Monday, March 28, 2016

TIPS MEMASTIKAN BADAN KITA CUKUP PENGAMBILAN 3LITER AIR MASAK SEHARI

Selamat petang semua..mendung-mendung ni minum air kopi cicah biskut kering sedap sangat ni.Tapi dah lama xminum kafein..hehe..badan ni lebih bercinta dengan air masak
Tips bagaimana untuk memastikan anda cukupkan syarat 3 liter air masak sehari
1◆Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
2◆Selepas mandi, sembahyang Subuh dan settle apa yang patut, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
3◆Pastikan anda minum sekuarng-kurangnya 1 liter sebelum lunch dan 1 liter selepas lunch. Mesti boleh nanti, anda ada masa lebih kurang 5 jam untuk habiskan setiap 1 liter.
4◆Kalau bekerja, sediakan tumbler yang size 1 liter tu di atas meja office anda.
5◆Kalau student, sila bawa tumbler ini di dalam beg.
6◆Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml
7◆Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml
Alhamdulillah,dah pun cukup 3 liter. Mudah kan? tu belum campur air masak yang kita minum time makan supplemen tu. Siapa yang rasa susah nak cukupkan 3 liter sehari, boleh cuba tips ni ye..

Tuesday, March 22, 2016

20 TANDA-TANDA AWAL KANSER MENYERANG, KETAHUI SEBELUM TERLAMBAT


Satu ketika dulu, jarang mendengar orang sekeliling menghidap penyakit kanser. namun hari ini, penyakit yang digeruni ini semakin dekat dengan diri kita. Rakan-rakan di sekeliling dan juga ahli keluarga sudah ada yang disahkan menghidap kanser. 

Kerap juga kita mendengar penyakit kanser payudara, kanser rahim, paru-paru dan sebagainya yang baru disedari oleh mereka rupa-rupanya sudah berada di tahap kritikal dan tidak boleh dirawat lagi. Menakutkan tapi inilah yang banyak berlaku.

Memang selalu berlaku penghidap kanser hanya menyedari diri menghidap kanser apabila penyakitnya sudah berada pada tahap akhir. Pengesanan pada tahap kritikal ini amatlah lewat.   

Sakit Biasa Mungkin Kanser
Sebenarnya pada peringkat awal kanser menyerang tubuh, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering memgendahkannya. Kita mengandaikan tanda-tanda itu suma sakit biasa sahaja. 

Saturday, March 19, 2016

DEMAM DENGGI

Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?

Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi? 

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
    • Membuang bekas yang boleh menakung air
    • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
    • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
    • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
    • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
  2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
    • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
    • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
    • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
    • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

YOGURT BANTU KURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI


YOGURT yang dicampur dengan buah-buahan lebih baik untuk tubuh badan dan mengurangkan kadar darah tinggi.


PENGAMBILAN yogurt sebanyak lima kali seminggu berupaya mengurangkan risiko darah tinggi sebanyak 20 peratus.
Penyelidikan yang dijalankan oleh Pusat Perubatan Universiti Boston, Amerika Syarikat mendapati, yogurt mempunyai kandungan bakteria baik yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Selain itu, pengambilan yogurt juga didapati mempunyai manfaat yang sama dengan memakan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang.
Menurut penyelidik, Prof. Justin Buendia, pengambilan yogurt boleh dilakukan dengan cara menambahkan yogurt ke dalam makanan untuk membantu mengawal masalah darah tinggi.
Golongan wanita pula dilihat mempunyai kesan penurunan darah tinggi yang lebih ketara berbanding lelaki kerana golongan tersebut lebih gemar memakan yogurt.