Sunday, May 17, 2015

DIET TANPA KARBOHIDRAT CETUS KEGEMUKAN



PENGAMBILAN karbohidrat kompleks seperti beras perang dapat memenuhi keperluan nutrisi tubuh. – Gambar hiasan
____________________________________________________________________________________________________________________________________

KARBOHIDRAT sering dianggap penyebab kegemukan sehingga pengambilannya terpaksa dikurangkan dalam diet harian.
Bagaimanapun, para penyelidik dari Universiti Edinburgh, Scotland mendapati, pengambilan makanan itu sebenarnya dapat membantu mengurangkan berat badan sekali gus mengelakkan obesiti.
Salah seorang penyelidik, Dr. Helen Bond memberitahu, responden yang mengambil paling banyak karbohidrat kompleks dalam diet harian mereka mempunyai risiko 40 peratus lebih rendah untuk menjadi gemuk berbanding mereka yang menjauhi karbohidrat.
“Responden yang enggan mengambil karbohidrat lebih cepat letih dan mudah berasa lesu. Daya tumpu juga lebih rendah sehingga mengakibatkan prestasi kerja mereka menurun.
“Apabila ini berlaku, mereka cenderung untuk mengambil makanan atau minuman yang manis bagi memberi tenaga ekstra dan hal demikian boleh menyebabkan kegemukan menerusi pengambilan kalori secara berlebihan,” jelasnya.
Helen yang juga jurucakap Persatuan Dietetik British mengesyorkan pengambilan karbohidrat kompleks seperti beras perang, barli, ubi keledek dan roti gandum penuh untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh.
Penyelidikan itu dijalankan ke atas 4,000 orang responden dan diterbitkan dalam Journal of American Association.

No comments: