PENGGUNAAN komputer riba dalam aktiviti harian sudah tidak asing lagi bagi masyarakat masa kini.
Bukan sekadar orang dewasa, malah golongan remaja dan kanak-kanak juga didapati menggunakan alat tersebut secara meluas.
Selain digunakan di dalam bidang pekerjaan dan pembelajaran, komputer
riba juga kadangkala digunakan untuk menonton filem, mendengar lagu
serta melayari internet.
Bagaimanapun, Pakar Penyelidik di Persatuan Chiropractic Britain, Tim
Hutchful mendapati, penggunaan komputer riba yang terlalu kerap boleh
menyebabkan individu mengalami sakit kronik pada bahagian punggung dan
pinggang.
Ini kerana, ketika menggunakan komputer riba, individu sering mengabaikan posisi tubuh mereka.
“Teknologi telah menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan harian manusia.
“Rata-rata masyarakat masa kini menghabiskan 80 peratus daripada
waktu mereka di hadapan komputer riba dan ia ternyata memberi kesan
negatif pada kesihatan tubuh,” jelasnya.
Tambah Hutchful, hasil penelitian yang dilakukan mendapati, 48
peratus daripada individu yang kerap menggunakan komputer riba mengalami
sakit punggung dan leher selain sukar untuk tidur pada waktu malam.
Bukan sekadar komputer riba, kesan itu turut terjadi pada penggunaan tablet dan telefon pintar.
“Cahaya dari komputer riba akan merangsang otak untuk selalu terjaga
sehingga membuatkan individu tidak mampu mendapatkan rehat yang
secukupnya.
No comments:
Post a Comment