Kami
doktor, dengan semua latihan, pengetahuan dan autoriti, sering
mempunyai ego yang agak besar, yang membuat ia sukar untuk mengakui kami
silap. Jadi, inilah dia. Saya secara sukarela mengakui yang saya salah.
Sebagai seorang pakar bedah jantung dengan 25 tahun pengalaman dan
telah melakukan lebih 5,000 pembedahan jantung terbuka, hari ini adalah
hari untuk saya membetulkan kesilapan fakta perubatan dan saintifik.
Saya dilatih selama bertahun-tahun bersama-sama doktor-doktor terkenal yang lain, yang dilabel sebagai “pembuat pendapat.” Dihujani
dengan berbagai karya saintifik, sentiasa menghadiri seminar, kami
pembuat pendapat menegaskan bahawa penyakit jantung berpunca daripada
fakta mudah, ia itu tahap kolesterol yang tinggi.
Satu-satunya terapi yang diterima adalah memberi ubat untuk
menurunkan paras kolesterol dan diet yang menghadkan pengambilan lemak.
Kami menegaskan bahawa diet tersebut akan mengurangkan kolesterol dan
penyakit jantung. Penyimpangan daripada cadangan ini dianggap ‘sesat’
dan mungkin boleh dianggap tidak beretika.
Ini tak boleh jadi!
Saranan-saranan ini tidak lagi dapat dipertahankan secara saintifik
atau moral. Penemuan beberapa tahun yang lalu menunjukkan keradangan
pada dinding saluran darah adalah punca sebenar penyakit jantung, yang
perlahan-lahan membawa kepada anjakan paradigma dalam bagaimana penyakit
jantung dan penyakit kronik yang lain akan dirawat.
Cadangan pemakanan yang telah lama bertapak telah mencipta wabak
obesiti dan kencing manis, yang memberi kesan yang jauh lebih besar
daripada mana-mana wabak dalam sejarah dari segi kadar kematian,
penderitaan manusia dan kesan ekonomi yang buruk.
Walaupun 25% daripada penduduk mengambil ubat statin yang mahal dan
walaupun pada hakikatnya kita telah mengurangkan kandungan lemak dalam
makanan kita, namun lebih ramai rakyat Amerika akan mati pada tahun ini
akibat penyakit jantung berbanding sebelum ini.
Statistik daripada Persatuan Jantung Amerika menunjukkan bahawa 75
juta rakyat Amerika sedang mengalami penyakit jantung, 20 juta menghidap
diabetes dan 57 juta mempunyai pra-diabetes.
Gangguan ini melibatkan
orang muda dan yang lagi muda dalam jumlah yang lebih besar setiap
tahun.
Ringkasnya, tanpa kehadiran keradangan dalam badan, tidak mungkin
kolesterol akan terkumpul di dinding saluran darah dan menyebabkan
penyakit jantung dan strok. Tanpa keradangan, kolesterol akan bergerak
dengan bebas ke seluruh badan seperti yang sepatutnya. Keradanganlah
yang menyebabkan kolesterol terperangkap.
Keradangan tidaklah rumit – ia adalah pertahanan semula jadi badan
anda kepada penceroboh asing seperti bakteria, toksin atau virus.
Kitaran keradangan adalah sempurna dalam bagaimana ia melindungi badan
anda daripada bakteria dan virus tersebut. Walau bagaimanapun, jika kita
dengan kronik mendedahkan badan kepada kecederaan oleh toksin atau
makanan yang tubuh manusia tidak pernah direka untuk memprosesnya,
keadaan yang berlaku dikenali sebagai keradangan kronik. Keradangan
kronik adalah berbahaya sebagaimana berfaedahnya keradangan akut.
Siapakah orang yang berfikiran jauh yang akan mendedahkan dirinya
berulang kali kepada makanan atau bahan-bahan lain yang diketahui boleh
menyebabkan kecederaan kepada badan? Nah, perokok mungkin, tetapi
sekurang-kurangnya mereka membuat pilihan secara sukarela.
Kita yang lain hanya mengikuti pemakanan arus perdana yang disyorkan,
yang rendah lemak dan tinggi lemak politaktepu dan karbohidrat, tidak
tahu yang kita menyebabkan kecederaan berulang kepada saluran darah
kita. Kecederaan berulang ini mewujudkan keradangan kronik yang membawa
kepada penyakit jantung, strok, kencing manis dan obesiti.
Biar saya ulanginya: Kecederaan dan keradangan pada saluran darah
kita adalah disebabkan oleh diet (pemakanan) rendah lemak yang disyorkan
bertahun-tahun oleh perubatan arus perdana.
Apakah penyebab terbesar keradangan kronik? Secara ringkas, ianya
adalah pengambilan berlebihan karbohidrat ringkas yang diproses (gula,
tepung dan semua produk yang dibuat daripadanya) dan penggunaan
berlebihan minyak sayuran omega-6 seperti kacang soya, jagung dan bunga
matahari yang terdapat dalam kebanyakan makanan diproses.
Luangkan sedikit masa untuk bayangkan kulit lembut yang digosok
berulang kali dengan berus keras sehingga ia menjadi kemerahan dan
hampir berdarah. Anda mengulangniya untuk beberapa kali sehari, setiap
hari selama lima tahun. Jika anda boleh tahan dengan gosokan yang
menyakitkan itu, anda akan mendapat pendarahan dan kawasan dijangkiti
yang bengkak, yang menjadi lebih teruk dengan setiap kali kecederaan
berulang. Ini adalah cara yang baik untuk membayangkan proses keradangan
yang boleh berlaku di dalam badan anda sekarang.
Tidak kira di mana proses keradangan berlaku, luaran atau dalaman, ia
adalah sama. Saya telah melihat bahagian dalam beribu-ribu saluran
darah. Saluran yang berpenyakit kelihatan seolah-olah seseorang telah
mengambil berus dan menggosok berulang kali dinding itu. Beberapa kali
sehari, setiap hari, makanan yang kita makan menyebabkan kecederaan
kecil yang menambahkan lagi kecederaan, menyebabkan badan bertindak
balas secara berterusan dan bersesuaian dengan keradangan.
Semasa kita menikmati rol (roti) manis yang menyelerakan, badan kita
bertindak balas dengan cemas seolah-olah penceroboh asing tiba dan
mengisytiharkan perang. Makanan sarat dengan gula dan karbohidrat
ringkas, atau diproses dengan minyak omega-6 untuk memanjangkan jangka
hayat produk, telah menjadi tulang belakang pemakanan Amerika selama
enam dekad. Makanan ini secara perlahan-lahan telah meracun semua orang.
No comments:
Post a Comment