Tuesday, January 3, 2017

KERJA KEJAR POPULARITY, PUJIAN HANYA SIA-SIA

Ciri-ciri mukmin yang bertakwa mesti ikhlas meningkatkan amal abadah: Ikuti kupasan mengenainya bersama Ustaz Sharizan Daud At-Turabi.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Bayyinah, ayat 7-8 bermaksud :Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengejakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.

Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurta 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya Allah reda terhadap mereka dan mereka juga reda kepadanya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya".

Sesungguhnya seseorang yang digelar sebagai Mukmin adalah orang yang benar-benar memahami tuntutan sebagai insan kamil yang berperanan sebagai khalifah Allah dengan iman dan takwa yang tinggi keapda Allah SWT. Orang Islam yang disebut sebagai Mukmin itu bukan sekadar menganut agama Islam, tetapi mukmin dalam erti kata mengamalkan suruhan Allah SWT sehingga menjadikannya penghuni syurga yang tertinggi.

Menerusi rancangan Tarbiah bersama Ustaz Sharizan Daud at-Turabi yang bersiaran setiap Jumaat 10.00 pagi di radio IKIMfm, beliau menjelaskan melalui ayat suci al-Quran, "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan, mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta)". (Surah al-Mukminun, ayat 1-5).

MENJINAKKAN HATI IKHLAS BERSEDEKAH

Percaya kepada janji Tuhan melapangkan rezeki kepada golongan pemurah

Allah SWT berjanji kepada hambanya yang bersedekah bahawa amalan itu tidak akan menyebabkan rezeki mereka menjadi kurang, bahkan akan bertambah mengikut apa yang tertulis di Luh Mahfuz.

Pertambahan rezeki itu datang atau turun kepada manusia dalam pelbagai bentuk dan cara, sama ada disedari atau tidak mengikut ketetapan nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud" "Katakanlah: Sesungguhnya Tuhan ku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakinya di antara hamba-hambanya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendakinya), dan barang apa saja yang kamu menafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." (Surah Saba', ayat 39)

Allah SWT berjanji menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai mengandungi 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnianya) lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 261).

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendakinya-Nya). Dan barang apa saja yang kamu menafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya," (Surah Saba, ayat 39).

Harta tidak kurang kerana sedekah.

Secara logik, mungkin kita akan berfikir bagaimana harta yang dikeluarkan untuk sedekah tidak akan menyebabkan harta berkurang tetapi Rasulullah SAW bersabda harta seseorang tidak akan berkurang kerana orang itu bersedekah.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang dibeirkan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkat darjatnya."

Selain itu, amalan bersedekah sebenarnya akan berfungsi sebagai penolong kepada manusia selepas mereka meninggal dunia seperti dinyatakan Rasulullah SAW.

Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda: Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang tidak putus berdoa untuk orang tua nya," (Riwayat Muslim dan lain-lainnya).

Hakikatnya, dalam persoalan bersedekah, umat Islam lazimnya memilki sifat pemurah dalam hidup mereka dan mudah bersedekah atau memberi bantuan kepada golongan memerlukan seperti dilihat dalam kehidupan hari ini.

Ikhlas bersedekah

Hanya yang menjadi isu soal sedekah ini ialah aspek keikhlasan dalam memberikan sedekah sama ada sedikit atau banyak selain bersikap memilih melaksanakan sunat yang amat digalakkan ini.

Hal ini sebenarnya memang tidak dapat dielakkan memandangkan al-Quran turut menjelaskan manusia mempunyai perasaan cintakan harta seperti terkandung dalam ayat ke-20, surah Fajr yang bermaksud: "Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan."

Justeru, bagaimanakah hendak menjinakkan hati supaya mudah bersedekah dengan ikhlas terutama ketika diri sendiri juga merasakan kurang berkemampuan untuk bersedekah ke jalan Allah SWT.

Pegawai Perunding Korporat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Abdul Hadi Kamil Mohamed Sariff, berkata perkara ini sering terjadi disebabkan manusia tidak dapat menyaksikan ganjaran pahala bakal diperoleh daripada amalan bersedekah yang menjadikan mereka tidak memiliki semangatg untuk berlumba-lumba bersedekah.

"Jika manusia dapat melihat ganjaran bersedekah, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba melakukannya. Cuba banyangkan jika hari ini kita melabur sebanyak RM1,000 dan tiba-tiba memperoleh keuntungan sehingga RM700,000, sudah tentu ramai orang mahu bersedekah," katanya.

JElasnya, manusia tidak terlepas daripada bisikan syaitan yang berusaha menghalang seseorang daripada bersedekah. Bisikan syaitan boleh datang dalam pelbagai cara, akhirnya mendorong manusia menangguhkan hasrat untuk bersedekah atau berkira-kira dalam bersedekah.

"Bisikan syaitan ini juga boleh menyebabkan seseorang manusia tiba-tiba menajdi kedekut untuk bersedekah atau bersedekah dengan jumlah kecil. Inilah antara dugaan yang akan dialami seseorang manusia apabila hatinya terdetik hendak melakukan amal kebajikan seperti bersedekah," katanya.

Kelebihan bersedekah

Katanya lagi, seperkara yang kurang diketahui manusia hari ini mengenai kelebihan bersedekah, ia antara cara dianjurkan Islam untuk menyembuhkan penyakit yang menimpa seseorang berdasarkan hadis Rasulullah SAW" "Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah."

"Amalan sedekah ini nampak remeh tetapi ia mempunyai ganjaran berganda. Sebagai manusia beriman, kita harus sedar segala yang kita miliki adalah ganjaran dan hendaklah menafkahkan sebahagian daripada harta pinjaman ini kepada orang lain yang memerlukan," katanya.

Allah SWT memberi peringatan kepada manusia supaya bersikap pemurah dengan bersedekah agar tidak menyesal pada kemudian hari.

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata, Ya Rabbku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang yang soleh". (Surah al-Munafiku, ayat 10).

MENGAPA DOA TIDAK MAKBUL

Selalunya Allah SWT akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Allah SWT. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:

Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Allah SWT. 

Ada dinding yang membataskan kita dengan Allah SWT seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Allah SWT berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu. 

Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram. 

Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar. 

Ibrahim Adham,seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab:

“Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu”:


1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya. 

2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya. 

3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya. 

4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya. 

5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya. 

6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya. 

7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya. 

8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya. 

9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri. 

10 Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya. 


Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah – setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah. Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain mengatakan; doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri serendah-rendahnya (khusyu’ dan tawadhu’) sewaktu berdoa, serta memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah. Di sinilah letaknya rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa sebahagian besar dari manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya kenapa Allah selalu mengabulkan doa Rasul dan nabi, para sahabat dan tabi’iin, para wali dan orang soleh lainnya. Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa. Di antara adab-adab berdoa ialah: Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur. 

Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah. 

Berdoa dengan menghadap kiblat. 

Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita. 

Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian. 

Berdoa dalam keadaan khusyu’ dan tawadhu’ dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa. 

Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t. 

Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali. 

Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa. 

Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.

Monday, January 2, 2017

BANYAK KES AKIBAT PILIHAN SENDIRI

Golongan muda yang tidak mengambil berat penjagaan kesihatan badan berisiko tinggi menghidap penyakit berbahaya seperti jantung koronari, iaitu antara penyakit pembunuh utama di seluruh dunia.
Di Malaysia, penyakit berkaitan peredaran darah seperti serangan jantung adalah antara punca utama kematian di hospital kerajaan dan swasta ini sejak puluhan tahun lalu.
Berdasarkan statistik di laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit berkaitan peredaran darah merekodkan 24.71 peratus kematian di hospital kerajaan dan swasta di negara ini diikuti penyakit berkaitan sistem pernafasan, 21.70 peratus.
Penyakit berkaitan jangkitan kuman pula berada di tempat ketiga punca utama kematian di negara ini dengan 13.66 peratus manakala di kedudukan keempat adalah kanser, 13.62 peratus.

RAMAI TAK SEDAR....ADA HERNIA

Lazimnya kita mendengar kanak-kanak lelaki yang baru lahir menghidap angin pasang atau hernia. Dalam kalangan bayi baru lahir pula, bayi pramatang lebih cenderung menghidap angin pasang berbanding bayi cukup bulan.
Hernia lazimnya berlaku pada pangkal paha dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dikenali sebagai epigastric (bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernia (pada umbilicus).
Namun pernahkah anda mendengar hernia dalam kalangan lelaki dewasa? Ya! Hernia bukan hanya boleh terjadi terhadap golongan lelaki malah golongan wanita.
Perunding Bedah Am, Payudara dan Endokrin, Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr Zamzuri Zakaria berkata, ramai tidak sedar mereka mempunyai Hernia sehingga menjalankan pemeriksaan kesihatan disebabkan masalah lain.
“Hernia tidak menyebabkan simptom seperti sakit menyebabkan ramai tidak peka terhadap ‘kehadirannya’. Hernia adalah benjolan tidak normal yang berlaku dari satu kaviti ke kaviti lain.
“Hernia yang paling sering ditemui adalah hernia inguinal yang muncul di kawasan sekitar ari-ari dan pangkal paha. Malah benjolan boleh besar sehingga ke bahagian kerandut kerana bahagian otot dinding kulit yang lemah terlalu besar.
“Komplikasi berlaku apabila bahagian terkeluar contohnya usus, mati akibat halangan untuk masuk kembali dan tisu terbabit tercekik di laluan itu menyebabkan iskimia iaitu darah tidak dapat mengalir ke bahagian berkenaan dan akhirnya gangren.