lahan apabila lelaki itu memasuki usia 40 tahun disebabkan hipersensitiviti kepada testosteron. Sepanjang hidup, lelaki menghasilkan hormon testosteron dan dipercayai hormon dihydrotes-tosterone (DHT), satu bahan yang berasal daripada testosteron di dalam kelenjar prostat yang menyebabkan ia membengkak.
.
Selaras dengan peningkatan usia, lelaki terus mengeluarkan dan mengumpul paras DHT yang tinggi dalam prostat. Pengumpulan DHT ini menggalakkan pertumbuhan sel prostat dan menyebabkan pembengkakan prostat.
.
Prostat adalah satu kelenjar yang menjadi sebahagian kepada sistem reproduktif lelaki. Kelenjar ini terdiri daripada dua lobar (lobes) yang diselaputi satu lapisan tisu luar.
.
Ia terletak di hadapan rek­tum dan di bawah pundi kencing yang menyimpan urin. Prostat juga mengelilingi uretra, satu saluran urin dialirkan keluar dari badan.
.
Apabila pembesaran saiz prostat berlaku, ia memberi tekanan kepada pundi kencing dan uretra hingga mencetuskan gejala membabitkan pembuangan air kencing.
.
Simptom pembengkakan prostat berpunca daripada penyumbatan saluran kencing dan kehilangan fungsi pundi kencing secara beransur. Ini akhirnya menyebabkan pundi kencing tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.
.
Ujarnya, gejala pembengkakan prostat adalah pelbagai. Saiz kelenjar prostat tidak semestinya menunjukkan masalah penyumbatan atau gejala yang teruk, tetapi kebanyakannya membabitkan perubahan dalam pembuangan air kencing.
.
Antara masalah yang biasa dihadapi :
1. Aliran yang tidak lancar, tersekat-sekat dan perlahan.
2. Tidak tertahan hendak kencing dan meleleh atau menitis.
3. Kencing kerap terutama waktu malam.
.
Walaupun ia masalah biasa dialami lelaki ketika berusia 60 tahun ke atas (setiap individu berlainan), namun 60 peratus daripadanya yang mengalami pembengkakan prostat boleh menyebabkan komplikasi yang membimbangkan jika tidak mendapat rawatan dengan segera selepas mengalami gejala ringan seperti yang dinyatakan di atas.
.
Seseorang yang ada pembengkakan prostat mungkin tidak mempunyai simptom sehingga dia mendapat retensi urin akut. Retensi urin akut adalah keadaan urin langsung tidak boleh mengalir keluar yang berpotensi meningkatkan risiko kerosakan kepada buah pinggang.
.
Retensi urin dan tekanan pada pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing, kerosakan pundi kencing atau buah pinggang, batu karang dan inkontinen.
.
Selain itu, lelaki yang mengalami masalah ini juga berpotensi mendapat hematuria yang menyebab­kan air kencing berdarah. Walaupun ia dibimbangi boleh menyebabkan kanser prostat, hanya kurang daripada lima peratus pesakit mengalaminya.
.
Disebabkan itu, apabila lelaki mengalami gejala yang dinyatakan tadi, segera dapatkan pemeriksaan doktor bagi mengelakkan komplikasi yang lebih buruk.
.
Jika pundi kencing sudah rosak, rawatan pembengkakan prostat mungkin tidak berkesan. Justeru, penting untuk kita memberitahu doktor mengenai masalah pembuangan air kecil yang dialami untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Thursday, July 1, 2021

TANDA KEKURANGAN NUTRISI DI KALANGAN WARGAMAS

 
Kekurangan nutrisi (nutritional deficiency) adalah masalah yang sering berlaku di kalangan wargamas yang berusia 60 tahun ke atas.
Ini disebabkan mereka tidak lagi berselera untuk makan dan ada kalanya hanya memilih makanan tertentu saja bagi menepati selera mereka.
Oleh itu tubuh mereka mungkin tidak mendapat sejumlah nutrisi yang diperlukan setiap hari.
Kekurangan nutrisi akan menyebabkan kesihatan mereka bertambah teruk. Apa yang lebih menyedihkan mereka tidak mempunyai kualiti hidup seperti warga mas yang lain. Wargamas lain walaupun berusia 70an, tetapi masih aktif, ceria dan bersemangat. Wargamas yang tidak mendapat nutrisi yang secukupnya mungkin terlantar atas katil, semput bila berjalan dan kemurungan.
Jika ada tanda-tanda berikut, cuba buat pemeriksaan doktor, atau memujuk mereka membetulkan cara pemakanan. Pastikan mereka mengambil sayur dan buah, ada sedikit protein dan lemak sihat selain dari bijiran seperti beras parboiled atau beras perang. Berikan sedikit suplemen seperti multivitamin bagi menampung kekurangan ini.

1. Rasa murung dan kebimbangan.
Nutrisi yang baik membantu kesihatan minda. Wargamas yang mengalami kekurangan nutrisi akan lebih cepat mengalami masalah mudah lupa, kemurungan, kebimbangan dan ada kalanya tidak dapat membuat keputusan dengan baik. Apa yang membimbangkan mereka akan mudah mendapat penyakit Alzheimer dan dementia. Galakkan mereka mendapat lemak sihat (healthy fat) seperti minyak zaitun, vitamin E dan omega 3.
2. Selera yang semakin berkurangan.
Wargamas yang sering mengalami batuk dan selsema mungkin kekurangan vitamin C dan Zink. Kedua-dua elemen nutrisi ini juga yang menyebabkan kehilangan selera untuk makan.
3. Sukar untuk tidur.
Wargamas memang tidak tidur lama. Kebiasaannya kira-kira enam jam. Namun ada diantara mereka yang mengalami masalah agak sukar untuk tidur. Mereka hanya dapat tidur sejam dua.
4. Penurunan berat badan yang ketara.
Wargamas terutama lelaki akan mengalami masalah pengecutan otot-otot. Ini menyebabkan mereka tidak berdaya untuk melakukan kerja yang pernah mereka lakukan. Pengecutan otot sehingga menyebabkan penurunan berat badan ini dapat dielakkan jika mereka kekal aktif, mendapat cukup vitamin D dan protein.
5. Kulit yang kering dan rambut yang gugur.
Selalunya disebabkan oleh masalah kekurangan lemak sihat dalam pemakanan seperti minyak zaitun atau minyak kelapa. Mereka juga mungkin mengalami vitamin seperti A, D dan E.
6. Tenaga yang rendah
Tenaga yang rendah, bukan saja disebabkan mereka mengalami kekurangan karbohidrat dan lemak dalam pemakanan mereka. Tetapi mungkin juga disebabkan oleh kekurangan zat besi, zink dan vitamin D.
7. Rasa sakit tulang
Kekurangan vitamin D akan menyebabkan rasa sakit pada tulang, otot yang kejang dan tulang yang rapuh. Ini disebabkan mereka tidak lagi aktif di luar rumah untuk terdedah pada cahaya matahari. Kekurangan vitamin D juga akan menyebabkan mereka mengalami sistem daya tahan yang rendah.
Jadi kesimpulan wargamas (mereka yang berumur 60 tahun ke atas) dan mereka yang bakal bersara dalam kerjaya mereka (berumur 50 tahun) haruslah mengambil perhatian terhadap pemakanan yang mereka makan. Pastikan lengkap dengan makronutrien dan mikronutrien (vitamin, mineral dan antioksida). Sentiasa aktif, tidur yang mencukupi dan kerap bersosial. 

Semoga bermanfaat.

Saturday, June 26, 2021

PESAKIT YANG TELAH BUANG PUNDI HEMPEDU BOLEH AMALKAN MINYAK ZAITUN

Assalamualaikum Doc. Saya sudah buang pundi hempedu. Adakah saya sesuai mengambil vco atau olive oil dalam diet sy? Terima kasih.
 
Walaikumusalam. 
 
Tiada masalah untuk puan mengambil kedua-duanya.
Jus hempedu berfungsi untuk memecahkan molekul minyak kepada molekul yang lebih kecil. Selebihnya penyerapan minyak dilakukan oleh enzime lipase.
Tanpa jus hempedu, penyerapan lemak akan berlaku lebih perlahan. Selebihnya lemak akan dikeluarkan bersama najis. Najis kita akan menjadi lebih berminyak.
 
Ramai yang silap faham bila menganggap bila pundi hempedu dibuang, kita tiada lagi jus hempedu. 
 
Jus hempedu akan terus dihasilkan oleh organ hati. Cuma ia tidak disimpan dalam pundi (yang telah dibuang). Ia dikeluarkan terus dari hati bila kita mengambil minyak dalam makanan. Cuma mungkin jumlahnya sedikit, dikeluarkan perlahan-lahan. Tidak seperti jus hempedu yang boleh dikeluarkan dengan banyak dari pundi hempedu.
 
Jadi tiada masalah untuk pesakit yang telah dibuang pundi hempedu untuk mengambil minyak zaitun.
Ini kerana:
1. Penyerapan lemak masih berlaku kerana jus hempedu masih dikeluarkan dari organ hati. Pemecahan molekul lemak berlaku dalam tahap sederhana dan enzime lipase akan menghancurkan molekul lemak selebihnya.
2. Jika berlebihan ambil minyak dalam makanan seperti mengambil sop atau kari bertumis, minyak tidak sempat diserap akibat kekurangan jus hempedu.
 
3. Lemak yang berlebihan akan dikeluarkan dalam najis, menyebabkan najis kita lebih berminyak. Jika terlalu banyak mungkin lita mengalami cirit-birit yang tidak serius.
 
5. Cadangan saya hentikan makanan yang berminyak. Mengambil satu atau dua sudu besar minyak zaitun tidak berbahaya, dan tidak berlebihan. Penyerapan "minyak sihat" akan menampung keperluan lemak dalam tubuh.
 
Semoga bermanfaat.

Friday, June 25, 2021

GATAL PUNCA DARI GEGATA

 

Gegata atau urtikaria adalah keadaan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, menebal merah dan gatal akibat dari alahan, atau faktor lain seperti haba atau senaman. Dalam kebanyakan kes gegata ini akan hilang selepas 24-48 jam dan tidak serius. Anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan, tetapi ubat antihistamin boleh meringankan gejala sehingga ruam hilang.

JENIS URTIKARIA

Urtikaria dapat dikelaskan sebagai akut dan kronik.

1. Urtikaria akut – jika ia terjadi secara tiba-tiba dan berterusan kurang daripada enam minggu. Kebanyakan gegata akan hilang selepas 24-48 jam. Urtikaria akut boleh berulang di sebahagian orang.

2. Urtikaria kronik – jika ia berterusan lebih lama daripada enam minggu. (Kronik bermakna berterusan dan berpanjangan)

APAKAH RUPA RUAM URTIKARIA AKUT?

Gegata boleh melibatkan sebahagian dari kulit atau keseluruhan kulit. Gegata biasanya muncul secara tiba-tiba dan boleh melibatkan mana-mana kawasan kulit. Kawasan kecil yang timbul dipanggil ‘wheal’. ’Wheal’ ini biasanya berukuran 1-2 cm tetapi boleh berbeza dari segi saiz. Bilangannya mungkin hanya beberapa tetapi kadang-kadang banyak.

Kadang-kadang wheal bersebelahan boleh bercantum untuk membentuk saiz yang lebih besar. ‘Wheal’ boleh terdapat dalam pelbagai bentuk tetapi kebanyakan masanya dalam bentuk bulatan. Kemerahan akan beransur-ansur pudar dan kulit kembali menjadit normal. normal. Setelah ruam lama telah hilang, ruam baru boleh timbul.

ADAKAH TERDAPAT SEBARANG TANDA-TANDA YANG LAIN?

Kebanyakan orang dengan urtikaria akut tidak berasa sakit, tetapi kemunculan ruam dan gatal boleh menyusahkan. Dalam keadaan yang dipanggil ‘angioedema’, terdapat kebocoran cecair ke dalam tisu lebih dalam di bawah kulit yang menyebabkan tisu membengkak. ‘Angioedema’ biasanya melibatkanthe eyelids, lips and genitals. kelopak mata, bibir dan muka. Kadang-kadang tekak boleh terjejas dan menjadi bengkak dan menyebabkan kesukaran bernafas. Gejala ‘angioedema’ biasanya berterusan lebih lama daripada ‘wheal’. Ia mungkin mengambil masa sehingga tiga hari untuk kawasan bengkak reda dan hilang.

JANGKITAN KROUP DIKALANGAN KANAK KANAKI

Jangkitan yang kerap dialami oleh kanak-kanak adalah jangkitan saluran pernafasan. Dianggarkan lebih kurang 15% jangkitan saluran pernafasan adalah disebabkan jangkitan kroup (croup). Ia juga dikenali sebagai akut laryngotrakeobronkitis. Seperti digambarkan oleh namanya, ia adalah jangkitan di saluran larink, trakea dan bronkus. (Rajah 1,2)



Walaupun jangkitan ini berlaku di kalangan kanak-kanak berumur enam bulan hingga dua belas tahun, ia lebih kerap menyerang kanak-kanak yang berusia muda terutama sekitar dua tahun.

Insiden tahunan untuk kanak-kanak berumur kurang enam tahun adalah sehingga enam kes setiap seratus kanak-kanak. Ia juga adalah penyebab utama masalah penyempitan saluran pernafasan akut. Nisbah kanak-kanak lelaki kepada perempuan yang dijangkiti adalah 1.5 kepada 1.

Gejala dan Tanda Penyakit

Pada 12-72 jam pertama jangkitan, kanak-kanak akan mengalami demam, selesema dan sedikit batuk. Ini akan diikuti oleh pertukaran suara dan tangisan menjadi serak dan pernafasan akan mula mengeluarkan bunyi menandakan saluran pernafasan mula mengecut.

Tanda-tanda lain adalah seperti kesukaran bernafas atau bernafas dengan laju. Kanak-kanak juga akan menjadi kurang aktif dan pemakanan dan minuman mereka boleh terganggu.

Kes-kes yang lebih serius yang menandakan penyempitan saluran pernafasan yang lebih kritikal akan mengalami lebih kesukaran pernafasan dan warna bibir atau jejari menjadi biru. Ini menandakan berlaku kekurangan oksigen di dalam badan.

Kebiasaannya, pesakit akan pulih dalam tempoh masa seminggu.

TIP TIP UNTUK MENCEGAH DARIPADA JATUH

Pengenalan

Jatuh kerap berlaku di kalangan warga emas. Ia merupakan penyebab utama kecederaan pada warga emas. Jatuh boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian di kalangan warga emas dan menjejaskan kualiti hidup warga emas. Risiko jatuh adalah berkaitan dengan interaksi kompleks antara faktor dalaman, luaran dan situasi dan kebanyakannya boleh dicegah. Oleh itu, intervensi di peringakat kesihatan primer adalah penting dan berkesan untuk mengurangkan risiko jatuh dan mencegah jatuh di kalangan warga emas.

Pencegahan

Intervensi yang meliputi pelbagai faktor risiko seperti intervensi perubatan, persekitaran, rehabilitasi adalah langkah yang terbaik untuk mencegah jatuh pada warga emas. Lakukan perubahan terhadap pelbagai faktor risiko dan intervensi mengikut keperluan individu adalah lebih berkesan untuk mencegah jatuh.

Strategi pencegahan jatuh yang berkesan perlulah menyeluruh. Ia termasuklah:

  • Pencegahan primer – menggalakkan tabiat yang sihat, senaman, pendidikan, pemakanan

  • Pencegahan sekunder – pengesanan awal risiko jatuh dan pengubahsuaian faktor risiko

  • Pencegahan tertiari – merawat dan memberi rehabilitasi kepada warga emas yang pernah jatuh

Tip-tip untuk mencegah jatuh

Intervensi yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan warga emas berfungsi boleh mencegah atau mengurangkan kekerapan gejala jatuh dan mengelakkan kecederaan akibat jatuh.

Tip-tip atau strategi untuk mencegah jatuh di kalangan warga emas termasuklah:

  • Semua warga emas terutamanya dengan sejarah jatuh perlu dinilai untuk mengenal pasti risiko jatuh. Pengubahsuaian dilakukan agar mengurangkan risiko jatuh

  • Intervensi pelbagai faktor risiko, termasuklah:

    • Program senaman – latihan gaya jalan dan latihan keseimbangan

    • Penggunaan alat bantuan

    • Modifikasi persekitaran yang meningkatkan risiko jatuh

    • Mengesan dan merawat punca jatuh dan modifikasi ubat (jika perlu)

    • Program pendidikan

Program senaman untuk mencegah jatuh

Kelemahan otot dan ketidakstabilan menyumbang kepada kebanyakan kejadian jatuh. Senaman tertentu boleh meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan ketidakstabilan dan seterusnya mengurangkan kejadian jatuh.

Program senaman sepatutnya dipantau oleh jurupulih anggota yang terlatih. Jenis senaman yang boleh meningkatkan kekuatan otot dan mengurangkan ketidakstabilan termasuklah:

  • Latihan kekuatan dan keseimbangan

  • Senaman aktif dan pasif

  • Senaman untuk meningkatkan pergerakan sendi

  • Meningkatkan kekuatan otot seperti pengunaan pemberat.

PUNCA KEMEROSOTAN TULANG, SENDI DAN OTOT SERTA CARA MENCEGAH

 

Menjelang tahun 2040, bilangan warga Malaysia berusia 60 tahun ke atas dijangka akan meningkat sehingga dua kali ganda berbanding anggaran semasa (tahun 2019) iaitu hanya 10.3% daripada jumlah penduduk. Wargatua (individu yang berusia 60 tahun ke atas) berisiko untuk mengalami masalah yang melibat tulang, sendi dan otot.
.
Masyarakat tidak sedar bahawa memiliki sistem muskuloskeletal (iaitu tulang, sendi dan otot) yang sihat dan kuat merupakan faktor penting untuk hidup yang berkualiti pada masa tua. Jika tidak mereka akan mengalami rasa tidak selesa seperti kekakuan yang menjejaskan pergerakan mereka. Oleh itu masyarakat kita terutama yang sudah mencapai umur 40 tahun ke atas supaya menjaga kesihatan muskuloskeletal mereka dari awal lagi bagi melambatkan masalah ini.
.
Jadi apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan muskuloskeletal?
.
Sistem muskuloskeletal tubuh kita terdiri dari tulang kerangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu penghubung lain. Secara ringkasnya sistem muskuloskeletal mencakupi 3 sistem iaitu tulang, sendi dan otot. Menurut International Osteoporosis Foundation, tubuh kita disokong oleh 206 tulang, 230 sendi dan 600 otot. Sistem ini memberikan bentuk dan sokongan pada tubuh. Ia juga memberikan kestabilan dan kekuatan ketika kita bergerak bagi menjalankan aktiviti harian dengan bebas.
.
Untuk mendapatkan kesihatan muskuloskeletal yang baik dua faktor yang penting kita harus lakukan iaitu mendapatkan nutrien yang seimbang dalam pemakanan. Pemakanan kita haruslah mengandungi kalsium yang tinggi, protein, kolagen, vitamin dan minerals.
.
Selain itu kita haruslah melakukan pergerakan fizikal, bersesuaian dengan umur dan fitness kita. Kita boleh melakukan aktiviti aerobik seperti berlari, mengangkat berat atau melakukan senaman regangan seperti Tai-Chi, Yoga atau Senaman Melayu Tua.
.
Masalah dengan masyarakat Malaysia sekarang, mereka tidak mengambil makanan seimbang yang mempunyai cukup nutrisi. Mereka mengambil makanan ringan, makanan segera, makanan berproses dan makanan dan minuman yang bergula dan bergas. Jadi mereka kekurangan mikronutrien sama ada mineral (terutamanya kalsium), vitamin dan antioksida.
.
Pada masa yang sama kita tidak melakukan aktiviti fizikal secukupnya. Menurut Tinjauan Kebangsaan berkaitan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati 25.1% orang dewasa di Malaysia tidak aktif fizikal. Dari bangun tidur, pergi kerja menaiki kereta, sampai tempat kerja duduk selama 8 jam, balik rumah berkereta. Sampai rumah duduk lagi sehingga waktu tidur. Ini yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah sendi (terutamanya sendi lutut), kerapuhan tulang (osteophorosis) dan kelemahan otot (sarcopenia).
.
Bagaimanakah sistem ini merosot mengikut umur dan menjejaskan kehidupan kita?

PUNCA KEMEROSOTAN TULANG, SENDI DAN OTOT SERTA CARA MENCEGAH

Menjelang tahun 2040, bilangan warga Malaysia berusia 60 tahun ke atas dijangka akan meningkat sehingga dua kali ganda berbanding anggaran semasa (tahun 2019) iaitu hanya 10.3% daripada jumlah penduduk. Wargatua (individu yang berusia 60 tahun ke atas) berisiko untuk mengalami masalah yang melibat tulang, sendi dan otot.
.
Masyarakat tidak sedar bahawa memiliki sistem muskuloskeletal (iaitu tulang, sendi dan otot) yang sihat dan kuat merupakan faktor penting untuk hidup yang berkualiti pada masa tua. Jika tidak mereka akan mengalami rasa tidak selesa seperti kekakuan yang menjejaskan pergerakan mereka. Oleh itu masyarakat kita terutama yang sudah mencapai umur 40 tahun ke atas supaya menjaga kesihatan muskuloskeletal mereka dari awal lagi bagi melambatkan masalah ini.
.
Jadi apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan muskuloskeletal?
.
Sistem muskuloskeletal tubuh kita terdiri dari tulang kerangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu penghubung lain. Secara ringkasnya sistem muskuloskeletal mencakupi 3 sistem iaitu tulang, sendi dan otot. Menurut International Osteoporosis Foundation, tubuh kita disokong oleh 206 tulang, 230 sendi dan 600 otot. Sistem ini memberikan bentuk dan sokongan pada tubuh. Ia juga memberikan kestabilan dan kekuatan ketika kita bergerak bagi menjalankan aktiviti harian dengan bebas.

BOLEHKAH MAKANAN YANG SIHAT MENCEGAH KANSER?

 

Ramai yang tentu terfikir jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan kanser dalam tubuh kita. Terutama mereka yang berisiko tinggi seperti mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah ada kanser.

Bagi mereka yang sedang mengalami kanser atau yang telah tamat menjalani rawatan, saya ingin mencadangkan pemakanan yang sesuai untuk mereka.
Sebelum itu, American Cancer Society memberitahu masalah obesiti dan pemilihan makanan adalah salah satu faktor utama mendapat kanser, terutamanya:
1. Kanser Payudara
2. Kanser Kolon dan Rektum
3. Kanser Esofagus dan Kanser Perut
4. Kanser Hati
5. Kanser Ovari dan Kanser Rahim
6. Kanser Pankreas
7. Kanser Thyroid
8. Kanser Darah Multiple Myeloma
Selain obesiti, faktor lain adalah :
1. Tidak aktif secara fizikal
2. Pengambilan alkohol
3. Ketagihan rokok
4. Tidak cukup nutrisi (bukan tidak cukup makan)
Semestinyalah makanan yang kita makan mempengaruhi risiko kita mendapat kanser. Faktor keturunan (genetik) adalah suatu yang tidak boleh dikawal. Siapa yang dapat memilih untuk dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai masalah genetik. Tidak tidak dapat memilih untuk dilahirkan di keluarga mana. Cuma kita mampu memilih dan mengawal pemakanan kita. Kita juga mamlu memilih untuk tidak obese. Dengan itu kita mampu mengawal risiko untuk mendapat kanser.