Friday, October 27, 2017

KEKALKAN USUS SIHAT

Tahukah anda usus kita terutama usus besar penuh dengan bakteria dan organisma lain? Beberapa bakteria berkenaan sebenarnya sangat penting untuk kesejahteraan kita.
Kajian terkini menunjukkan mengekalkan usus yang sihat membantu memastikan nutrien penting diserap daripada makanan yang kita makan. Usus sihat juga menjamin sistem imun yang sihat dan mencegah beberapa penyakit serius seperti kanser kolon.
Tahap gangguan penghadaman
Kebanyakan orang sekali-sekala mengalami masalah penghadaman kecil seperti sembelit, cirit-birit dan kembung atau keadaan yang lebih serius seperti gastritis dan kesakitan abdomen yang berkaitan dengan ulser peptik. Namun begitu, penting untuk memberi perhatian kepada sebarang tanda atau simptom berkaitan masalah usus seperti pendarahan, kesakitan dan sebarang kesukaran atau perubahan corak pembuangan air besar serta penurunan berat badan.

Dapatkan rawatan awal walaupun sesetengah tanda atau simptom boleh dirawat tanpa penggunaan ubat-ubatan atau rawatan. Jangan abaikan masalah ini dan membiarkannya melarat.
Enam langkah jaga usus
Gaya hidup dan tabiat makan boleh menjejaskan kesihatan sistem penghadaman anda. Ada enam langkah mudah yang anda boleh lakukan setiap hari untuk menjaga kesihatan usus:
1. Makan lebih serat!
Anda perlu mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan serat. Kehadiran serat membantu melembutkan najis dan mencegah sembelit serta mengurangkan simptom beberapa gangguan penghadaman contohnya, buasir dan sindrom iritasi usus.
Untuk mengekalkan usus yang sihat, anda memerlukan serat daripada pelbagai jenis sumber makanan seperti roti mil penuh, beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang dan oat.
Panduan Diet Malaysia menyarankan kita mengambil sekurang-kurangnya 25 gram serat setiap hari. Separuh daripada bijian yang diambil haruslah terdiri daripada bijirin penuh. Anda digalak meningkatkan pengambilan serat secara beransur-ansur untuk mencegah masalah kembung dan ketidakselesaan perut terutama jika anda tidak biasa dengan pengambilan makanan tinggi serat.
2. Banyak minum air
Air membantu melembutkan najis dan menggalakkan peredaran melalui sistem penghadaman anda. Serat bertindak seperti span dan menyerap air. Tanpa cecair, serat tidak boleh melakukan tugasnya dan akan menyebabkan sembelit. Air juga memberi faedah kesihatan lain - tiada kalori! Secara purata, anda harus mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari (kira-kira dua liter) dan pada bila-bila masa apabila anda rasa dahaga!
3. Hadkan pengambilan kafein
Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, kola dan minuman ringan boleh meningkatkan asid di dalam perut, seterusnya menyebabkan pedih ulu hati bagi sesetengah orang. Jika anda tidak boleh berhenti minum kopi atau teh, hadkan pengambilan kepada satu atau dua cawan sehari.
4. Dapatkan pro dan prebiotik secukupnya
Terdapat ribuan bakteria yang hidup di dalam usus anda. Sesetengahnya bakteria baik yang memberi faedah kepada kesihatan dan pada masa sama usus kita juga ada bakteria yang memudaratkan. Mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan bakteria tidak baik adalah penting.
Bagaimanakah anda boleh mencapai keseimbangan ini? Salah satu cara mudah dengan mengambil makanan yang kaya dengan probiotik (yang mengandungi bakteria baik) dan juga mengambil prebiotik (‘makanan’ untuk bakteria baik) secukupnya.
Probiotik yang juga dipanggil ‘bakteria baik’ terdapat secara semula jadi di dalam usus dan dalam beberapa jenis makanan seperti yogurt, minuman susu berkultur, keju dan tempe.
Prebiotik ialah bahan yang menggalak pertumbuhan atau aktiviti mikro organisma seperti probiotik yang menyumbang kepada kesihatan usus. Prebiotik terdapat dalam makanan yang tinggi serat seperti pisang, bijirin penuh dan beberapa jenis sayuran (lik dan bawang).
Sesetengah produk komersial mengandungi serat khas yang dipanggil inulin dan oligofruktosa (frukto-oligosakarida) yang juga prebiotik.
5. Makan diet berkhasiat yang rendah lemak
Makanan berlemak tinggi seperti makanan bergoreng, burger, sosej dan hidangan berminyak melambatkan penghadaman dan boleh menyebabkan sakit perut serta pedih ulu hati. Beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi juga boleh mempe­ngaruhi komposisi bakteria usus.
6. Banyak bersenam
Hadkan aktiviti sedentari seperti bermain permainan komputer atau menonton televisyen. Sebaliknya lakukan lebih banyak aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari atau menari. Sebarang senaman yang meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung juga memberi faedah kepada penghadaman anda. Ini merangsang otot usus, sekali gus menyebabkan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus anda.
Pupuk tabiat membuang air besar yang sihat
Pastikan anda memupuk tabiat membuang air besar yang baik seperti pergi ke tandas sekali sehari dan elakkan daripada menahan keinginan untuk membuang air besar. Satu lagi tabiat yang perlu dipupuk adalah mendapatkan saringan kesihatan tetap untuk mengesan sebarang masalah seawal mungkin. Mengabaikan kesihatan usus anda boleh mengakibatkan masalah yang serius.
Artikel ini disumbang­kan oleh Bulan Pemakanan Malaysia 2016, satu inisiatif program pendidikan pemakanan komuniti tahunan anjuran Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietetik Malaysia dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia. Malaysia Milk Sdn Bhd (Vitagen) menyokong program Bulan Pemakanan Malaysia 2016.

JAGA KESIHATAN PENGHADMAN

Ramai yang tidak menyedari warna dan keadaan najis mampu menterjemahkan tahap kesihatan sebenar. Biarpun nampak jijik, itulah kenyataan yang dapat membantu mengetahui apakah masalah sedang dihadapi.
Tidak hairanlah disebabkan kurang kesedaran mengenai perkara itu, kanser sistem penghadaman seakan-akan sudah menjadi penyakit biasa di negara ini. Sebenarnya ia boleh dipantau dengan memerhatikan najis anda sendiri.
Terdapat beberapa kriteria yang menunjukkan sama ada najis itu sihat atau tidak. Bagi najis yang menunjukkan sistem penghadaman anda sihat, ia seharusnya berdiameter kira-kira dua hingga lima sentimeter, sepanjang empat hingga lima sentimeter dan berbentuk sosej.
Minuman susu berkultur yang baik untuk sistem penghadaman
Sebaliknya, jika memiliki ciri seperti lembik, berair, berdarah, kecil dan memanjang seperti pensel atau reben, ia berkemungkinan menunjukkan terdapat halangan usus, tumor atau lebih teruk lagi, kanser kolon.

Sunday, October 15, 2017

BEBIRD BUTA BAGI KANAK-KANAK DIBAWAH 10 TAHUN

Kalau anak lelaki anda, mengadu sakit dikemaluan (zakar) atau kesusahan untuk kencing, dengan erti kata lain disebut 'bebird buta'. Maka segeralah berjumpa doktor.
Bird buta dikenali sebagai Phimosis. Ia merupakan keadaan 'normal' yang terjadi kepada kanak2 lelaki sehingga umur 5-7 tahun. Ada juga terjadi kepada kanak2 lelaki yang berusia lingkungan 10tahun ia di kenali sebagai Physiological Phimosis.
Keadaan boleh dinilai apabila melihat hujung zakar mengembang seperti belon apabila kanak2 kencing. Ia terjadi kerana kulit zakar yang masih melekat pada zakar.
** Secara semulajadinya, kulit zakar ini akan terlerai perlahan2 dari zakar.
Oleh kerana kulit melekat pada zakar dan tidak dapat ditarik balik. Ini menyebabkan air kencing terpaksa keluar melalui satu lubang yang sangat kecil pada hujung kulit ini.
Dengan aliran kencing yang laju, ini menyebabkan air kencing bertakung dalam ruang antara kepala zakar dan kulit.
Takungan atau pengumpulan ini menyebabkan kepala zakar seolah-olah kembang macam belon untuk seketika.

Wednesday, October 11, 2017

PEMAKANAN UNTUK CEGAH KANSER

SEBELUM saya telah menerangkan kaedah mengubati kanser dari perspektif moden dan al-Quran. Kali ini saya akan berbicara mengenai kaedah mencegah kanser melalui pemakanan. Dalam pengalaman saya mengubati pesakit kanser di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, ini adalah salah satu soalan yang selalu ditanya pesakit terutama yang telah menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi atau radioterapi. Mereka telah sihat tetapi tidak mahu kanser datang kembali (cancer relapse atau cancer recurrence.)
  
Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menyeru prinsip "mencegah lebih baik daripada mengubati".
Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor yang kita perlu fokus iaitu gaya hidup sihat, diet seimbang dan stres minimum.
Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.
Justeru, dengan mengambil berat kepada tiga faktor ini, insya-Allah kanser dapat dielakkan.
Makanan mengandungi pH alkali tinggi dapat mengelakkan serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang menghidap kanser. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet dengan pH berasid.

6 CARA MENJAGA SENDI TETAP KUAT

Akitiviti sehari-hari mungkin menjadi terbatas apabila Anda memiliki masalah sendi dan harus berurusan dengan tekanan berat pada sendi. Sebelum Anda mengikuti beberapa tips untuk menjaga kesehatan sendi, kenali cara kerja sendi dalam tubuh.
Sendi itu terbuat dari apa?
Sendi dapat dikatakan sebagai penghubung tulang, seperti lutut, pinggul, dan bahu. Tendon, otot, dan tulang rawan (kartilago) mengikat tulang bersama-sama agar dapat bergerak dengan lancar. Biasanya, kegiatan fizikal dapat meningkatkan risiko kerusakan sendi. Ketika Anda sudah lanjut usia, kartilago mulai haus dan menjadi kasar. Seiring berjalannya waktu, kerusakan pada kartilago dapat menyebabkan osteoarthritis.
Tips untuk menjaga kesehatan sendi
Berikut ini beberapa tips yang dapat Anda cuba untuk menjaga kesehatan sendi:
Tetap berhati-hati
Anda dianjurkan untuk menggunakan padding atau bantalan ketika melakukan senaman berat. Pelindung sendi juga berguna untuk mencegah cedera pada sendi Anda.