Thursday, March 31, 2016

INILAH CARA UNTUK MENGHILANGKAN KOLESTEROL


Foto Copyright thinkstockphotos.com
Vemale.com - Semua tentu tahu bahaya kolesterol bagi tubuh. Banyak penyakit yang disebabkan oleh kolesterol antara lain, jantung, stroke, darah tinggi dan diabetes. Penyakit ini sangat berbahaya bagi kesehatan bahkan dapat menyebabkan kematian. Masalah kolesterol tidak hanya menyerang orang yang memiliki berat badan yang berlebih, tetapi orang yang memiliki berat badan yang kurang pun dapat memiliki masalah kolesterol tinggi.
Untuk menjaga tubuh dari kolesterol jahat, kamu harus menghindari makanan penyebab kolesterol tinggi seperti makanan berlemak. Ladies, berikut adalah makanan yang dapat mengurangi masalah kolesterol tinggi seperti yang dilansir prevention.com yaitu: 
  • Tahu

    Semua tentu mengenal makanan ini, tahu banyak ditemukan di setiap daerah di Indonesia. Jika kamu menyukai makanan ini kabar baik akan kamu terima, tahu sangat baik untuk kesehatan. Tahu berasal dari kedelai yang dapat mengurangi risiko kolesterol jahat dalam tubuh.
  • Cokelat

    Tentu semua mengenal makanan ini, tidak hanya rasanya yang enak kandungan nutrisinya juga baik untuk kesehatan. Coklat baik untuk kesehatan karena dapat mengurangi masalah risiko kolesterol yang berbahaya bagi kesehatan. Kandungan antioksidan pada coklat dipercaya dapat menyeimbangkan dan menstabilkan kolesterol dalam tubuh.
  • Teh

    Teh memiliki berbagai jenis antara lain teh hijau, teh hitam yang memiliki kandungan nutrisi dan antioksidan yang baik bagi tubuh. Selain baik untuk menghindari risiko kolesterol jahat, rutin minum teh akan membuat kamu merasa lebih tenang.
  • Bawang Putih

    Tidak hanya berfungsi untuk bumbu masakan, bawang putih bermanfaat untuk kesehatan. Rutin mengonsumsi bawang putih mentah setiap hari akan membantu menjaga kesehatan kamu terutama menjaga kolesterol tinggi. Antioksidan dalam bawang putih efektif menurunkan tekanan darah dan kolesterol jahat.
Ladies, demikian 4 sumber makanan yang baik untuk kesehatan kamu. Jangan malas untuk membaca informasi tentang kesehatan. Selamat mencoba dan semoga bermanfaat untukmu, Ladies.

MENGENALI PENYAKIT JANTUNG

Penyakita jantung adalah penyakit yang berhubungan dengan sistem cardiovaskuler, iaitu organ jantung beserta pembuluh-pembuluh darahnya, contoh sepertiserangan jantung, penyakit koroner, tekan darah tinggi, stroke, sakit di dada (biasa disebut "angina") dan penyakit jantung rekmatik. 

Istilah serangan jantung dikarenakan pembuluh arteri yang tersumbat, yang menghambat penyaluran oksoigen dan nitrisi ke jantung. Stoke disebabkan oleh kurangnya aliran darah yang mengalir ke otak, atau terkadang menyebabkan pendarahan di otak. 

Penyakit jantung memiliki catatan rekor tertinggi penyebab kematian pada orang dewasa di Amerika, setiap tahun tercatat: 

 1. 1.5 juta orang mengalami serangan jantung

 2. 478000 orang meninggal kerana penyakit jantung koroner 

 3. 407000 orang mengalami operasi peralihan 

 4. 300000 orang menjalani angioplasty. 

 Penyakit jantung yang paling banyak diderita orang adalah penyakit jantung koroner. Dalam penyakit jantung koroner, arteri koroner menjadi semakin sempit dan kadang-kadang terblokir. Hal ini menyebabkan darah tidak dapat disalurkan dengan baik ke otot-otot jantung. Awalnya, se penderita mungkin masih dapat bernafas dengan normal dan darah yang mengalir ke otot jantung masih cukup. Namun, ketika dia melakukan aktiviti yang lebih berat seperti berolahraga atau sedang marah, arteri koroner yang menyempit tidak dapat mensupply darah yang cukup ke otot-otot jantung. Padalah, pada saat tersebut, jantung memerlukan darah lebih banyak agar tubuh mendapatkan energi dan oksigen yang cukup untuk melakukan aktiviti tersebut. Akibatnya si penderita bisa jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri, dan bahkan bisa meninggal.


Tuesday, March 29, 2016

KURANG MINUM SUSU



Susu adalah sumber nutrisi penting dan paling lengkap untuk seisi keluarga kerana membantu tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak serta memperkukuhkan tulang dan otot untuk orang dewasa.
Malangnya, rakyat Malaysia dikatakan tidak minum susu yang mencukupi walaupun ia mempunyai banyak kelebihan.
Berdasarkan Kajian Nutrisi Orang Dewasa Malaysia (Mans) 2003, rakyat di negara ini hanya mengambil 0.14 sajian susu dan produk tenusu setiap hari bersamaan segelas seminggu. Ini bertentangan dengan cadangan pengambilan mengikut Garis Panduan Diet Malaysia iaitu satu hingga tiga gelas sehari.
Ketua Program Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Norimah Karim berkata, orang dewasa negara ini tidak minum susu secukupnya disebabkan pengambilan susu tidak diteruskan sebaik mereka bercerai susu ketika kecil.
“Kanak-kanak tidak lagi diberikan susu sebaik mereka mula mengambil makanan pejal. Sewajarnya ibu bapa meneruskan pemberian susu kepada anak-anak kira-kira dua gelas sehari sebaik-baiknya pada waktu pagi dan sebelum tidur.
“Pendidikan mengenai manfaat susu perlu diberikan kepada setiap individu kerana mereka perlu tahu bahawa susu adalah minuman yang serba berkhasiat dalam bentuk sedia ada dan boleh dinikmati dengan segera atau diambil bersama makanan dan minuman lain,” katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) berkata demikian ketika menjadi panel dalam perbincangan Dua Susu Sehari: Hadiah Terbaik Untuk Keluarga Anda anjuran Dutch Lady Malaysia di ibu negara.
Dr Norimah berkata, penemuan Kaji Selidik Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts) menunjukkan bahawa hampir separuh daripada kanak-kanak yang dikaji mengalami kekurangan vitamin D, manakala seorang daripada 20 orang kanak-kanak mengalami masalah kekurangan pemakanan.
Bagi kanak-kanak yang kurang pemakanan adalah penting untuk mereka minum dua gelas susu sehari bagi memastikan mendapat nutrien penting yang diperlukan. Pengambilan vitamin D pula membantu dalam penyerapan kalsium dalam badan dan kekurangan vitamin ini menyebabkan kalsium yang diperoleh daripada pengambilan makanan tidak dapat diserap dengan baik.
“Dalam kes yang serius, kekurangan vitamin D boleh menyebabkan penyakit riket iaitu tulang lembut dan membengkok. Bagi menangani masalah ini, kanak-kanak perlu melakukan aktiviti di luar rumah supaya terdedah kepada cahaya matahari yang membekalkan vitamin D.
“Vitamin ini juga boleh diperoleh daripada sumber makanan seperti ikan kembung, sardin, salmon, kuning telur dan susu. Oleh itu, ibu bapa wajar menitik­beratkan pengambilan makanan anak-anak untuk memastikan mereka memperoleh Vitamin D yang mencukupi.
“Disebabkan kita memerlukan kira-kira lima mikrogram vitamin D sehari menurut saranan pengambilan nutrisi (RNI) yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan, pastikan susu yang anda pilih itu tinggi dengan tahap Vitamin D yang sepatutnya,” katanya.
Beliau berkata, ibu bapa perlu ada pengetahuan mengenai sumber makanan yang baik untuk anak mereka dan mengamalkan pengetahuan berkenaan dalam pengambilan makanan harian.
“Sikap rakyat Malaysia sendiri yang sukar menjadikan sesuatu yang baik itu sebagai amalan sebenarnya yang menjadi penghalang. Masyarakat perlu berubah demi kesihatan diri sendiri dan seisi keluarga.
“Ibu bapa juga haruslah kreatif dalam menggalakkan anak-anak minum susu. Contohnya, mempelbagaikan cara susu diminum seperti susu kocak, puding atau kastard. Cari resipi yang menggunakan susu dan sediakan bersama anak-anak.
“Jadikan minum susu sebagai amalan dalam diet harian seperti minum segelas pada waktu pagi dan segelas lagi pada waktu malam. Namun, yang penting jangan berhenti minum susu kerana ia adalah pemakanan lengkap dan seimbang,” katanya.



PENINGKATAN MENDADAK DIABETES

Diabetes antara 10 penyakit yang menyebabkan kematian di Malaysia. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) tahun lalu, kes diabetes meningkat di Malaysia pada kadar 17.5 peratus berbanding 15.2 peratus pada 2011.


Walaupun lebih lazim dalam kalangan orang dewasa, penyakit ini turut menyerang kanak-kanak apabila kadar obesiti dalam kalangan mereka kian meningkat. Jika keadaan ini berterusan serta tiada sebarang langkah pencegahan, diramalkan kadar diabetes di negara ini terus meningkat.

Peka dengan keadaan itu, Astrazeneca Sdn Bhd (Astrazeneca) melancarkan Once Weekly Bydureon exenatide 2 miligram, suntikan serbuk pelarut bagi lepasan cecair berpanjangan (Once Weekly Bydureon) yang diluluskan bagi rawatan diabetes mellitus jenis 2 di Malaysia.

Perunding Kanan Endokrinologi, Prof Dr Chan Siew Pheng berkata, wujud ketirisan mengenai kesedaran diabetes serta kelaziman di negara ini dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Hal ini sekali gus menghalang usaha proaktif bagi memperkenalkan kehidupan lebih sihat yang boleh mengurangkan risiko diabetes. Jumlah peningkatan mendadak diabetes di Malaysia sangat membimbangkan.

TERNYATA BIBIR PECAH PECAH BUKAN KERANA KURANG AIR..INILAH PENYEBABNYA