Bagi anda yang menginginkan bentuk tubuh yang diidamkan, anda pasti
membuat keputusan untuk melakukan diet dan salah satu diet yang sering
dilakukan adalah dengan mengira jumlah kalori makanan.
Melalui diet itu, anda akan memastikan jumlah kalori makanan yang diambil tidak berlebihan sehingga menyebabkan kegemukan.
Menurut penyelidikan dari Albert Einstein College of Medicine di New
York, cara diet tersebut tidak tepat dan terdapat banyak faktor yang
perlu diambil kira.
Faktor utama ialah jumlah kalori yang perlu diambil oleh setiap orang
berbeza bergantung kepada usia, jantina dan aktiviti yang dilakukan.
Ketua penyelidik, Dr. Sean Lucan memberitahu, jika jumlah kalori yang
sepatutnya diambil oleh seseorang itu berkurangan, ia boleh memberi
kesan kepada kesihatan dan fungsi tubuh anda.
“Faktor lain ialah pengambilan makanan rendah kalori sedangkan
makanan tersebut belum tentu rendah kalori dan berkemungkinan
mengandungi zat kimia berbahaya.
“Daripada sibuk mengira jumlah kalori makanan yang akan diambil,
sebaik-baiknya pilihlah jenis makanan yang benar-benar sihat. Semua
jenis nutrisi serta lemak dan karbohidrat juga diperlukan oleh tubuh
badan tetapi pengambilannya perlulah di dalam jumlah yang bersesuaian
dan seimbang,” katanya.
No comments:
Post a Comment