Sunday, December 21, 2014

KERAP GUNA KOMPUTER RIBA JEJAS PINGGANG



PENGGUNAAN komputer riba yang terlalu kerap boleh menyebabkan individu mengalami sakit pada bahagian punggung dan pinggang yang kronik



PENGGUNAAN komputer riba dalam aktiviti harian sudah tidak asing lagi bagi masyarakat masa kini.

Bukan sekadar orang dewasa, malah golongan remaja dan kanak-kanak juga didapati menggunakan alat tersebut secara meluas.

Selain digunakan di dalam bidang pekerjaan dan pembelajaran, komputer riba juga kadangkala digunakan untuk menonton filem, mendengar lagu serta melayari internet.

Bagaimanapun, Pakar Penyelidik di Persatuan Chiropractic Britain, Tim Hutchful mendapati, penggunaan komputer riba yang terlalu kerap boleh menyebabkan individu mengalami sakit kronik pada bahagian punggung dan pinggang.

Ini kerana, ketika menggunakan komputer riba, individu sering mengabaikan posisi tubuh mereka.
“Teknologi telah menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan harian manusia.

“Rata-rata masyarakat masa kini menghabiskan 80 peratus daripada waktu mereka di hadapan komputer riba dan ia ternyata memberi kesan negatif pada kesihatan tubuh,” jelasnya.

Tambah Hutchful, hasil penelitian yang dilakukan mendapati, 48 peratus daripada individu yang kerap menggunakan komputer riba mengalami sakit punggung dan leher selain sukar untuk tidur pada waktu malam.

Bukan sekadar komputer riba, kesan itu turut terjadi pada penggunaan tablet dan telefon pintar.

“Cahaya dari komputer riba akan merangsang otak untuk selalu terjaga sehingga membuatkan individu tidak mampu mendapatkan rehat yang secukupnya.

DIABETES SEBABKAN MATI MENGEJUT


BERAT badan berlebihan menjadi punca utama masalah diabetes di Malaysia.

KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang.

Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009.

Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.

Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes.

Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin.

Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.

GOLONGAN MUDA BERISIKO HIDAP PENYAKIT JANTUNG

Putrajaya: Golongan yang berusia seawal 26 tahun kini turut berisiko menghidap penyakit kardiovaskular, yang menjadi penyebab utama kematian di hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata risiko menghidap penyakit membabitkan fungsi sistem jantung dan pembuluh darah itu berpunca daripada gaya hidup tidak sihat, diet tinggi lemak, merokok dan kurang bersenam.

Putrajaya: Golongan yang berusia seawal 26 tahun kini turut berisiko menghidap penyakit kardiovaskular, yang menjadi penyebab utama kematian di hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata risiko menghidap penyakit membabitkan fungsi sistem jantung dan pembuluh darah itu berpunca daripada gaya hidup tidak sihat, diet tinggi lemak, merokok dan kurang bersenam. 

"Sebanyak 25 peratus daripada punca kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit kardiovaskular yang membabitkan mereka berusia antara 40 dan 60 tahun dan kini populasinya membabitkan usia yang semakin muda iaitu seawal 26 tahun. 

Kenal pasti risiko

Semua pihak harus proaktif mengenal pasti faktor risiko penyakit berkenaan kerana peningkatan taraf hidup dan kemajuan turut merangsang ke arah peningkatan bilangan pesakit kardiovaskular.
Penyakit ini berhubung kait dengan...        

Monday, December 1, 2014

KERJA KEJAR POPULARITI...PUJIAN HANYA SIA-SIA


Cici-ciri Mukmin yang bertakwa mesti ikhlas meningkatkan amal ibadah: Ikuti kupasan mengenainya bersama Ustaz Sharizan Daud at-Turabi
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Bayyinah, ayat 7-8 bermaksud "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.
Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda terhadap mereka dan mereka juga reda kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya".
Sesungguhnya seseorang yang digelar sebagai Mukmin adalah orang yang benar-benar memahami tuntutan sebagai insan kamil yang berperanan sebagai khalifah Allah dengan iman dan takwa yang tinggi kepada Allah SWT. Orang Islam yang disebut sebagai Mukmin itu bukan sekadar menganut agama Islam, tetapi Mukmin dalam erti kata mengamalkan suruhan Allah SWT sehingga menjadikannya penghuni syurga Allah yang tertinggi.
Menerusi rancangan Tarbiah bersama Ustaz Sharizan Daud at-Turabi yang bersiaran setiap Jumaat 10.00 pagi di radio IKIMfm, beliau menjelaskan melalui ayat suci al-Quran, "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan, mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta)." (Surah al-Mukminun, ayat 1-5).

IKAN MASIN CETUS KANSER NASOFARINKS


KANDUNGAN zat nitrosamin yang terdapat dalam makanan seperti ikan, telur dan sayur masin mampu mengaktifkan virus Ebstein Barr sehingga menimbulkan masalah pada bahagian nasofarinks.
____________________________________________________________________________________________________________________________________-
Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti ikan, telur atau sayur masin secara terus-menerus dalam jumlah yang banyak dan dalam jangka masa panjang boleh memberi risiko berlakunya kanser nasofarinks atau nasopharyngeal carcinoma.
Ini disebabkan kandungan zat nitrosamin yang terdapat dalam makanan tersebut mampu mengaktifkan virus Ebstein Barr sehingga menimbulkan masalah pada bahagian nasofarinks.
Nasofarinks merupakan kawasan yang terletak pada bahagian belakang rongga hidung. Gejala berdengkur, sakit tekak, jangkitan pada telinga atau kurang pendengaran yang berlaku pada salah satu bahagian telinga merupakan masalah yang sering terjadi di bahagian nasofarinks.
Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Irfan Mohamad, kanser nasofarinks merupakan antara kanser tertinggi dicatatkan di negara-negara Asia termasuk Malaysia.
“Dilaporkan seorang dalam 100,000 orang penduduk di seluruh dunia menghidap ketumbuhan tersembunyi ini. Penyakit ini lebih banyak berlaku di negara China dan negara-negara sekitarnya yang mempunyai peratusan penduduk berbangsa Cina yang tinggi.