Thursday, May 14, 2015

PAKAR BEDAH JANTUNG TERKENAL MENDEDAHKAN PUNCA SEBENAR PENYAKIT JANTUNG

Dwight_LundellKami doktor, dengan semua latihan, pengetahuan dan autoriti, sering mempunyai ego yang agak besar, yang membuat ia sukar untuk mengakui kami silap. Jadi, inilah dia. Saya secara sukarela mengakui yang saya salah. Sebagai seorang pakar bedah jantung dengan 25 tahun pengalaman dan telah melakukan lebih 5,000 pembedahan jantung terbuka, hari ini adalah hari untuk saya membetulkan kesilapan fakta perubatan dan saintifik.

Saya dilatih selama bertahun-tahun bersama-sama doktor-doktor terkenal yang lain, yang dilabel sebagai “pembuat pendapat.” Dihujani dengan berbagai karya saintifik, sentiasa menghadiri seminar, kami pembuat pendapat menegaskan bahawa penyakit jantung berpunca daripada fakta mudah, ia itu tahap kolesterol yang tinggi.

Satu-satunya terapi yang diterima adalah memberi ubat untuk menurunkan paras kolesterol dan diet yang menghadkan pengambilan lemak. Kami menegaskan bahawa diet tersebut akan mengurangkan kolesterol dan penyakit jantung. Penyimpangan daripada cadangan ini dianggap ‘sesat’ dan mungkin boleh dianggap tidak beretika.

Wednesday, May 13, 2015

YANG BIASA @ LUAR BIASA...

1. SOLAT

Yang BIASA Ramai dari kita yang solat. Yang biasa, kita solat apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, solat kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih "better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.


LUAR BIASA

Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk solat. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sejadah. Kalau begitu, sahihlah dia orang luarbiasa .


2. SEDEKAH

BIASA Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya, kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh ALLAH LUARBIASA Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang.


Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau takjub dengan diri sendiri.

Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah, akan turun rahmat serta ampunan ALLAH.
3. BERJAGA MALAM

PERASAN TAK ??

PERASAN TAK?…Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya
PERASAN TAK?…30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen…
PERASAN TAK?…
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung…
PERASAN TAK?…Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan…
PERASAN TAK?…Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang…
PERASAN TAK?…Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah…
PERASAN TAK?…Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar….

Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
..
Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..
Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI : 1. Tua 2. Sakit 3. Kematian. ?.
Ya اللّه , insan yang membaca ini adalah insan yang soleh dan solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang – maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh ., jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.

Tuesday, May 5, 2015

KENTUT MELALUI LUBANG FARAJ SALAH SATU MASAALAH BAGI YANG DAH BERUMAHTANGGA

COPY PASTE DARI FACEBOOK

NAK CAKAP KE TAK NAK?

"Kak,saya susah hati la kak sekarang ni saya selalu je KENTUT ikut FARAJ. Normal ke kak?
Nafsu macam takde je kak"

Bila wanita kentut faraj, maksudnya farajnya longgar. Bila bersama suami dah tak "gadis" dah tak der nafsu

Masa baru kawin macam lubang kunci. Lepas bersalin macam lubang jamban. Longgar dan berair.

Suami jarang suarakan apa dorang rasa tapi diam diam je dorang jeling jeling pandang pandang jugak yg lain. Risau kan?

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya urat faraj dah tak sihat macam dulu. So mulalah masalah kedinginan. Suami buat apapun, si isteri macam takde nafsu. Siap sound "cepat2lah sikit habisnya bang. Saya dah tak larat dah ni"

Dah nama kentut...mesti berkait rapat dengan ANGIN. Dari mana datangnya angin? Kenapa keluar ikut faraj dan bukannya dubur?

Kerana....

Friday, May 1, 2015

SENAMAN HARIAN TURUNKAN RISIKO KANSER PAYUDARA

perempuan-bersenam Wanita yang melakukan senaman dengan bersungguh-sungguh selama 30 hingga 60 minit setiap hari mempunyai kurang kemungkinan untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang tidak aktif secara fizikal.

Bantuan Kanser Jerman, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Bonn menyatakan kajian telah menunjukkan bahawa senaman yang kerap dan bersungguh-sungguh sangat berfaedah. Dinyatakan juga bahawa mereka yang bersenam dengan kerap meningkatkan metabolisme mereka dan memperkasakan sistem imun mereka, dengan itu, membantu tubuh mereka memperbaiki diri sendiri. Tambahan pula senaman dapat menghalang keradangan yang dipercayai akan mencetuskan kanser.

Wanita yang aktif secara fizikal juga berkemungkinan tidak mempunyai berat badan berlebihan – ini juga akan membantu menghindari kanser payudara, kata Bantuan Kanser Jerman. Ia menambah mereka yang aktif secara fizikal umumnya mempunyai gaya hidup yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak aktif.

Mereka makan lebih diet seimbang, biasanya tidak merokok, kurang minum minuman beralkohol dan menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah.