Monday, August 31, 2015

BAHAYA TOKSIN DALAM BADAN

Kebanyakan rakyat di negara ini sejak dahulu lagi, lebih memberikan penekanan kepada kecantikan dan kesihatan luaran berbanding dalaman.

Sebenarnya tanpa kita sedari, untuk kelihatan cantik dan sihat, ia perlu bermula daripada dalam yang seterusnya akan membentuk kecantikan luaran.

Pakar konsultan produk kecantikan dan kesihatan RF3 World, Dr. Zannat Begam Sawal Hamid, 33, berkata, tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli set penjagaan kulit, namun tidak ramai yang terfikir untuk membuang toksin dalam badan.

Jelasnya, toksin merupakan bakteria yang terkumpul di dalam organ badan manusia seperti otak, jantung, hati, pituitari, pankreas dan organ pembiakan.

“Kesan pengumpulan toksin ini tidak dapat dilihat dalam jangka masa pendek kerana ia memerlukan masa untuk membiak dan bertukar menjadi penyakit. Justeru, kebanyakan masyarakat jarang memandang serius hal ini.

“Walhal pencegahan daripada peringkat awal perlu dilakukan sebelum toksin bertukar menjadi bakteria jahat lalu menyerang bakteria-bakteria baik sehingga membuatkan sistem imun badan menjadi lemah,” katanya yang pernah bertugas di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari, Kementerian Kesihatan selama tiga tahun.

Tambahnya, toksin lazimnya terkumpul di dalam badan seseorang disebabkan beberapa faktor seperti sisa makanan tidak dicerna sepenuhnya, merokok, terdedah kepada pencemaran udara dan mengamalkan cara pemakanan tidak sihat.

“Cara pemakanan yang tidak sihat di sini merujuk kepada mereka yang gemarkan makanan segera, kerap makan makanan yang dipanaskan melalui ketuhar dan jarang menjamah buah-buahan serta ulam-ulaman.

Saturday, August 22, 2015

MENDERITA SAKIT SARAF

pix_gal0

pDPN belenggu pesakit kencing manis, perlu sesuaikan diri tahan sakit neuropati

INDIVIDU yang mengalami sakit saraf akibat diabetes selalunya menderita tanpa rawatan berikutan sifatnya yang sukar untuk didiagnosis.

Keadaan ini menyebabkan pesakit lebih rela belajar menyesuaikan diri untuk hidup dengan menahan kesakitan dalam diam sepanjang hayat. Masalah yang menyakitkan akibat diabetes ini dikenali sebagai painful diabetic peripheral neuropathy (pDPN) atau lebih dikenali sebagai sakit saraf akibat diabetes.

pDPN adalah keadaan di mana pesakit diabetes mengalami kesakitan seperti pedih seperti dicucuk pin dan jarum atau seperti terkena tusukan pada kaki dan tangan.

Satu daripada lima pesakit diabetes menanggung penderitaan ini dan bilangan mereka terus meningkat. Disebabkan kesakitan ini dianggap peribadi, sukar mengenal pasti pDPN. Inilah yang menimbulkan cabaran dalam proses rawatan. Selain itu, kesedaran terhadap kesakitan neuropati amat kurang, lebih-lebih lagi apa yang dimaksudkan dengan neuropati periferi.

DISIP;IN DIET

Foto
Disiplin perlu bagi pesakit diabetes  yang mengambil insulin

Individu alami simptom pasca diabetis, golongan berisiko tinggi perlu ubah gaya hidup elak penyakit jadi kronik

BERSEDIA untuk mengubah gaya hidup termasuk diet dan rutin senaman cukup penting bagi mereka yang disahkan mengalami pasca diabetes. Ini termasuk individu yang berisiko tinggi mendapat diabetes jenis dua. Gaya hidup cergas dan disiplin dalam pengambilan makanan amat efektif dalam mencegah atau melengahkan penularan diabetes. 

Berikutan diabetes disifatkan berkaitan gaya hidup, sasaran utama dalam kawalan diet adalah untuk mencapai tahap glukos dalam darah yang normal. Individu yang mengalami diabetis jenis satu dan jenis dua yang mengambil insulin atau ubat makan perlu memadankan pengambilan kalori dengan pengambilan ubat atau insulin selain melakukan senaman bagi mengawal tahap glukos dalam darah.
Perunding Endokrinologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Norshinah Datuk Kamaruzaman berkata, selain disiplin diet terancang, pemantauan dengan melakukan ujian tahap glukos sangat penting.

Dr Norshinah berkata, gula dalam darah yang rendah (hypoglycemia) dan gula dalam darah tinggi (hyperglycemia) adalah dua keadaan yang perlu diawasi pesakit diabetes yang mengambil insulin.

“Secara ideal, pesakit perlu mensasarkan bacaan tahap glukos sebelum sajian pada 90 hingga 130 mg/dL dan tahap ketika tidur 110 hingga 150 mg/dL,” katanya kepada Sihat.

BAKTERIA BAHAYA

Pneumokokal boleh jadi punca pekak, cacat otak tetapi mampu dicegah dengan vaksin

IMUNISASI anak-anak adalah benteng pertama melindungi nyawa mereka dari jangkitan pelbagai bakteria berbahaya.

 Walaupun Malaysia bertuah kerana program imunisasi yang disediakan Kementerian Kesihatan adalah berpandukan Perluasan Program Imunisasi (EPI) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan diberi percuma kepada bayi dan kanak-kanak, namun masih ada vaksin yang tiada dalam jadual imunisasi kementerian seperti vaksin jangkitan pneumokokal.
Perunding Pediatrik dan Neonatologi Sunway Medical Centre, Dr Khoo Boo Aik menjelaskan, pneumokokal ialah satu kumpulan jangkitan berbahaya yang disebabkan oleh bakterium Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus. Jangkitan bakteria ini boleh mengakibatkan beberapa penyakit lazim seperti jangkitan saluran pernafasan termasuk otitis media (keradangan pada telinga tengah); sinusitis dan jangkitan paru-paru (pneumonia).

BUAH PINGGANG UNTUK HIDUP

  • Foto
  • Foto
Trend peningkatan pesakit muda membimbangkan, kesedaran
 derma organ penting untuk elak sengsara

HANYA pesakit buah pinggang kronik tahu betapa sengsaranya hidup bergantung pada mesin dialisis. Sekadar melaksanakan 30 peratus fungsi buah pinggang sebenar, pesakit berdepan pelbagai situasi menekan malah berdepan risiko kematian lebih awal. 

Namun, harapan masih ada, melalui pembedahan pemindahan organ, penderita masalah ginjal berpeluang kembali menikmati kehidupan berkualiti dan lebih sempurna.
Di Malaysia, lebih 12,000 pesakit buah pinggang kronik yang sedang menjalani dialisis berada dalam senarai menunggu untuk pembedahan pemindahan buah pinggang - jumlah yang terlalu banyak jika dibandingkan dengan organ yang diterima.

Terbukti, pemahaman, penerimaan dan maklum balas masyarakat terhadap mesej dan kempen kesedaran yang dikendalikan pelbagai pihak sejak lama dulu masih jauh dari garis selamat. Hakikatnya soal kematian dan pendermaan organ sulit untuk dibicarakan apatah lagi membabitkan orang tersayang begitu juga di kalangan pengamal perubatan yang berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Perunding Nephrologist Hospital Selayang, Dr Rafidah Abdullah menjelaskan, tahun lalu hospital itu menerima 22 pasang buah pinggang dan berjaya menjalankan 40 pembedahan pemindahan buah pinggang, namun jumlahnya masih jauh dari sasaran sebenar.

“Begitu juga halnya apabila kita bercakap mengenai jumlah penderma organ kadaverik (orang mati) atau mati otak yang mencatatkan jumlah sangat rendah.
“Bayangkan, tahun lalu hanya lapan pemindahan dikendalikan di sini. Begitu juga Hospital Kuala Lumpur (HKL)... keadaan ini sangat membimbangkan,” katanya kepada kolum Sihat.

Hari ini, sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 Peringkat Kebangsaan dilancarkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.