Selamat petang semua..mendung-mendung ni minum air kopi cicah biskut kering sedap sangat ni.Tapi dah lama xminum kafein..hehe..badan ni lebih bercinta dengan air masak
Tips bagaimana untuk memastikan anda cukupkan syarat 3 liter air masak sehari
1◆Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
2◆Selepas mandi, sembahyang Subuh dan settle apa yang patut, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
3◆Pastikan anda minum sekuarng-kurangnya 1 liter sebelum lunch dan 1 liter selepas lunch. Mesti boleh nanti, anda ada masa lebih kurang 5 jam untuk habiskan setiap 1 liter.
4◆Kalau bekerja, sediakan tumbler yang size 1 liter tu di atas meja office anda.
5◆Kalau student, sila bawa tumbler ini di dalam beg.
6◆Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml
7◆Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml
Alhamdulillah,dah pun cukup 3 liter. Mudah kan? tu belum campur air masak yang kita minum time makan supplemen tu. Siapa yang rasa susah nak cukupkan 3 liter sehari, boleh cuba tips ni ye..
No comments:
Post a Comment